Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin? Anda mungkin terkejut untuk mengetahui kebiasaan orang miskin adalah sangat berbeza daripada mereka yang kaya. Mereka mempunyai kehidupan dalam cara yang bertentangan dan juga menggunakan masa mereka yang berbeza dengan orang miskin.
Di sini saya ingin berkongsi bersama anda tentang 7 perkara yang biasa orang miskin lakukan tetapi bukan orang kaya.
1. Tonton TV
Orang miskin suka habiskan banyak masa untuk menonton TV, tetapi orang kaya lebih suka habiskan masa untuk membaca buku. Adakah pernah anda kira berapa jam yang anda habiskan di depan TV setiap hari? Dan bila masa terakhir anda ada baca sebuah buku?
Adakah anda tahu berapa banyak buku yang anda baca dalam setahun? Terdapat ramai orang tidak baca sebuah buku pun dalam satu tahun.
2. Bayar Dengan Masa Yang Mereka Kerja
Orang miskin dibayar mengikut masa yang mereka habiskan untuk bekerja. Tetapi bagi orang kaya, mereka biasa dibayar berdasarkan keputusan yang mereka buat.
Katakan anda bekerja di restoran McDonalds, anda boleh menjadi pembersih lantai yang paling baik di bumi ini, tetapi apa nilai yang anda bawa ke McDonalds?
Bagi orang kaya pula, mereka dibayar berdasarkan keputusan yang mereka buat dan bukan masa yang dilaburkan. Katakan mereka sedang mengusahakan sesuatu produk. Mereka menghabiskan masa setahun untuk membuat, menyempurnakan, dan menghasilkan produk. Lepas tu, produk itu dibawa ke pasaran. Tetapi produk itu tidak disukai oleh pelanggan, ia tidak dapat dijual langsung. Jadi mereka tidak dapat untung satu sen pun.
Dunia tidak akan pedulikan walaupun mereka tidak menjana sebarang keuntungan. Tiada siapa yang peduli berapa banyak masa, darah, peluh, dan air mata yang dimasukkan ke dalam untuk membuat produk itu dan dibawa ke pasaran. Berapa banyak risiko yang mereka ambil tidak akan dipeduli oleh pelanggan. Apa yang mereka ambil perhatian adalah keputusan.
Itulah sebabnya atlet yang terdapat bayaran yang tertinggi di dunia seperti atlet bola sepak atau tennis, mereka tidak dibayar dengan berapa jam mereka berlatih. Tetapi mereka dibayar dengan betapa baik mereka mempersembahkan dalam bidang sukan mereka.
3. Orang Miskin Suka Salahkan Orang Lain Demi Kemalangan Mereka
Bagi orang kaya, mereka mengambil tanggungjawab untuk kegagalan mereka sendiri. Bagi orang miskin pula, ia selalu menjadi kesalahan orang lain. Bila sesuatu yang tidak baik berlaku, mereka cenderung untuk salahkan ekonomi, kerajaan, bos, kerja, bandar, jiran, dan kawan-kawan mereka. Selalunya orang lain yang salah dan bukan mereka sendiri.
Bagi orang kaya, mereka mengambil tanggungjawab mereka sendir. Sekiranya hidup anda tidak baik, itu adalah kesalahan anda sendiri. Kamu perlu mengambil tanggungjawab untuk tindakan yang anda buat.
Apabila anda sanggup mengambil tanggungjawab, apa yang berlaku ialah anda akan mendapat tenaga. Tenaga ini membolehkan anda berubah dan melakukan sesuatu yang berbeza.
Ingatlah, cuma orang yang tidak ingin ada sebarang tanggungjawab baru suka menyalahkan orang lain.
4. Orang Miskin Memberi Tumpuan Atas Penjimatan
Orang miskin suka rancangkan bajet dan jimat atas perkara yang kecil. Tetapi orang kaya fokus dalam pelaburan.
Apa yang orang miskin suka nasihat ialah jangan minum kopi Starbucks pada waktu pagi, dengan ini anda boleh jimat sikit duit atas perbelanjaan ini. Jangan pergi tengok wayang, duduk tengok TV dalam rumah lebih jimat.
Mereka sentiasa cuba untuk jimat wang yang kecil. Tetapi, duit kecil yang anda jimatkan tetap duit yang kecil. Anda tidak akan menjadi kaya dengan jimat duit yang sikit tu.
Apa yang perlu anda fahami adalah anda tidak mempunyai masalah buat simpanan, tetapi anda mempunyai masalah menjana pendapatan yang lebih banyak. Anda perlu mendapatkan lebih banyak wang, dan lepas tu anda boleh melabur.
5. Orang Miskin Rasa Mereka Tahu Segala Benda Di Dunia Ini
Orang kaya terus belajar tanpa kira berapa umur mereka. Tetapi orang miskin selalu ingat mereka mempunyai ilmu yang banyak. Mereka sentiasa mahu memberitahu dunia tentang pendapat mereka, politik, sukan, masyarakat, kerajaan, dan setiap perkara di sekeliling mereka.
Apa yang sepatutnya anda buat adalah bersikap rendah hati dan selalu bersedia untuk belajar.
Orang kaya suka tanya soalan dan sanggup mendengar pendapat orang lain dengan teliti. Mereka membaca buku yang banyak dan membuat pembelajaran berterusan. Mereka jarang mengatakan bahawa saya mendapat pendapat mengenai segala perkara.
Adakah anda tahu mengapa orang miskin selalu mempunyai pendapat? Ini adalah kerana mereka cuma nak mendapatkan sedikit perhatian daripada orang lain. Dengan itu, boleh kita fahami sekarang mengapa terdapat ramai orang yang suka memberi komen di sosial media tentang apa-apa hal saja. Mereka bercakap sesuatu yang ingat pendapat mereka adalah terbaik dan patut semua orang setuju dengan mereka. Tetapi sebenarnya pendapat anda tidak dihilau langsung oleh orang lain.
Ingat, pendapatan anda hanya boleh berkembang sehingga ke tahap yang anda lakukan. Kekayaan anda hanya boleh berkembang secepat yang anda lakukan.
6. Orang Miskin Percaya Wang Adalah Satu Benda Yang Buruk
Bagi orang kaya, mereka percaya bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang buruk yang mereka cuba untuk elakkan. Adakan anda pernah mendengar kata-kata, “Wang adalah akar untuk semua kejahatan?”. Ini adalah pendapat dari orang yang miskin.
Boleh anda perhatikan kawasan kejiranan anda yang paling miskin. Boleh anda berfikir tentang kawasan tersebut. Adakah kawasan itu mempunyai masalah jenayah, dadah, rompakan, rogol, dan semua jenis isu.
Anda lihat, dalam sejarah umat manusia, tiada bank yang dirompak oleh seseorang yang memandu kereta Rolls-Royce. Ia adalah kesukaran dan kekurangan wang yang menyebabkan masalah itu.
Wang itu sendiri adalah neutral. Ia merupakan satu alat yang boleh anda menggunakannya untuk kebaikan atau anda boleh menggunakannya untuk kejahatan. Semuanya terpulang kepada anda.
7. Orang Miskin Mempunyai Mentaliti Loteri
Bagi kebanyakan orang, mereka percaya satu-satunya cara untuk menjadi kaya adalah dengan membeli tiket loteri. Walaupun mereka tahu bahawa peluang untuk menang adalah sangat tipis, tetapi mereka tetap akan membeli fantasi itu.
Mereka akan bermimpi jika menang mereka akan membeli rumah besar, membeli kereta mewah, berhenti kerja, mengambil percutian, memulakan perniagaan dan sebagainya.
Bagi orang kaya, mereka tidak mempunyai mentaliti loteri tetapi mentaliti untuk bertindak. Mereka percaya semua perkara adalah terpulang kepada mereka untuk lakukan.
Sekiranya mereka berusaha dengan cara yang betul, mereka akan berjaya. Mereka tidak perlu bergantung pada pihak ketiga, dan pasti mereka tidak akan bergantung pada beli beberapa tiket loteri.
Jadi itulah yang merupakan tujuh perkara yang dilakukan oleh orang miskin di mana orang kaya tidak akan lakukan. Sekiranya anda ingin jadi kaya tetapi mempunyai minda orang miskin seperti yang dihuraikan di atas, anda perlulah buat pembetulan mula pada hari ini.
Baca juga: 7 Petua Rahsia Yakin Berjaya