Saya sebenarnya tidak tertarik kepada angka-angka pengunjung yang datang ke blog saya. Pendapat saya adalah mudah sebab saya ingin biarkan pembaca sendiri yang tahu kewujudan blog ini.
Sebab itulah saya mengambil pendekatan belasah dan tulis tanpa perlu memikirkan hal-hal yang kompleks. Tetapi setelah melihat pola pelawat yang datang ke blog saya yang semakin menjunam, saya terpaksa akui bahawa kesilapan terbesar saya ialah memandang remeh tentang pelawat organik.
Rupanya pelawat organik yang datang melalui enjin carian yang menjadi kunci kepada kejayaan blog saya selama ini.
Kunci Yang Kurang
Apa yang saya perhatikan daripada analitik dalam Google Analytics adalah kebanyakan pelawat yang berkunjung ke blog saya ialah mereka yang sudah tahu kewujudan blog saya buat sepanjang masa ini.
Pendek kata ialah pengunjung yang berulang kunjung ke blog saya. Kata kuncinya juga mudah iaitu “syuhada salleh, blog syuhada salleh, dan syuhadasaleh.com” selebihnya kosong.
Kalau ada pelawat yang datang bukan dari kunci yang sebut di atas, maka cuma beberapa kata kunci yang secara kebetulan ada pada artikel gosip saya yang terdahulu.
Ini jauh berbeza dengan apa yang saya perolehi semasa mengendalikan blog gosip. Tajuk panas sentiasa menerima kunjungan ribuan pengunjung. Jadi saya terfikir, kenapa saya tidak mengambil peluang ini sebagai salah satu medium pengiklanan percuma.
Lagi pun sampai bila hendak bergantung kepada pembaca yang menjadi pembaca senyapkan? Percayalah mereka juga tidak akan dapat membantu untuk mempromosikan blog saya kepada orang lain.
Dapatkan Keywords Yang Mempunyai Saingan
Sekarang ini setiap kali menulis saya akan pastikan keywords yang saya gunakan dapat bersaing di muka hadapan enjin carian Google. Mungkin ini merupakan satu tugas yang agak sukar untuk blog saya yang tiada banyak lagi post yang saya tulis ini menyaingi blog lain yang jauh lebih tinggi dengan blog authority mereka.
Tapi bagi saya tidak apa, sekurang-kurangnya saya akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempromosi blog saya untuk dikenali oleh orang ramai.
Tulis Artikel Yang Lebih Mesra Pengguna
Di samping itu, saya juga akan mengubah artikel saya kepada yang lebih mesra pengguna dan berpotensi menjadi kata kunci mengikut acuan sendiri.
Pendek kata saya akan cuba mengambil kesempatan daripada jutaan pengguna yang fasih berbahasa melayu di dunia ini sebagai skop pembaca. Siapa tahu bila saya tulis artikel yang boleh bermanfaat untuk mereka dan mereka akan berpotensi untuk menjadi pembaca yang tetap bagi blog saya.
Oh ya, sebelum terlupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada laman MSE ini kerana banyak menulis dan menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya SEO dalam penulisan blog.
Tulisannya memang mudah untuk difahami dan terperinci. Apa yang paling penting ialah kita tidak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mempelajari teknik yang beliau cuba untuk sampaikan.
Dulu, memang saya tak berapa pandai nak guna teknik SEO dalam blog saya. Saya memang tidak pandai dan macam mana nak buat pun tak reti.
Tapi bila sudah belajar sedikit-sedikit di sana-sini dan lawat bermacam-macam blog SEO dari blogger lain, barulah saya faham sikit-sikit tentangnya apa itu SEO sebenarnya.
Sampai sekarang saya pun sebenarnya tidak mahir sangat mengenai SEO, cuma ada sedikit ilmu yang saya praktikkan jelas berkesan untuk diamalkan dan sesuai dikongsikan bersama penulis blog yang lain.
Pendapat Sendiri
Pada pendapat saya, SEO dan trafik ada dalam 3 keadaan iaitu:
1. Cari Keyword Yang Mempunyai Pencarian Oleh Orang
Pertama, setiap kali nak menulis entri, kita fikirkan tentang keyword dan keyphrase dengan terlebih dahulu, baru entri tu digarap mengikut keyword yang kita rencanakan.
Walaupun ada blogger yang kurang berminat dengan ini, tapi keyword memang memainkan peranan yang penting untuk menarik pengunjung untuk datang ke blog kita.
Jika kita tulis artikel dengan sesuka hati saja tanpa membuat penyelidikan adakah topik yang kita tulis itu akan dapat pengunjung cari atau tidak, maka kebarangkalian yang besar walaupun artikel kita berada di tempat pertama dalam Google, memang tiada juga ada orang akan dapat tahu kewujudan artikel itu juga sebab tiada orang akan carinya.
2. Jangan salah pakai keyword
Kedua, entri tu ditulis terlebih dahulu baru kita kenalpasti keyword. Yang ni bagi saya rasa lebih jujur. Tapi jika sudah salah pilih keyword, maka tidak guna juga walaupun kita keluarkan artikel yang berkualiti.
3. Tulis artikel yang lebih panjang
Antara kaedah yang saya amalkan untuk dapatkan page pertama dalam enjin carian ialah tulis artikel yang lebih panjang dengan isi kandungan penting yang dapat memanfaatkan para pembaca yang datang ke blog anda.
Saya nampak ada banyak blog yang suka pakai “Wordless” sebagai tajuk dan cuma letak satu gambar saja dalam post itu tanpa sebarang perkataan. Ini memang mengancamkan blog mereka dari kena penalti oleh Google sebab “thin content” yang bermaksud post yang mempunyai perkataaan yang terlalu pendek atau langsung tak ada perkataan dalam satu artikel.
Juga jika anda cuma tulis 200 – 300 perkataan dalam satu artikel pun boleh dipertimbangkan sebagai “thin content”. Untuk mengelakkan kena hukum oleh Google, apa yang saya mengesyorkan adalah untuk anda tulis sekurang-kurang 500 perkataan untuk semua artikel di laman anda.
Baca juga: