First and foremost, terima kasih saya ucapkan sebab sudi menjejakkan cursor mouse anda ke blog ni. Sila pastikan anda berada di blog yang betul 🙂
Biar saya bagi amaran siap-siap, dalam blog ni tak ada apa yang istimewa kalau keistimewaan yang kalian cari. Dalam blog ini tak ada segmen, contest, give away dan apa-apa lagi yang seumpama dengannya. Pada masa akan datang insya Allah, tapi kalau pada masa sekarang… rasanya masih belum sampai masanya lagi.
Kalau ada.. ada lah. Kalau tak nampak lagi, maknanya memang tak ada lah tu. Sweet and simple kan?
Hari ini saya tertarik nak menulis mengenai kisah duit. Alkisahnya, manusia ini bila ada banyak duit dia mula berubah, tak macam masa mula-mula kita kenal dia dulu. Bila ada duit terus tak ingat kawan-kawan lama, keluarga dan sesiapa sahaja yang pernah mengenali dirinya dan dia pun kenal diri orang tu.
Dalam erti kata lain, duit ini mampu untuk mengubah corak dan perwatakan seseorang insan itu. Eh betul ke statement ni?
Hal ni kalau kita debatkan, for sure akan timbul dua pendapat yang berbeza. Satu pendapat bersetuju yang duit mampu mengubah sikap dan sifat seseorang, manakala satu pendapat lagi akan lebih menjurus kepada duit ini tak akan sesekali mampu mengubah diri seseorang.
Pendapat anda? Lebih kuat yang mana? Mampu mengubah atau tak mampu nak mengubah?
Dalam catatan pada kali ini, saya akan menulis melalui sudut pandang pendapat yang kedua, iaitu duit tidak mampu mengubah diri seseorang. Bermakna, saya akan memegang pendapat bahawa duit yang banyak tak akan mengubah sikap dan perwatakan seseorang.
Kalau anda berminat nak tahu kenapa saya berpendapat seperti ini, macam biasalah… anda kenalah baca sampai habis.
Apa Itu Duit?
Rasanya macam tak molek pulak kalau tak explain terlebih dahulu apa itu duit. Duit ini secara fizikalnya adalah merupakan helaian-helaian kertas yang dicetak oleh kerajaan dengan corak tertentu yang mana ianya dipersetujui mempunyai nilai-nilai tertentu dan pada masa yang sama nilai tersebut diakui oleh pihak kerajaan.
Saya rasa macam apa yang saya tulis dekat atas tu agak berbelit-belit, saya tulis semula ya.
Duit adalah helaian kertas yang mempunyai cetakan tertentu, dipersetujui oleh orang ramai bahawa ianya mempunyai nilai, dan nilai yang dipersetujui itu tadi pulak diakui dan dijamin oleh kerajaan. Itu lah duit.
Ada masanya duit ini hanya berbentuk angka semata-mata. Kita lihat dalam transaksi yang melibatkan perpindahan wang secara online, kita tak pernah pun pegang duit tu, tapi kita yakin kita ada duit dengan melihat baki akaun kita. Kalau ada lagi angka dalam baki akaun, maksudnya ada la tu duit dalam akaun bank kita.
Apa Tentang Kegunaan Duit Pulak?
Apa yang pasti, walau macam mana lapar sekalipun seseorang tu, dia tak akan makan duit. Atau dia rebus duit-duit syiling yang dia ada sampai lembut, kemudian telan.. No no.. tak akan jadi benda-benda macam ni.
Duit ada fungsinya yang tersendiri, dan yang paling biasa diamalkan, duit berfungsi sebagai medium pertukaran sesuatu barangan. Medium of exchange.
Secara tak langsung ini sebenarnya menunjukkan, duit tu dalam kejadian asal dia semata-mata tak ada banyak manfaat, akan tetapi manfaat duit tu akan kita rasa apabila kita gunakan ia untuk buat pertukaran, atau jual beli.
Persoalan dia sekarang…. Masa bila duit itu mampu mengubah sikap dan perwatakan seseorang?
Yang ini saya harap kalau ada yang sudi nak share pendapat, sila kongsikan dibahagian komen dibawah ya, sebab saya tak pasti jawapan dia.. masa bila duit mengubah sifat seseorang tu… Jadi kesudian kalian menyumbang pendapat adalah sangat-sangat dihargai.
Dalam sebuah buku, hasil tulisan Bob Proctor yang berjudul It’s Not About The Money, penulis buku tersebut ada memberikan pandangan bahawa duit tidak akan mampu mengubah diri seseorang… akan tetapi duit berupaya menonjolkan sifat sebenar seseorang yang memegang duit itu tadi.
Dengan kata lainnya, duit yang banyak itu berupaya menjadikan sifat-sifat sebenar seseorang yang memilikinya menjadi lebih ketara.
Kita ambik satu sikap negatif iaitu sombong. Sifat sombong ni ada dalam diri semua orang. Cuma ianya ketara ataupun tidak. Katakanlah ada seorang lelaki ni hidup dia miskin… layak ataupun tidak dia nak menyombong diri? Dah lah miskin sombong pulak tu… kan tak sesuai.
Kalau dia menyombong diri, macam mana dia nak mintak kerja, mungkin ada satu masa dia terdesak sampai terpaksa meminjam duit dari kawan-kawan ataupun meminta bantuan kewangan dari organisasi yang prihatin. Jadi sifat sombong yang memang sedia ada pada dirinya, terpaksa dikikis. Ini kes kalau dia miskin.
Andai kata orang yang sama, tetapi situasi hidupnya agak berbeza sedikit. Dalam contoh kali ini, dia adalah seorang lelaki yang kaya. Agak-agak dia akan menyombongkan dirinya atau tidak? Dalam diri dia memang ada sifat sombong, dan bezanya sekarang ni dia jadi kaya pulak tu… ada banyak duit. Maka jawapannya akan jadi lebih ketaralah sifat sombong dia tu.
Dalam contoh ini, duit yang banyak bukannya mengubah sifat dia… akan tetapi duit yang banyak itu menjadikan sifat-sifat yang dah memang sedia ada dalam dirinya jadi lebih ketara.
Bak kata si Bob Proctor ini:
Having more money won’t change you as a person. It will, however magnify the person you already are. Money has a remarkable ability to reveal character. If you are stingy and cruel, money will expose those negative traits completely so they are unmistakable and obvious. But if you are a generous spirit, someone who is caring and giving and compassionate to those around you, think of what wealth will allow you to achieve! -Bob Proctor
Pada pendapat peribadi saya, ada betulnya jugak kata-kata si Bob ni tadi.
Macam mana pulak halnya kalau orang yang mempunyai banyak duit ini tadi memang merupakan seorang yang baik, dermawan, dan pemurah.
Rasanya anda sendiri dapat jawab… dah pasti dia akan jadi seorang yang makin banyak melakukan amal jariah.
Saya ingin kongsikan kepada pembaca sekalian satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani:
Sebaik-baik harta itu ialah harta yang berada pada tangan orang yang soleh
Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani
Kenapa agaknya dikatakan sedemikian rupa? Jawapannya ialah kerana hanya orang-orang yang soleh sahaja yang tahu dan mampu menggunakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Nah… kalau duit mahupun harta itu mampu mengubah manusia, dah tentu orang-orang yang soleh ini juga sebenarnya tak terkecuali dari menerima nasib yang sama kerana mereka juga adalah manusia biasa. Tetapi sebaliknya. Bermakna, sebarang bentuk perubahan atau kelainan yang berlaku pada diri seseorang itu apabila dia berubah menjadi kaya, perubahan itu bukan sebab duit… tetapi sebab dalaman.
Faktor dalaman yang memang dah sedia ada dalam dirinya.
Duit hanya membuatkan sifat-sifat tersebut menjadi lebih ketara, tak kiralah ianya sifat yang baik mahupun sifat yang buruk.
Baca juga:
Saya setuju bila harta mampu reveal karakter sebenar seseorang. Based on pengalaman saya. Org yg saya kenal dulu hidup serba sederhana. Masa tu baik sangat dengan isteri n anak2 dia. Tak berkira langsung soal duit.. nafkah.. memang layan family dia cukup baik. Bila 1 hari, Allah rezekikan sejumlah duit yang memang banyak, si isteri tu dipandang sudah tak cantik, cara percakapan mula kasar, dah tak ambil berat lagi.. takda dah panggil syg mcm ssbelum.. paling menyedihkan, sudah mula join apps cari pasangan.. hanya setelah 3 hari Allah beri secubit kekayaan. Terlalai beliau dengan kurniaan Allah. Ya kekayaan akan reveal true personality seseorang manusia.