Blog kontes adalah cara yang sering diabaikan untuk memenangi hadiah. Banyak blog menawarkan hadiah yang menyeronokkan dengan persaingan yang jauh lebih sedikit daripada kebanyakan undian dalam talian.
Selain itu, blog yang anda sukai biasanya akan memberikan hadiah yang anda pasti suka kerana blog ibu dan bayi biasanya memberi hadiah kepada ibu bapa, sedangkan blog permainan video biasanya memberikan permainan video.
Tidak dinafikan ada blogger yang menjadi sekadar pemerhati kepada kontes-kontes yang dianjurkan. Mereka ada alasan tersendiri yang wajar kita hormati mengapa tidak sertai kontes yang sering dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.
Dalam pada itu saya percaya ramai lagi yang suka sertai kontes. Bahkan ada yang bermurah hati sanggup menjadi penganjur dan penaja. Mereka adalah blogger yang berhati mulia dan semoga Allah SWT melimpahkan kemurahan rezeki kepada mereka.
Ada 7 kebaikan yang boleh seseorang dapat jika dia menyertai blog kontes. Ia boleh menjadi sesuatu yang baik secara langsung atau tidak langsung. Mari kita lihat satu persatu tentang cara untuk memulakan pemenang dengan blog.
1. Menang hadiah
Peluang untuk mendapat hadiah adalah sama rata jika kita ada sertai kontes. Kalau tak sertai memang langsung tak dapat peluang tersebut. Suka saya ingatkan bahawa dalam apa-apa kontes, hadiah adalah tarikan utama.
Hadiah berbentuk duit lebih membuat orang lebih bermotivasi. Jika tak menang selepas mencuba tak apa. Maka jangan rasa terkilan atau tidak berpuas hati kerana modal untuk sertai kontes sebenarnya adalah percuma.
2. Backlink berkualiti
Dalam dunia blog pelbagai cara untuk mendapat backlink. Ada yang susah dan ada yang senang. Jadi kalau nak cara senang lebih baik sertai kontes. Backlink yang kita dapat sudah tersedia kerana enjin percari akan ‘melekatkan’ nama blog kita bersama nama blog penganjur dalam halaman Google, Yahoo, Bing dan DuckDuckGo.
Kalau tak percaya sila taip nama blog penganjur dan lihat pula nama blog kita turut sama dalam senarai tersebut. Kira tumpang sekaki dalam membina backlink berkualiti. Hebat bukan?
3. Sokongan moral
Dalam kehidupan sebenar kita saling menyokong antara satu sama lain. Contohnya dalam jaringan perniagaan masyarakat Cina. Jadi dalam komuniti blogger sertai kontes adalah cara untuk kita tunjukkan sokongan padu sesama blogger.
Lupakan soal hadiah dan tumpukan kepada sokongan untuk meletakan komuniti blogger pada tempat yang disegani. Lebih mengharukan jika komuniti blogger mampu menterjemahkan rasa persaudaraan dalam jangka masa panjang.
4. Penjenamaan blog
Syarikat besar sanggup mengeluarkan belanja yang begitu banyak untuk mempromosi jenama dan produk mereka. Namun kos ini akhirnya dibebankan kepada para pengguna dengan menaikkan harga barangan tersebut.
Lainlah dalam dunia blogger. Kita mampu membina jenama blog dengan mempromosi melalui penyertaan kontes. Lagi banyak kontes yang disertai maka nama blog kita lebih dikenali. Kesudahannya kita akan ada jenama yang boleh dikomersialkan.
5. Pentas ujian
Ketika di zaman sekolah, ujian yang diadakan saban tahun adalah untuk menilai tahap kefahaman kita kepada ilmu yang dipelajari.
Kini kita sudah dewasa melainkan penuntut IPTA atau IPTS yang masih bergelut dengan peperiksaan. Maka sebagai blogger tidak terkecuali untuk menerima ujian melalui penyertaan kontes.
Jika kita selalu menang maka blog kita sudah dianggap terbaik dari segi mutu penulisan, SEO dan pelbagai aspek yang lain. Kalau tak menang-menang juga mesti ada kelemahan yang wajar kita perbaiki demi kelangsungan aktiviti blogging.
6. Kepakaran anda
Jika anda mempunyai bakat, pengetahuan atau kepakaran yang akan dibayar oleh orang seperti seperti tinjauan blog, design blog, penulisan iklan, SEO, perundingan dan sebagainya, boleh anda menawarkan perkhidmatan tersebut sebagai hadiah dalam blog kontes.
Kepakaran ini merupakan sesuatu yang diingini oleh kebanyakan orang yang tidak mempunyai duit yang cukup untuk hadiri khusus belajar kemahiran ini. Dan anda boleh memberikan sebagai hadiah dan mereka akan amat menghargai.
7. Meningkatkan Kebolehlihatan Blog Anda
Memasuki blog kontes adalah cara yang baik untuk meningkatkan keterlihatan blog anda. Maka, anda boleh cuba untuk masukkan seberapa banyak pertandingan blog yang anda boleh.
Ini akan memberi anda pilihan untuk mendapat perhatian oleh banyak blogger dalam masa yang singkat. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah.
Catatan:
Kalau ada kontes, giveaway atau apa-apa peraduan selepas ini maka jangan malu dan jangan segan untuk mengeluarkan suara. Jom kita sertai blog kontes dengan kesungguhan hati. Soal menang atau kalah adalah rezeki. Itu kan adat pertandingan.
Kepada para penganjur dan penaja kontes jangan pula serik untuk membuat kontes. Banyak kelebihan yang rakan-rakan blogger dapat. Apa yang pasti kontes adalah satu sebab musabab untuk kita saling bersatu dan bersama dalam dunia blogger.
Baca juga: Apa Itu Niche Blog dan Apa Kepentingannya Kepada Blog?