Web Analytics

Tentang Saya

Terima kasih atas singgah di laman ini.

Nama saya Syuhada Salleh.

Saya tamat pelajaran saya di kolej dengan masalah hutang PTPTN. Selepas tamat pelajaran, saya dapat pekerjaan dalam syarikat perakaunan. Lepas kerja untuk satu tahun, saya sudah dapat kegembiraan saya dengan berjaya memohon kad kredit.

Tetapi tidak saya sedar ini memang bukan kegembiraan tetapi sesuatu yang hampir hancurkan kehidupan. Dengan kad kredit, saya membelanja tanpa kawalan. Saya beli apa saja yang saya suka. Tidak lama kemudian, hutang kad kredit saya sudah sampai ke tahap RM25,000.

Bagi gajian bulanan yang saya dapat, saya menghabiskan setiap sen yang saya perolehi dan tidak mempunyai simpanan.

Nasib baik lepas tu seorang kawan yang berkongsi dengan saya tentang sebuah buku “Rich Dad, Poor Dad” yang ditulis oleh Robert Kiyosaki.

Lepas baca buku ini, baru saya tahu selama ini saya sudah mengumpulkan hutang dan bukan aset. Jadi sebaik saja saya habis baca buku ini, saya sudah berhasrat untuk menghapuskan semua hutang saya dan mula membina aset.

Hasrat ini bukan senang sangat, saya telah mengalami banyak halangan dalam proses untuk bayar balik semua hutang saya. Tetapi dengan ketagihan dan displin yang tidak berputus asa, akhirnya saya dapat hapuskan semua hutang dalam masa 5 tahun.

Jadi, saya mulakan laman ini dengan tujuan untuk berkongsi bersama orang ramai tentang kewangan. Saya ingat ia merupakan sesuatu subjek yang amat penting dalam kehidupan kita yang tidak diajar bila saya berada di sekolah.

Bagi saya, saya melakukan tugasan kontrak dalam bidang kewangan dan perakaunan. Jadi saya sentiasa mencari kerjasama dan peluang perniagaan baru.

Saya bukan seorang yang dikatakan pakar dalam bidang kewangan, tetapi saya mampu berusaha dan menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini sebanyak mungkin.

Di sini boleh saya berkongsi pengalaman dan apa yang saya tahu dengan anda. Anda dialu-alukan untuk melayari laman ini dan mungkin juga kita boleh melakukan beberapa rangkaian antara satu sama lain.

error: Content is protected !!