Ramai orang yang ada masalah kewangan adalah kerana mereka mempunyai kepercayaan yang negatif terhadap wang. Mereka dibelenggu dengan kepercayaan negatif itu sehingga mereka tiada idea untuk menjana wang.
Sekiranya anda pun berada dalam keadaan yang sedemikian, maka harap anda dapat izinkan saya untuk berkongsi beberapa tip bagaimana untuk menjadikan diri satu Magnet Duit.
Saya harap ia boleh menjadi Magnet terutamanya Magnet Rezeki yang dinyatakan dengan terperinci, jelas, dan mudah difahami oleh anda.
Pantau Pemikiran dan Kepercayaan Negatif Anda
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah pantaukan pemikiran dan kepercayaan yang negatif dalam minda anda. Terdapat terlalu ramai orang yang menganggap bahawa duit adalah sumber untuk segala kejahatan.
Ini adalah disebabkan ramai daripada mereka yang terlalu banyak menonton movie, dalam movie itu terdapat banyak cerita tentang orang kaya yang jahat sahaja tetapi mempunyai duit yang banyak melalui kegiatan jenayah. Dengan pengaruhi dari tonton movie seperti ini, lama kelamaan ia akan menjadi kepercayaan yang negatif bagi seseorang terhadap duit.
Bagaimana nak jadi magnet duit kalau anda rasa negatif terhadap duit?
Duit akan lari dari anda jika anda selalu mempunyai fikiran duit adalah jahat dalam otak anda.
Sebagai contoh, kepercayaan negatif ini adalah seperti lubang yang ada dalam bekas. Apabila bekas itu diisi dengan air, air akan menembusi lubang itu.
Kepercayaan negatif adalah seperti lubang itu. Kalau terdapat terlalu banyak lubang pada bekas anda, maka semakin sikit duit yang akan anda dapat.
Malangnya bagi kebanyakan orang, mereka lupa yang mereka memang ada banyak lubang. Ini yang menyebabkan berlakunya kebocoran wang kepada mereka.
Jadi, apa yang perlu anda buat adalah pantau pemikiran dan kepercayaan negatif anda terhadap duit?
Mulai hari ini, perlu anda ubah semua yang negatif dalam fikiran dan kepercayaan kepada positif dengan langkah kedua iaitu: Membina minda Magnet duit dengan Affirmasi
Selalu Buat Affirmasi Terhadap Diri Sendiri
Mengikut Hukum Tarikan, kita menarik apa yang kita fikirkan. Kuasa tarikan terhadap duit bergantung kepada kepercayaan anda terhadap duit. Kepercayaan akan terbina selari dengan pemikiran anda terhadap duit.
Magnet Duit adalah pantulan daripada pemikiran tentang kejayaan. Namun, berfikir tentang kejayaan sahaja tidak akan menjadikan anda magnet duit.
Ia bergantung kepada apa yang anda fikir, sama ada fikiran positif atau negatif terhadap duit. Ramai yang bersusah payah nak dapatkan duit kerana mereka sangat negatif terhadap duit. Mereka selalu fokus yang mereka TIADA DUIT.
Sebenarnya mereka menarik kepada keadaan yang tidak mendatangkan duit. Jika anda juga ada macam ini, anda mesti ubah semua pemikiran dan kepercayaan negatif ini dengan cara mudah, iaitu dengan cara Affirmasi.
Cara ini akan mengubah kepercayaan negatif kepada positif. Jika anda tidak tahu macam mana buat affirmasi terhadapa diri sendiri. Di sini ada caranya. Ia bukan susah sangat tapi sebaliknya sangat mudah saja untuk anda ikut.
Apa yang perlu anda lakukan ialah baca ayat Afirmasi setiap hari. Contoh ayat Afirmasi untuk menjadikan diri kita satu Magnet duit adalah seperti berikut:
- “Saya adalah magnet duit”
- “Saya menarik duit setiap hari”
- “Aliran duit yang banyak datang kepadaku”
Apa yang kita fikir dan cakap, kita akan menariknya dalam kehidupan kita. Apa yang kita fikir dan cakap juga adalah DOA. Pasti akan jadi realiti. Inshaa Allah.
Semoga anda semua memperoleh rezeki yang melimpah. Aamiiin.
Baca juga: