Web Analytics

Tentang Bayaran Maintenance Untuk Rumah

Bagi saya, biasanya saya akan buat bayaran maintenance untuk rumah saya 3 bulan sekali. Saya bayar maintenance 3 bulan sekali adalah kerana:

1. Jika bayar 3 bulan lewat, tidak akan saya kena denda oleh maintenance office. Contohnya saya akan datang bayar untuk bulan March yang merupakan bayaran sekaligus untuk 3 bulan, iaitu dari Jan – Mar. Lain kali saya bayar maintenance akan pada bulan 6 di mana saya akan bayar untuk bulan dari Apr – Jun.

maintenance fee untuk rumah

Jelaslah jika maintenance office tidak ambil sebarang tindakan denda untuk lewat bayar, maka bolehlah anda buat macam ni seperti apa yang saya lakukan.

2. Dengan membuat bayaran seperti ini, ia bukan saja dapat jimatkan masa, tapi juga dapat jimatkan duit minyak dan tenaga. Tak payah perlu saya pergi ke maintenance office buat banyak kali.

3) Selain daripada itu, saya juga dapat jimatkan interest OD. Katakan maintenance fee yang perlu saya bayar untuk setiap bulan adalah dalam RM 500, kalau duit itu berada dalam akaun OD saya dan saya cuma perlu gunakannya bila sudah 3 bulan untuk saya bayar maintenance fee, maka saya boleh dapatkan kadar faedah yang lebih banyak berbanding dengan RM 500 tu dibayar setiap bulan.

ini merupakan apa yang saya buat dan pada saya ia memang dapat menjimatkan.

Skuad Perlu Ditubuhkan Untuk Kejar Bayaran Maintenance Fee

Kenapa maintenance office tak tubuhkan skuad kejar orang yang tidak bayar maintenance fee sebaliknya biarkan flat atau apartment itu tak diselenggara sehingga menyusahkan orang lain. Bila ditanya, mereka dengan mudahnya cuma beri alasan bahawa maintenance tidak dibayar.

Apa yang paling aku menyampah bila tengok ada pula tuan-tuan rumah yang ada tunggakan lebih dari 9 bulan bukan main bangga kata dia tak bayar maintenance. Tapi pakai juga lif yang diselenggara guna duit kami yang bayar tu.

Mungkin saya perlu tampal notis dalam lif dan tulis “AKU TAK AKAN HALALKAN DUNIA DAN AKHIRAT PADA SIAPA-SIAPA YANG ADA TUNGGAKAN MAINTENANCE LEBIH 3 BULAN GUNA LIF INI…. DARIPADA PENDUDUK YANG MEMBAYAR YURAN MAINTENANCE ON TIME”.

Maintenance Jangan Bagi Tenant Bayar

Benda ini amat mudah saja. Selaku tuan rumah, kita hendaklah menjadi orang yang bayar maintenance dan bukan-bukan mengharapkan tenant kita yang bayar. Biasanya tenant kita perlu pergi bekerja, dan bila petang balik dari kerja pejabat maintenance sudah tutup. Jadi mereka tidak dapat buat bayaran bila masa mereka nak pergi bayar.

Ini adalah kes di mana tenant memang ada niat nak bayar, kena pula tenant yang jenis tak ambil port, nak bayar sewa pun masalah, memang tak terbayarlah maintenance.

Sesetengah tuan rumah tu sengaja membuat iklan sewa yang mempunyai sewaan bulan yang lagi rendah dari rate sewa area tu. Tetapi dalam iklan yang dibuat oleh mereka, mereka akan sebut tentang bayaran maintenance adalah tanggungjawab tenant di mana tenant kena pergi bayar sendiri.

Pada saya tindakan seperti ini adalah kurang bijak. Macam apa yang saya sebut di atas, tenant biasanya tidak akan peduli sangat tentang perkara seperti ini. Mereka tidak akan susahkan mereka sendiri untuk pergi bayar dengan suka hati. Akhirnya ia akan menyusahkan diri kita sendiri sebagai pemilik rumah itu.

Terdapat banyak kes yang jadi di mana bila tenant sudah tidak mahu sewa lagi rumah itu dan pindah keluar, kebanyakan daripada mereka tidak settle lagi maintenance fee yang tertunggak tu. Alih-alih pemilik rumah kena keluar duit untuk bayar pula.

Pada saya, ia adalah lebih baik untuk buat iklan dalam satu pakej Iklan itu akan sebut bahawa tenant cuma bayar sewa setiap bulan dan juga buat bayaran untuk air dan letrik saja. Lain bil pemilik rumah yang sendi untuk bayar, tak kira laa bil indah water atau bil cukai tanah.

Memang harga sewa akan ambil kira semua tu dan akan lebih mahal daripada rate yang tidak masuk semua kos ini. Kalau kita harapkan tenant akan sudi untuk bayar maintenance sendiri, ini memang jarang jadi. Apapun no big deal laa, bila kita buat iklan dan tawarkan harga sewa yang kita nak, kalau tenant tu bersetuju dengan harga yang kita tawarkan, jadilah dia penyewa untuk kita.

Untuk bahagian pemilik rumah pula, untuk memudahkan bayar maintenance, kita bolehlah guna kemudahan transfer bank account untuk memudahkan segala proses tanpa perlu pergi ke maintenance office tiap-tiap bulan untuk bayar maintenance.

Memang ada maintenance office yang ada bagi kemudahan transfer bank yang mana kita perlu whatsapp sahaja salinan resit transfer duit tu kepada mereka sebagai rujukan. Sekarang sudah mudah sangat di mana kita boleh buat online transfer dengan pakai telefon bimbit kita saja.

Baca juga:

1 thought on “Tentang Bayaran Maintenance Untuk Rumah”

  1. Nk tnya, klau wife kita yg byr maintainance tu ? Receipt byrn tu wajib ke letak nama tuan rumah atau nma wife kita?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!