Persoalan yang rasanya mungkin ramai blogger baru yang tak berapa faham iaitu apa itu niche blog dan apa kepentingannya kepada blog?
Dulu aku pun tidak berapa faham tentang perkataan ini dan aku juga ambil masa agak lama untuk faham maksud soalan itu.
Sejak pertama kali aku bina blog di blogspot.com dulu, aku sudah mula ada dengar mengenai pemasaran niche dan pelbagai lagi.
Ketika itu begitu terkenal teknik menjana pendapatan pasif melalui Google Adsense. Aku juga berjaya membuka akaun di sana. Tapi malangnya apa yang diharapkan sebenarnya agak sukar untuk diterjemahkan di dunia siber.
Apa itu Niche Blog?
Niche blog sebenarnya bermaksud jenis tema blog atau kategori blog yang kita bina untuk blog kita sendiri. Contohnya apa yang kita bincangkan di blog kita ialah berkaitan dengan komputer, kesihatan, kereta atau fesyen.
Dengan niche yang sudah ditetapkan untuk blog kita, tidak boleh ada topik lain yang dibincangkan melainkan apa jua yang berkaitan dengan tema tersebut saja. Itulah yang dipanggil niche blog.
Contohnya sekira niche blog anda adalah tentang kesihatan, anda perlu tulis segala artikel yang ada kaitan dengan kesihatan. Jika anda tulis satu artikel tentang kereta, maka ini sudah terkeluar dari niche yang anda amalkan untuk blog anda.
Mengapa niche blog dikatakan penting kepada sesebuah blog?
Aku sebenarnya telah membuat percubaan untuk melihat sendiri sejauh mana niche blog boleh bertahan di dunia siber. Sehingga hari ini blog aku tersebut masih ada dan masih relevan kepada setiap pengunjung yang pergi ke sana.
Aku sekarang ni pun jarang update blog tersebut namun peningkatan pelawat ke sana amat ketara dan stabil. Sejak dari pembinaan blognya sehingga sekarang sudah lebih 80,000 pengunjung yang berkunjung ke sana dan pada purata pelawat yang berkunjung setiap hari adalah dalam lingkungan 100 sampai 150 orang.
Kedudukan blog aku di dalam senarai carian Google juga tak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Kedudukannya kukuh di tempat pertama untuk sebilangan keyword yang dicari oleh pengunjung.
Kebaikan Yang Kita Boleh Perolehi Dengan Niche Blog
Dari analisis aku ke atas blog itu, aku dapati beberapa kelebihan dan kebaikan dapati kita perolehi dengan menetapkan niche ke atas blog kita. Antara kebaikan nya ialah:
1. Menduduk di ranking yang lebih tinggi
Blog kita akan diranking dengan lebih tinggi oleh kebanyakkan enjin carian disebabkan oleh artikel-artikel yang dikongsi itu memiliki keunikan. Dan blog yang mempunyai niche tertentu juga senang bagi Google masukkan ke dalam kategori mereka untuk menentukan ranking artikel-artikel yang ditulis dalam blog itu.
2. Mampu bersaing dengan niche blog lain
Keyword-keyword yang kita gunakan mempunyai kekuatan untuk bersaing dengan sendirinya dengan mana-mana pesaing jika ada tanpa kita perlu lakukan penambahan untuk memberi tekanan kepada mereka.
Ini adalah sebab kita cuma tumpu pada niche tertentu dan kandungan yang kita tulis semua adalah berkaitan dengan niche ini.
3. Tunjuk Kemahiran Kita
Informasi yang kita paparkan merupakan apa jua kemahiran yang mendalam dalam bidang atau niche kita tersebut menyebabkan kemahiran itu menjadi rujukan ramai orang yang memerlukannya.
4. Blog lain lebih cenderung untuk link ke blog kita
Ada orang kata niche blog tidak akan menyebabkan ranking meningkat. Bagi aku jika kita membina blog dengan niche yang tertentu, lepas satu masa, akan ada banyak laman-laman dan blog-blog yang lain yang akan link ke blog kita sekiranya mereka dapati apa yang kita tulis adalah bermanfaat kepada pembaca.
Backlink dan linkout yang banyak sudah tentulah Google akan melihat blog kita itu mempunyai authoriti yang tinggi. Jadi ranking tidaklah menjadi masalah besar ke atas setiap niche blog. Ikuti teknik tulis niche blog memang dapat meningkatkan ranking kita dengan mudah.
5. Senang menjana pendapatan
Jika anda ingin menjana pendapatan melalui blog dengan menggunakan agensi pengiklanan Google Adsense, niche blog merupakan satu kelebihan dalam memastikan optimasi pay per click.
Di mana keyword atau niche tersebut akan membawa iklan-iklan yang berkaitan dengan niche keyword yang digunakan saja. Oleh itu setiap klik akan mendatangkan hasil yang lebih tinggi berbanding dengan blog yang tidak menumpukan kepada sebarang niche keyword.
6. Pelawat yang boleh dipercayai
Niche blog bukan hanya boleh mengambil masa yang lebih sedikit untuk ditubuhkan, mereka juga menyediakan blogger dengan khalayak yang lebih dipercayai.
Oleh kerana anda menyediakan kandungan yang berkualiti tentang niche tertentu kepada pembaca, mereka akan lebih cenderung untuk kekal berulang datang ke blog anda.
Terdapat peluang besar bahawa seseorang yang melawat ke blog anda akan merujuk kepada blog anda pada masa akan datang juga, untuk sebarang maklumat yang berkaitan dengan topik tersebut.
Ini kerana anda memahami keperluan pelawat anda dengan baik dan dengan sewajarnya menghasilkan kandungan yang relevan. Dengan ini, ia dapat membantu untuk menarik lebih banyak trafik ke blog anda.
Bagi aku niche blog masih relevan dan blogger mesti pandai dan bijak untuk menggunakan niche keyword untuk menarik pelawat ke blog sendiri. Selain dari itu kita juga boleh menambah sub niche keyword yang mungkin membantu meningkatkan lagi prestasi blog kita pada masa kelak.
Baca juga: