Web Analytics

Tentang Rancangan dan Pengurusan Kewangan

Ada berapa orang antara kita yang buat penjejakan tentang pendapatan dan perbelanjaan kita? Ada berapa ramai yang buat budget bulanan atau pun tahunan? Saya ingat bukan ramai antara kita yang ada membuat demikian kot?

Memang terdapat ramai yang tidak tau duit gaji mereka habis ke tempat mana. Ini adalah pasal mereka tidak membuat penjejakan perbelanjaan dan akibatkan perkara demikian berlaku.

Dalam golongan orang yang saya kenal, rasa mungkin cuma dalam 5% saja di antara mereka yang ada buat penjejakan budget bulanan.

Sebenarnya mempunyai catatan budget untuk seseorang adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Sebelum kita habiskan sebarangan wang atas sesuatu, kita mesti kira budget yang kita adalah terlebih dahulu.

Contohnya, katalah kita nak beli sebuah kereta, kita kena kira gaji bulanan kita ada berapa, selepas tolak kesemuaan perbelanjaan, masih ada berapa yang tinggal. Lepas tu perlu kita perhatikan sama ada wang yang tinggal itu adakah cukup untuk bayar ansuran kereta jika kita membuat pinjaman kereta pada bank.

urusan wang

Kalau duit yang tertinggal selepas semua perbelanjaan itu tidak cukup, baik kita lupakan saja buat sementara untuk membeli sebuah kereta baru.

Tapi bukan semua orang ada fikiran macam ni. Terdapat ramai orang yang cuba untuk melaraskan budget ikut suka hati mereka sahaja. Katalah duit yang tinggal itu tidak cukup RM300 pun, dia akan melaraskan dari belanja harian atau pun budget dari barangan lain. Akibatnya, hutang credit card bertambah pasal dia sudah belanja dengan lebih daripada apa yang diperolehi oleh gaji bulanannya.

Jika anda ingin membuat kiraan dan catatan budget bulanan anda tetapi anda tidak tahu macam mana untuk mulakan, di sini terdapat contohh yang boleh saja kongsi bersama anda.

Pendapatan

  • Gaji
  • Kerja sampingan
  • Faedah dari pelaburan (seperti beli saham, atau ASNB)

Perbelanjaan

  • Makanan
  • Bil(Telefon, Elektrik, Air, Internet, dll)
  • Insurans
  • Minyak
  • Kenderaan Awam
  • Hiburan
  • Lain-lain

Saya cuma bagi yang pendapatan dan perbelanjaan yang umum saja di atas. Mungkin anda mempunyai perbelanjaan lain yang cuma anda sendiri yang sedar tentangnya, jadi anda boleh catatkan untuk anda sendiri.

Macam Mana Cara Untuk Uruskan Duit?

Salah satu caranya adalah boleh anda pakai file dalam MS Excel dan catatkan semua pendapatan dan perbelanjaan ke dalam Excel file itu. Senang untuk buat senarai dan kiraan. Catat apa saja yang kita belanja setiap hari, budget banding dengan actual adalah berapa, jejak sampai ke 1 tahun. Lepas tu, tengok macam mana keadaan kewangan anda. Dalamnya boleh anda tahu sama ada anda pandai atau tidak untuk uruskan kewangan anda.

Satu lagi cara ialah anda boleh buat forecast gaji dan perbelanjaan dari tahun 1 sampailah ke tahun 10. Perbelanjaan anda perlu seiring dengan keperluan masa depan. Contohnya perbelanjaan atas pendidikan akan naik. Insurans, duit makan, barang dapur, hiburan dan sebagainya juga akan naik sebab inflasi. Maka perlu anda pertimbangkannya dan buat perbelanjaan yang bijak.

Sebaik saja anda mempunyai rekod yang cukup, boleh anda mula untuk tengok aliran wang anda. Mesti anda rasa seronok untuk mengetahuinya. Ia macam saja tengok sesuatu perniagaan yang mengalami keuntungan atau kerugian.

Pakai App Untuk Uruskan Wang

Jika anda tidak ingin buat catatan budget secara manual, boleh juga anda buat dengan pakai App. Sekarang terdapat banyak Apps percuma yang boleh anda dapat. Apps yang saya pakai adalah Money Manager yang amat senang untuk saya catat semua perbelanjaan saya setiap hari.

Kelebihan dengan pakai App adalah sebab sekarang memang telefon bimbit akan bersama kita di mana saja kita pergi. Jadi sebaik saja ada perbelanjaan berlaku, dengan segera boleh kita buka App dan masukkan amaun itu. Jadi, ia memang mudah, senang dan jimatkan masa.

Apa yang paling penting adalah kita perlu uruskan duit kita dengan sebaik mungkin. Tidak kira berapa banyak gaji yang kita dapat, berapa besar pangkat kita, tapi kalau tak reti untuk uruskan duit, maka tidaklah mungkin untuk kita kumpulkan harta.

Biasa orang kata, besar periuknya, besarlah keraknya. Percakapan macam ini memang betullah, kan? Tapi kita tak akan nak jadi macam tu.

Senario yang saya ingin berkongsi bersama anda adalah seperti berikut:

Katalah si A mempunyai gaji bulanan RM 2,500, dia boleh simpan duit sebanyak RM200 setiap bulan selepas tolak semua perbelanjaan. Bagi si B pula, gajinya adalah RM 5,000, tetapi setiap bulan dia habiskan semua duit gajinya. Dia tidak dapat simpan satu sen pun.

Bagi anda, yang mana satu yang akan anda pilih untuk jadi? Si A atau si B? Mesti ramai yang nak pilih si A. Maka, pada saya, seseorang yang mempunyai gaji tinggi tak jadi masalah, cuma kemampuan untuk uruskan wang tu perlu ada dan kena dilaksanakan dengan betul.

Aset dan Liabiliti

Sekarang boleh anda cuba untuk senaraikan aset dan liabiliti yang anda ada. Jejak dari satu tahun ke satu tahun. Selepas itu, akan anda dapat lihat sama ada graph aset anda adalah makin naik atau pun turun. Jika graph anda semakin turun, ini bermakna aset anda sudah jadi semakin kurang. Perlulah anda melakukan sesuatu untuk mengubahkan keadaan ini sebelum ia menjadi lebih teruk lagi.

Selain daripada itu, perlu juga anda senaraikan hutang-hutang kad kredit jika ada. Setakat mana dan terdapat berapa bank yang anda mempunyai hutang. Tengok sama ada hutang kad kredit anda adakan semakin kurang atau semakin banyak. Kalau hutang semakin naik, maka kena anda ambil langkah yang berpatutan dengan cepat. Ini maksudnya urusan kewangan anda tidak baik dan anda perlu berjaga-jaga supaya hutang kad anda tidak jadi banyak lagi.

Apa yang paling aku keprihatinan adalah tentang bab simpanan. Pastikan kita memperuntukkan siap-siap simpanan itu dan bukannya belanja habis semua duit yang kita ada setiap bulan. Kalau kita berkelakuan seperti demikian, memang tidak akan kita dapat buat sebarang simpanan wang pun.

Simpanan wang adalah penting untuk kita buat pelaburan dalam bidang lain dan kita akan dapat kumpulkan lebih banyak harta untuk kita. Jika tiada wang simpanan langsung, maksudnya kita tidak ada modal. Jadi macam mana untuk kita mula buat pelaburan jika tiada modal? Bila kita tidak membuat sebarang pelaburan, maka tidak dapatlah kita memperolehi keuntungan yang tinggi.

1 thought on “Tentang Rancangan dan Pengurusan Kewangan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!