Web Analytics

Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan Oleh Bank Rakyat

Agak semua bank di Malaysia pun ada menawarkan pinjaman peribadi(personal loan) kepada mereka yang perlukan pinjaman tersebut. Bank Rakyat pun tidak dikecualikan. Banyak pinjaman berlainan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada penduduk Malaysia dan ini termasuk juga pembiayaan peribadi.

pembiayaan peribadi bank rakyat

Apa yang perlu anda perlu tahu sebelum membuat pinjaman peribadi dari Bank Rakyat?

Sebelum membuat pinjaman dengan bank tersebut, terdapat sekurang-kurangnya 2 maklumat penting berkaitan yang perlu anda tahu.

Yang pertama ialah Bank Rakyat ada bersediakan pamplet untuk keterangan pinjaman yang mereka tawarkan. Boleh perolehi pamplet tersebut dan lihat anda sendiri.

Yang kedua ialah pihak berkenaan juga adalah sediakan kertas A4 yang memberi keterangan dan maklumat lengkap Aslah.

Selain itu, terdapat lagi beberapa maklumat lain penting yang perlu anda ambil perhatian seperti jadual pinjaman, soalan-soalan berkaitan dengan pinjaman yang ditawarkan, syarat-syarat yang perlu dipenuhi dan sebagainya.

Sekarang mari kita kaji bersama-sama apa jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat ini.

Pinjaman Peribadi-i:

Pinjaman Peribadi-i yang ditawarkan oleh Bank Rakyat Malaysia adalah produk kewangan yang membolehkan individu mendapatkan dana untuk kegunaan peribadi mereka. Pinjaman ini berdasarkan prinsip Syariah dan dikenali sebagai Pinjaman Peribadi-i.

Jumlah pinjaman yang boleh dipohon bermula dari RM 5,000 hingga RM 200,000 dengan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 10 tahun. Kadar faedah bagi pinjaman ini adalah tetap dan bermula dari 3.40% hingga 8.20% setahun tergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik.

Syarat kelayakan untuk memohon Pinjaman Peribadi-i termasuklah berumur 21 tahun ke atas, mempunyai pekerjaan tetap atau berniaga selama sekurang-kurangnya 1 tahun, serta mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk bayaran balik pinjaman. Selain itu, calon perlu mempunyai rekod kredit yang baik dan tiada sebarang tunggakan kewangan.

Pinjaman Peribadi-i Bank Rakyat Malaysia adalah mudah dipohon dan tiada penjamin diperlukan. Calon boleh memohon secara atas talian melalui portal rasmi Bank Rakyat Malaysia atau pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat Malaysia yang berdekatan.

3 Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan oleh Bank RAKYAT

Untuk pinjaman peribadi ini, terdapat 3 jenis yang boleh anda memohon. 3 jenis pembiayaan yang diberikan adalah seperti berikut:

  1. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
  2. Pembiayaan Peribadi-i Pesara
  3. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

1. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Pembiayaan ini adalah bertujuan untuk dimohon oleh penduduk-penduduk yang bekerja di sektor Awam seperti pegawai kerajaan atau pekerja-pekerja yang bekerja di Government-Linked Companies(GLC).

Keistimewaan pinjaman ini:

  • RM200,000
  • Tempoh pembiayaan selama 10 tahun
  • Tiada sebarangan jaminan yang diperlukan
  • Perlindungan Takaful adalah atas pilihan anda
  • Boleh pilih untuk bayar dengan kadar tetap atau kadar terapung

Salah satu sebab mengapa pembiayaan ini disukai oleh orang ramai adalah kerana syarat permohonannya agak rendah.

Seseorang yang cuma mempunyai gaji bulanan RM1,000 pun layak untuk mohon.

Syarat-syarkat dan kelayakan pemohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur di antara 18 tahun sampai ke 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Berkhidmat di sektor awam dan syarikat GLC sekurang-kurangnya 3 bulan.

Untuk permohonan yang baru, dokumen seperti berikut perlu disediakan:

  • Salin Mykad (Depan dan Belakang)
  • Slip gaji untuk 3 bulan yang paling akhir
  • Penyata bank untuk 3 bulan paling akhir
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA

2. Pembiayaan Peribadi-i Pesara

Pembiayaan ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi pinjaman kepada pesara kerajaan dengan ansuran bulanan yang berpatutan.

Keistimewaan pinjaman ini:

  • Hak maksimum untuk pembiayaan adalah RM100,000 atau 15 kali pencen kasar bulanan.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Tiada jaminan diperlukan juga
  • Perlindungan Takaful adalah atas pilihan anda

Syarat-syarkat dan kelayakan pemohonan:

  • Pesara kerajaan.
  • Berumur tidak lebih dari 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Minimum pencen RM800 sebulan.

Untuk permohonan yang baru, dokumen seperti berikut perlu disediakan:

Untuk JPA:

  • Mykad
  • Kad pesara kerajaan dan penyata pencen

Untuk Jabatan Hal Ehwal Veteran:

  • Mykad
  • Kad pesara tentera
  • Lejar pesara

3. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Pembiayaan ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi pinjaman kepada pekerja-pekeraja dari sektor swasta.

Keistimewaan pinjaman ini:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM150,000
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan Takaful atas pilihan pelanggan

Syarat-syarkat dan kelayakan pemohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur di antara 18 tahun sampai 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut:
    • Berjawatan tetap RM2,000 dan ke atas
    • Berjawatan kontrak RM8,000 dan ke atas.

Untuk permohonan yang baru, dokumen seperti berikut perlu disediakan:

  • Salinan Mykad
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangny satu daripada berikut:
    • Surat pengesahan majikan
    • Borang EA
    • Slip pengesahan penerimaan e-B oleh LHDN

Ada kawan yang beritahu bahawa kakitangan POS tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman dengan Bank Rakyat.  Tidak tahu sama ada maklumat seperti ini adakah benar atau tidak.

Sekiranya anda tahu, boleh beritahu dengan beri komen di bawah.

Pinjaman Peribadi Mikro

Pinjaman Peribadi Mikro ditawarkan oleh Bank Rakyat Malaysia untuk membantu pemohon mendapatkan wang tunai untuk menyelesaikan keperluan kewangan mereka. Pinjaman ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM10,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 5 tahun. Ia juga menawarkan kecairan segera bagi pemohon.

Kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan pada jenis kelayakan pemohon. Kadar faedah adalah serendah 6.8% p.a. jika pemohon mempunyai kelayakan yang tinggi. Kadar faedah yang lebih tinggi dikenakan untuk pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih rendah.

Untuk memohon Pinjaman Peribadi Mikro yang ditawarkan oleh Bank Rakyat Malaysia, pemohon perlu mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan seperti bil utiliti, surat tawaran kerja, kad pengenalan dan lain-lain. Pemohon juga perlu menyediakan maklumat lain seperti nombor telefon, alamat e-mel dan lain-lain.

Pemohon juga perlu menyediakan bukti pendapatan bulanan seperti slip gaji, Surat Pengesahan Pendapatan dari syarikat atau laporan pendapatan tahunan. Pemohon juga perlu membayar yuran pemprosesan dan yuran lain yang diperlukan untuk memohon pinjaman.

Pinjaman Peribadi Pekerja Kerajaan

Pinjaman Peribadi Pekerja Kerajaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat Malaysia adalah satu bentuk pinjaman peribadi yang khusus diberikan kepada pekerja sektor awam atau kakitangan kerajaan. Pinjaman ini memberikan kemudahan kepada pekerja kerajaan untuk memperoleh dana tambahan untuk melaksanakan keperluan kewangan peribadi mereka seperti pembelian rumah, perbelanjaan harian, pembelian kereta, pembayaran pinjaman yang sedia ada dan sebagainya.

Ciri-ciri pinjaman peribadi ini termasuklah tempoh pembayaran yang fleksibel, kadar faedah yang kompetitif, serta jumlah pinjaman yang tinggi bergantung kepada kelayakan pelanggan. Pinjaman ini juga mempunyai tempoh pembayaran yang panjang sehingga 10 tahun dan kadang-kadang lebih lama. Jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah antara RM5,000 hingga RM200,000.

Pinjaman Peribadi Pensijilan Shariah

Pinjaman Peribadi Pensijilan Shariah yang ditawarkan oleh Bank Rakyat Malaysia adalah satu bentuk pinjaman peribadi yang diberikan berdasarkan prinsip-prinsip Shariah. Pinjaman ini sesuai untuk pelanggan yang mempunyai keperluan kewangan peribadi dan ingin memperoleh dana tambahan untuk membantu menyelesaikan urusan kewangan mereka.

Ciri-ciri pinjaman peribadi pensijilan Shariah termasuklah tempoh pembayaran yang fleksibel, kadar faedah yang kompetitif, dan jumlah pinjaman yang tinggi bergantung kepada kelayakan pelanggan. Pinjaman ini juga mempunyai tempoh pembayaran yang panjang sehingga 10 tahun dan kadang-kadang lebih lama. Jumlah pinjaman yang boleh dapat adalah di antara RM5,000 hingga RM200,000.

Pinjaman peribadi pensijilan Shariah ini menawarkan pilihan untuk pelanggan membayar ansuran bulanan secara tetap atau mengikuti sistem “murabahah”, di mana pelanggan membayar ansuran bulanan berdasarkan pembelian dan jualan barang yang dinyatakan dalam perjanjian.

Pelanggan yang ingin memohon pinjaman peribadi pensijilan Shariah perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat Malaysia. Antara syaratnya adalah pelanggan mestilah berumur antara 21 hingga 60 tahun, mempunyai pekerjaan tetap, dan pendapatan bulanan yang mencukupi. Proses permohonan pinjaman peribadi ini adalah mudah dan boleh dilakukan secara online melalui laman web Bank Rakyat Malaysia atau melalui cawangan-cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.

Untuk memohon semua pinjaman peribadi dari Bank Rakyat Malaysia, secara amnya pelanggan perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mempunyai umur minimum 18 tahun, mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan yang mencukupi untuk membayar ansuran bulanan. Pelanggan juga perlu membawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, penyata bank dan penyata gaji semasa memohon pinjaman.

Leave a Comment

error: Content is protected !!