Menurut laman web Wikipedia, blog ialah sebuah laman web penulisan atau catatan harian yang berbentuk urutan kronologi. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan.
Tidak kisah anda seorang pelajar sekolah menengah atau sedang belajar di sebuah kolej – universiti ketika ini, status pelajar wajib ada blog dan mulakan aktiviti berblog mulai saat ini.
7 Sebab Kukuh Pelajar Mesti Ada Blog akan diterangkan oleh Penulis. Mohon perhatian.
1. Berkongsi Diari Kehidupan
- Penulis yakin ada antara anda yang mempunyai kelebihan tersendiri. Kelebihan masak makanan yang tidak pernah seseorang memasaknya. Siapakah orang pertama yang gelarkan anda “Chef” selepas memperkenalkan hidangan tersebut?
- Anda ada pengalaman bekerja sambil belajar? Berapakah gaji pendapatan yang anda telah perolehi dan apakah yang anda sudah beli semasa mendapat gaji tersebut?
- Bercuti ke luar negara. Berapakah wang bajet yang diperuntukkan. Apakah kenangan manis anda. Apakah foto gambar yang menarik untuk anda kongsikan.
Semuanya anda boleh kongsikan. Tips Penulis untuk anda, hanya kongsikan apa yang patut sahaja.
2. Menambah Ilmu Teknologi Maklumat
- Sebagai pelajar anda wajib ada skil atau ilmu teknologi maklumat.
- Ilmu teknologi maklumat ialah berkaitan pembinaan weblog, susun atur gambar, penulisan artikel dan perkara yang menyebabkan weblog anda nampak profesional adalah penggunaan widget.
- Semasa anda berblog, anda secara automatik akan mencari segala maklumat berautoriti di mana-mana website. Jadi, ini peluang anda menambah ilmu. Ilmu tersebut bukan sahaja digunakan untuk membuat artikel blog tetapi memudahkan anda membuat rujukan kelak di pusat anda belajar.
Nasihat Penulis – item ini sangat relevan untuk anda yang bekerja di dalam suasana pejabat terutamanya mengadap komputer.
3. Peluang Tambah Rakan Maya
- Dengan teknologi canggih dunia sekarang, di blog, anda bukan sahaja dapat berkongsi artikel, malahan dapat mencari rakan.
- Apabila anda sudah punyai rakan, artikel di blog anda akan dibaca dan akan dikomen oleh mereka.
- Apabila anda mahu belajar di luar negara atau mahu melancong ke negara yang anda minati, dengan adanya rakan maya yang sentiasa melawati dan menjadi rakan setia pengkomen tegar, ia akan menolong anda apabila berada di luar kelak.
Nasihat Penulis – Berhati-hati dengan rakan maya jika kita masih tidak kenal mereka secara fizikal.
4. Sumber Motivasi – Tempat Banyak Inspirasi
- Apabila anda sentiasa mengadap skrin laptop atau komputer, anda akan sentiasa ingin mencari maklumat.
- Tidak kisah maklumat tentang apa, anda akan rasa ia amat perlu bagi diri anda untuk mengetahuinya.
Nasihat Penulis – ia penting untuk anda ingin menjadi penulis buku atau bercadang membuka bisnes.
Baca juga: Cara-cara Meningkatkan Traffik Sebenarnya Ialah SEO Yang Baik
5. Melatih Penulisan – Banyak Kelebihan
- Ramai individu yang mengatakan blog merupakan perkara yang melalaikan. Ia satu sebab yang tidak kukuh dari pandangan Penulis.
- Apabila kita sentiasa menulis, kita akan dapat rasakan penulisan dari tahun pertama kita menulis sehingga tahun kedua sebagai contoh bertambah baik.
- Penulisan di blog bukan sahaja baik untuk kita menulis buku atau ebook yang akan dijual kelak, ia juga mampu memberikan jalan pintas kita berjaya mendapat kerja yang kita impikan semasa menulis resume untuk temuduga.
- Satu kejayaan bagi diri kita apabila pensyarah universiti mengatakan penulisan tesis kita mendapat gred A.
Nasihat Penulis – Membaca, Menulis dan Membaca, Menulis dan seterusnya ulang kembali TETAPI pastikan penulisan anda difahami samada ia bahasa ibunda mahupun bahasa asing.
6. Buat Duit – Bantu Simpan Wang Ibu Bapa
- Buat duit dengan blog ialah satu perkara yang tidak mustahil. Kerana ia sudah banyak bukti kukuh.
• Apabila kita sudah terbiasa dengan penulisan di blog, kita boleh menulis artikel – iklan sesuatu produk atau menulis review keluaran produk baru. - Di blog juga anda boleh menjadi Affiliater. Affiliater ialah seperti reseller, sebagai contoh reseller buku-buku PTS.
- Anda bukan sahaja boleh menjadi Affiliater produk digital seperti contoh paling popular – ebook dan software. Malahan anda juga boleh menjual sebagai Affiliater untuk produk fizikal seperti pakaian, perkhidmatan dan banyak lagi.
Antara produk yang laris dijual sebagai Affiliater di blog ialah ; –
- Usahawan Mainan
- Usahawan Keli
- Panduan Bekam
7. Portfolio Digital – Peluang Mendapat Tempat Kerja
- Sebagai pelajar terutamanya yang belajar di institusi pengajian tinggi samada di negara sendiri atau diluar negara, ini peluang anda dari segi penulisan.
- Realiti penemuduga sekarang seperti yang dinyatakan oleh rakan Penulis, semasa ditemuduga anda akan ditanya berkaitan ilmu teknologi – softskill. Jadi ini adalah peluang yang anda perlu ambil sekarang.
- Mereka akan melihat hasil kerja kita di alam maya. Samada kita menulis tentang apa. Jika antara anda yang berkemahiran mereka bentuk laman web, ia satu nilai tambah yang cukup bermakna.
Penulis juga sedang berusaha untuk manfaat masa hadapan.
Bilakah anda mahu bermula? Kongsikan di ruangan komen yang disediakan.
Baca juga: