Web Analytics

Bagaimana Jadi Kaya Beretika Dan Tidak Beretika

Persoalan bagaimana nak jadi kaya, setelah mengkaji dan membaca, saya boleh senaraikan beberapa cara untuk menjadi kaya. Baiklah saya takkan buat lawak bodoh kaya yang sapu dekat roti tu. Ni serius, saya siap buat ulasan lagi.

Jadi atlit atau artis

Bergantung kepada bakat dan juga pendedahan jugak. Di Malaysia ni nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza boleh dikatakan kaya kerana kerjaya artis mereka. Sama juga seperti atlit Lee Chong Wei dan Nicole David. Pendek kata kena ada bakat dalam sesuatu sukan. Setakat pemain bola menang Suzuki Cup, tak la kaya pun.

orang kaya

Kahwin dengan orang kaya untuk duitnya

Setakat kahwin dengan orang kaya tapi tak dapat duit tak jadi kaya pun. Jadi nak kaya kenalah persuade wife or husband bagi harta kepada kita.

Juga boleh anda pertimbanka untuk kahwin dengan anak raja. Tapi perlu anda pastikan anda mempunyai muka yang lawa macam manohara dan perangai yang sweet.

Macam banyak tengok dengan cerita Samarinda. kahwin sebab dia nakkan duit kesudahan pasti sengsara. Worst part intention kita diketahui, lepas tu merana lah kahwin dengan orang yang kita tidak cintai sampai mati.

Menang loteri/ jack pot

Best kan kalau tertiba saja menang. Tapi pada akhirnya terdapat berapa kebarangkalian untuk menang? Bagi semua yang cuba nasib mereka dengan beli loteri, kebanyakan daripada mereka tak menang juga. Yang jadi kaya adalah tuan penganjur loteri tu saja.

Saya sekarang ni merancang nak jadi kaya dengan menang loteri. Tapi bolehkah orang islam main dalam loteri? Tidak boleh kan. Jadi perlulah anda ubah sikit. Mungkin anda boleh beli sijil simpanan premium. Untung-untung nombor sijil naik dapat kereta besar. Kalau tak kena, ambil saja dividen yang ciput tu.

Menipu

Alahai gelang, alahai dari jism, dengan marketing gempak dan testimoni dan macam-macam lagi, boleh la capai kekayaan dengan terjualnya produk murah pada harga yang mahal. Tapi kena tunggu la sampai orang datang kantoikan.

Cara Jenaya

Saya rasa ada satu lagi cara nak kaya iaitu dengan pakai cara jenayah. Mungkin menipu ni termasuk salah satu cabang dia la. Tapi yg paling nampak ialah jual dadah, terima rasuah, rompak bank, curi mesin ATM, rompak van keselamatan yang bawa duit ATM, dan macam-macam lagi. Tapi kena ingat, hukuman berat menanti pelaku sekiranya anda kantoi. Anda mempunyai peluang untuk mendapat hukum mati juga.

Pewaris

Nasib baik menyebelahi untuk mereka yang ada ayah kaya dan mungkin parent yang meninggal ada beli insurans dengan amaun yang besar. Ni pun nasib badan, dan bukan sesuatu yang boleh kita pilih.

Hidup miskin kedekut

Ni pun salah satu cara yang pasti untuk kaya tapi memakan masa dan juga memakan hati. Hidup berpekin dan tak ada life just for the sake of menyimpan. Honestly, kalau berjaya kaya pun, tak kaya sangat dan yang penting tidak akan rasa gembira langsung.

Bijak kewangan

Final and most important, kita boleh kaya dengan cara memiliki kebijaksanaan dalam menguruskan dan megembangkan wang. Bijak di sini termasuk menceburkan dari dalam perniagaan, menukar kan pendapatan kepada income pasif dan income portfolio.

Semua cara nak kaya di atas it’s more on luck, cumanya kalau tak bijak merancang wang, memang boleh miskin balik. Contoh paling ketara adalah pemenang loteri.

Tak Jadi Jutawan Pun Tak Apa

Kita perlu sedar bahawa ia adalah ok untuk tidak menjadi jutawan atau orang kaya. Sebaliknya memang tak ok langsung untuk jadi orang yang miskin mengharap belas kasihan orang dan terperangkap dengan hutang dan bankrap.

Niat utama kita melabur dan rancang kewangan untuk memastikan masa depan yang baik, bak kata english, to ensure sustainable future. Tak guna hepi-hepi sekarang pakai kereta mahal dan akhirnya tak ada saving dan cukup makan saja.

Dan tak guna juga berjimat tahap haji bakhil sampai menyusahkan orang, sampai dipulaukan, sampai tak ada kawan, dan sampai umur sudah tua pun tak pernah beli kereta baru.

Keseimbangan itu adalah penting. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian, yang perlu dipenuhi, yang lebih utama dari keinginan nak jadi orang kaya.

  1. Tempat tinggal yang selesa – bukan yang mewah, cuma bagus untuk membesar.
  2. Makan yang cukup khasiat.
  3. Orang paling banyak income dalam keluarga ada insurans/ takaful – ni penting, we never know what future hold.
  4. Ada kenderaan yang selesa – Perodua Myvi pun dah cukup, kalau anak ramai tu boleh upgrade kepada MPV. Proton X90 pun ok. Jangan nak jimat beli kereta yang sudah nak reput. atau nak beli kereta yang installment lebih separuh gaji.
  5. Berbelanja up to the standard. yang orang tak label kita kedekut.
  6. Spend untuk vacation.

Jangan kejar jutawan sampai tak ada masa untuk anak, sampai tinggal isteri, sampai tak tidur, sampai kesihatan terjejas.

Apapun happiness kena come first, knowing that we are prepared on the days to come.

Hmm, tak jadi jutawan jadi ratus ribuan pun jadilah. Apapun kalau kita manage untuk jadi jutawan, memang bonus dan best. Apapun usaha yang betul, ilmu dan perancangan dan disiplin yang betul pasti boleh mendatangkan hasil.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!