Di dunia ini memang tiada orang yang suka untuk mengetahui atau berkawan dengan orang yang ada personaliti buruk. Begitu juga kalian, para pembaca budiman, juga mahu hanya individu yang berpesonaliti baik sahaja yang menjadi kawan, jiran dan idola kalian.
Justeru, ramai yang menghabiskan duitnya ke program-program yang meningkatkan lagi personaliti diri mereka agar disayangi dan diminati oleh orang ramai.
Di sini, saya cuba untuk berikan 3 teknik yang mudah dan berkesan untuk anda buat rujukan. Anda mungkin dapat mencuri perhatian dari sesiapa sahaja yang rapat dengan kalian dan sekaligus membersihkan personaliti buruk yang ada.
Ingat, anda perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh untuk menjalinkan ukhuwah sesama manusia, dan akhir pasti ianya berjaya.
1. Hentikan bankangan dan mulakan tindak balas
Bukan terdapat ramai orang yang sukakan bankangan dan tentangan terhadap pandangan atau kritikan mereka. Semua orang mahukan idea dan pendapatnya didengari dan diterima oleh semua orang dengan baik.
Apabila kalian mula membangkang, ini bermakna kalian sedang mencuba untuk membina perasaan benci dan tidak senang hati kepada orang yang bercakap dengan kalian.
Apa yang sepatutnya kalian lakukan adalah dengar dengan hati anda dan berikan tindak balas yang patut. Bertindak balas dengan cara yang baik samada membetulkan kembali kesilapan tersebut atau memberikan penerangan yang baik.
Setiap kali apabila anda berhadapan dengan kritikan, anda perlu selalu fokuskan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang paling senang.
Jangan kita terperangkap dengan ‘jerat’ emosi dan perasaan yang ada pada kita pada masa itu. Ia memang tiada gunanya untuk kita bertengkar dan berbalah. Sebab jika kita buat sedemikian, di akhirnya kita juga yang akan rugi.
2. Tinggalkan tabiat buruk dan mulakan tabiat baik
Kita dipandang buruk dan tidak beretika apabila kita bertabiat buruk. Cara yang paling senang untuk mengubah tanggapan tersebut adalah dengan melakukan sebaliknya.
Saya pernah bertemu dengan seorang imam yang asalnya penagih dadah. Ini memang merupakan suatu keajaiban bagi imam tersebut apabila dapat berkhidmat pula dalam bidang ‘orang-orang baik ini.
Tapi, ini merupakan cara yang paling mudah untuk orang melupakan asal dirinya dahulu iaitu seorang penagih dadah apabila dia membuat pekerjaan yang sangat dihormati oleh masyarakat iaitu imam di masjid.
Sebab itu, pada pandangan saya, seorang penagih dadah yang tidak mampu mengubah persepsi masyarakat kerana takut membuat baik di hadapan mereka.
Mungkin, pada permulaannya mereka mengata di belakang tetapi setelah kita bersungguh-sungguh melakukan kebaikan tersebut, mereka akan mula menilai diri kita dengan perbuatan baik itu.
Nasihat saya kepada orang yang bertaubat, bersabarlah dalam melakukan perubahan, insya Allah, akan sampai waktunya kerja baik yang kalian lakukan akan dipandang orang dan perkara lepas akan lenyap begitu sahaja.
3. Lakukan permulaan yang baik dan pengakhiran yang mencuri tumpuan
Ini adalah teknik yang terakhir dan paling terbaik untuk memikat seseorang. Mulakan sesuatu pekerjaan atau perkenalan dengan permulaan yang baik dan menarik dan akhirinya dengan suatu kejutan.
Teknik ini banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat perniagaan dan tokoh-tokoh dikenang sepanjang zaman.
Sebagai contoh syarikat perniagaan, mereka memulakan perniagaan mereka dengan upacara perasmian, promosi jualan dan lain-lain aktiviti yang menarik minat orang ramai untuk menjadi pelanggan mereka.
Setiap akhir tahun pula, mereka membuat jualan murah untuk penghabisan stok. Ini menambahkan minat orang ramai kepada syarikat tersebut.
Begitu juga tokoh-tokoh yang dikenali, mereka melakukan kejutan demi kejutan di awal karier mereka dan berhenti di kemuncak era kegemilangan mereka supaya terus dikenang walaupun mereka sudah mati.
Malah, teknik ini juga dikuatkan lagi dengan kajian pakar psikologi bahawa manusia akan mengambil perhatian perkara yang berlaku di permulaan dan di pengakhiran.
Justeru, ambil beratlah dua waktu ini dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
Saya doakan kalian akan menjadi seorang yang dikenali dengan personaliti menarik dan baik. Saya juga ucapkan selamat berjaya buat para pembaca yang budiman di sini.
Baca juga: