Definisi Teknik Zero Budget
Jika kita seorang yang sentiasa mengulang perkataan “tiada duit lebih”, zero budget merupakan teknik mengurus pendapatan yang paling baik digunakan. Sukacita diingatkan, teknik ini bukanlah teknik yang paling sesuai untuk semua orang.
Teknik Zero Budget terbaik diamalkan bagi mereka yang mempunyai pendapatan atau gaji yang terhad dan kecil. Di dalam zero budget sasaran utama kita ialah untuk ‘menghabiskan’ setiap sen yang kita perolehi pada bulan tersebut.
Dalam istilah yang lebih masuk akal, ‘menghabiskan’ di situ bermaksud mengkhaskan setiap sen yang diperolehi untuk kegunaan tertentu. Apabila setiap sen telah diperuntukkan, kita tidak lagi mempunyai wang untuk dibelanjakan kepada perkara yang tiada dalam budget.
1. Kenalpasti Berapa Ringgit Yang Kita Ada Setiap Bulan.
Perkara ini mudah bagi mereka yang makan gaji semata-mata. Semak slip gaji kita dan pastikan jumlah gaji yang kita terima. Jumlah ini mestilah jumlah bersih setelah ditolak potongan mandatori.
Antara potongan mandatori yang biasanya muncul dalma slip gaji ialah:
- Potongan KWSP.
- Potongan PTPTN.
- Potongan pinjaman bank.
Jangan masukkan jumlah komitmen lain yang tidak dipotong secara automatik seperti bil utiliti, ansuran kereta, atau bayaran hutang kad kredit.
Bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap, mungkin agak sukar untuk dilakukan. Namun sekiranya setiap duit yang diterima dan perbelanjaan direkodkan, anda mempunyai data yang lebih terperinci daripa mereka yang mempunyai slip gaji.
Contoh:
Gaji bersih = RM1,000.00
2. Tolak Gaji Bersih Dengan Komitmen Bulanan.
Komitmen bulanan ialah apa-apa bayaran yang perlu dibayar tetapi tidak ditolak secara automatik daripada gaji atau pendapatan kita. Apakah komitmen bulanan yang paling penting bagi setiap orang tidak kira bagaimana hutang atau bil yang ditanggungnya?
A. Komitmen terhadap diri sendiri.
Daripada gaji bersih kita, tolak bayaran kepada diri sendiri terlebih dahulu. Berapa banyak yang perlu ditolak?
Kebanyakan pakar pengurusan kewangan mengesyorkan sekitar 30%. Nilai ini secara realitinya ialah susah bagi kebanyakan orang, kecuali mereka yang mempunyai matlamat yang jelas dalam perancangan kewangan mereka.
Bagi yang baru bermula antara 5% ~ 10% sudah mencukupi. Setelah biasa tingkatkan peratusan itu kepada 30%.
Jika anda ingin bekerja sehingga 10 tahun sahaja, simpan sekurang-kurangnya 75%. Teknik 75% ini lebih sesuai dibincangkan dalam posting yang lain.
Contoh:
30% untuk diri sendiri = RM 300.00
Baki = RM 700.00
B. Tolak gaji dengan komitmen lain.
Senaraikan bayaran bulanan yang tidak dipotong secara automatik dan susun mengikut keutamaanya. Ansuran kereta, bayaran bil, dan perbelanjaan pengangkutan.
Susunan keutamaan ini penting kerana mungkin di bulan anda menghadapi masalah, ada komitmen yang terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan hidup diteruskan.
Teruskan menolak semua jenis komitmen dan lihat jika gaji masih berbaki.
Contoh:
Bayaran Hutang = RM 150
Bayaran Bil = RM 50
Pengangkutan = RM 100
Baki = RM 400
3.Bahagikan Baki Dengan 31 Hari.
Setelah bayaran kepada diri sendiri dan komitmen bulanan ditolak, itulah baki untuk perbelanjaan kita seharian. Hari terbanyak dalam setiap bulan ialah 31 hari. Dengan itu kita memastikan setiap bulan bajet kita boleh berfungsi.
Contoh:
RM 400 / 31 = RM 12.90 sehari.
Dengan itu setiap sen yang kita perolehi telah ditetapkan dimana akan dibelanjakan. Tiada sebarang pembelian atau perbelanjaan luar bajet dibenarkan.
4. Apa perlu dilakukan setelah bajet siap?
Setelah bajet ini siap, pindahkan jumlah yang perlu dibayar kepada diri sendiri ke akaun simpanan khas yang kita tidak akan usik, contohnya Amanah Saham, Deposit Tetap atau Akaun Tabung Haji.
Jangan keluarkan wang dari akaun ini.
Jumlah untuk dibayar sebagai komitmen bulanan dipindahkan ke akaun bank berasingan yang digunakan hanya untuk tujuan tersebut. Seboleh-bolehnya, cari akaun bank yang mempunyai perbankan internet dan selesaikan bayaran ansuran dan bil menggunakan akaun ini. ‘Hilangkan’ kad ATM akaun ini.
Baki untuk perbelanjaan harian dipindahkan ke akaun yang mempunyai kad ATM untuk memudahkan kita mengeluarkan duit. Tetapi jangan kerap melakukan pengeluaran. Keluarkan duit untuk perbelanjaa pada 1hb, 11hb, dan 21 hb sahaja, iaitu sebanyak tiga kali sebulan.
Contoh:
1 hb withdraw RM 130.00
11 hb withdraw RM 130.00
12 hb withdraw RM 130.00
TAHUKAH ANDA ?: Dengan teknik yang betul, meyimpan RM 1,000.00 sebulan pun tidak mustahil bagi mereka yang pendapatan rendah.
Prinsip-Prinsip Zero Budget.
- Apabila kita tahu jumlah maksima yang boleh kita belanjakan dalam satu hari, hadkan diri supaya tidak melebihi nombor ini.
- Jika timbul keperluan dan kita terpaksa melakukan perbelanjaan luar bajet, kita mestilah memotong salah satu perbelanjaan yang telah dirancang.
- Sebagai galakan, setiap tahun, keluarkan 4% dari apa yang berjaya disimpan untuk berhibur, bercuti, atau membeli sesuatu yang kita ingini sebagai hadiah kepada diri sendiri.
- Mengawal perbelanjaan dalam satu hari lebih mudah daripada mengawalnya sebulan. Pastikan kita berjaya setiap hari untuk memasti bajet bulanan kita berjaya.
- Kejayaan setiap jenis perancangan bergantung kepada satu sebab: Kenapa kita perlu merancang. apabila kenapa kita kuat, perancangan yang sukarpun mampu kita laksanakan, kerana kita amat mahu ia berjaya.
Tanya diri sendiri setiap hari: Kenapa Aku Perlu Kaya?
Baca juga: