Kita sering mendengar frasa..
“Kematangan itu hadir dengan umur..”
Sejauh mana benarnya kenyataan ini? Adakah lebih berumur bermaksud kita lebih matang kerana banyak pengalaman? Adakah pengalaman itu kayu ukur yang baik untuk menunjukkan tahap matang akal seseorang?
Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya.
Di sini ada beberapa perkara yang kita perlu hentikan apabila usia telah melewati angka 30-an agar nampak diri lebih matang:
1. Berhenti membelanjakan wang secara boros
Korang perlu mula fikirkan tentang dana yang diperlukan 30 tahun dari sekarang. Ya, waktu itu pastinya korang dah bersara kan. Dapatkan nasihat daripada kenalan atau Google saja tentang bagaimana untuk menyimpan dan melabur secara bijak. Ingat, nak beli harta bukan saja masa waktu muda, tua nanti pun ada jugak barang nak beli.
2. Berhenti bertukar-tukar kerja
Kurangkan senarai majikan dalam resume korang tu. Terima fakta bahawa tiada jawatan yang sempurna padahal diri kita sendirilah yang menyempurnakan karier kita sendiri. Bakat dan skil kita sendiri yang usahakan. Kalau asyik bertukar kerja sahaja sampai bila hidup nak stabil.
3. Berhenti terlalu banyak gunakan media sosial
Kembalilah ke alam nyata dan mulakan rangkaian perhubungan dengan orang lain secara lebih fizikal. Maksudnya kurangkan sikit dari mengadap media sosial tu. Kenapa mak abah kita dulu boleh hidup besar panjang sihat walafiat saja tanpa Facebook. Boleh je makan. Tak payah tangkap gambar pun hashtag itu ini.
Namun jika korang perlukan senyuman penyegar minda, pergilah lawat page Amran Fans. Kahkahkah.
4. Berhenti memuat naik perkara mengarut di Facebook
Ya, majikan korang mungkin ada baca status Facebook atau media sosial korang yang lain. Tambah lagi dalam senarai rakan kita tu pasti ada saudara-mara atau ipar duai. Imej dan air muka kita sendiri yang jaga kan. Jadi berfikirlah secara wajar sebelum anda taip status yang bukan bukan.
Aku sendiri pun dah terkono dulu. Malunya bila kena tegur sampai ke hari ni masih tebal muka.
5. Berhenti mengenang kegagalan yang lalu
Memang dulu hubungan korang terputus di tengah jalan. Memang ada matalamat yang korang gagal kecapi. Memang korang pernah fail satu paper kat kampus dulu.
…Tapi itu semua bukan penamat hidup. Hidup mesti terus!
Menyesal bila minyak motor habis di tepi highway tiada berguna. Baik pergi cari tong dan carilah stesen Petronas terdekat. Isi mengikut liter tau.
6. Berhenti ber-SMS ketika memandu
Bukan semua orang yang buat benda ni anak anak muda. Aku pun sama. Jadi bila kereta terhuyung hayang kena hon dengan kereta sebelah mulalah menunduk malu semalu malunya. Kalau emergency sangat cari je tampat berhenti, selesaikan apa yang cemas tu. Then baru memandu semula.
7. Berhenti tidur seharian di hujung minggu
Mungkin korang fikir dengan tidur di hujung minggu boleh mengganti semula waktu tidur korang tu. Sebab korang dah bekerja keras sepanjang minggu.
Kajian sains menunjukkan ‘recovery sleep’ takkan menyelesaikan masalah kurang tidur korang. Masalah ini hanya dapat setel dengan tidur yang seimbang. Malahan pula, hujung minggu korang dapat diisi dengan perkara yang lebih produktif.
8. Berhenti bersahabat dengan parasit
Masa untuk menimbangtara yang mana lawan dan yang mana kawan. Mungkin korang dah malas nak buat ini semua. Tapi yakinlah, ia membawa kesan dalam hidup korang. Tiada guna jika teman yang ada cuma tau mengambil kesempatan.
Pilihlah kawan yang betul. Biar lain bangsa lain agama, tapi yang benar benar boleh jadi sahabat.
9. Berhenti memberi alasan
“He that is good for making excuses is seldom good for anything else.” – Benjamin Franklin
Apakah punca kegagalan? Punca paling besar adalah selalu membuat alasan. Jadi, penyakit yang selalu ada dalam kalangan orang yang gagal adalah orang yang selalu beralasan untuk berjaya dan melaksanakan tugasnya.
Di kalangan mereka ini, ada yang mengharapkan bulan jatuh ke riba tanpa melakukan usaha. Angan-angan mat jenin sudah menjadi tabiat mereka. Kerja mereka hanya goyang kaki dan mengharapkan nasib semata-mata.
Tahukah korang bahawa orang yang matang tidak menggunakan alasan yang sama yang dibuat oleh orang yang gagal walaupun mereka boleh melakukannya. Kadang-kadang, mereka juga sakit, keletihan, buntu dan tiada idea tetapi mereka tidak menjadikan perkara ini sebagai penamat atau penghalang daripada terus berusaha sebaliknya mereka menjadi lebih ghairah untuk mencari penyelesaiannya.
10. Berhenti makan fast food
Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat pemakanan. Ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Jika ia dijadikan hidangan yang hanya dinikmati sekali sekala, makanan tersebut kurang memudaratkan. Tetapi apa yang dikhuatiri jika makanan segera diambil secara kerap, ia bakal menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.
Tanpa korang sedari, ia akan mendedahkan kepada kita dengan pelbagai penyakit. Antaranya kerosakan gigi, penyakit kencing manis, sembelit, ‘obesiti’, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan juga kanser usus.
11. Berhenti memandu secara melulu
Lelaki yang matang tahu memandu secara berhemah. Istilah Mat Rempit dan Samseng Jalanan rasanya tidak lagi sesuai digunapakai kepada seorang lelaki yang matang.
Tidak terlalu lewat untuk mula memandu dengan lebih berhemah dan cermat
It is never too early to start driving responsibly and making sure that you are not over the alcohol limit.
12. Berhenti bermain permainan video
Video game kadangkala boleh membantu bila korang tengah menunggu pengangkutan awam yang ‘tepat’ masa tu. Tapi kalau korang dah macam mayat hidup kat rumah asyik mengadap game je baik hentikan segera. Awak tu dah besar, bayak lagi aktivviti berfaedah korang boleh buat. Segarkan minda dengan cara lain.