Web Analytics

Teknik Mengelakkan Membuat Belian Yang Tidak Perlu

Kita ke Mid Valley sedakar untuk makan tengah hari. Semasa melintas sebuah kedai kasut, kita masuk ke dalam, setelah melihat sepasang kasut yang begitu menarik. Ada promosi dan ada potongan harga yang diberikan pada kasut tersebut. Kita amat tertarik dan membelinya, dengan kad kredit pula . Setelah membeli kita rasa begitu puasa dan seolah memiliki sesuatau yang selama ini kita cari. Seminggu kemudian kita menyesal dengan pembelian itu. Pernah mengalaminya?

Pembelian secara impulsif ini memang satu pekara lazim. Namun begitu ia bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal atau dihalang. Dengan sedikit teknik dan displin kita sebanrnya dapat mengawal tabiat membeli sesuatu yang tidak perlu. Teknik ini dinamakan Teknik Senarai 28 Hari.PEMBELIAN IMPULSIF.

shopping

Pembelian yang bersifat tidak dirancang, tanpa budget, dan dilakukan secara tergesa-gesa biasanya tidak membawa faedah, malah mungkin menyebabkan kita akan berhutang. Perasaan ingin memiliki sesuatu barang itu secepat mungkin atau serta merta adalah biasa dan dialami semua orang. Kita akan berasa seronok jika dapat memiliki sesuatu dengan serta merta walaupun keinginan untuk memilikinya hanya terdetik sebentar tadi.

Ada kalanya benda itu bukanlah sesuatu yang kita perlukan, tetapi kadang kala barang itu baru kita lihat dan ketahui tentang kewujudnya. Serta merta pula kita membelinya semata –  mata atas desakan keinginan yang juga datang serta merta. Kadang kala kita menyesal sebaik sahaja membayarnya. Malangnya, sebaik sahaja duit bertukar tangan, kita telah terlambat. Gunakan Teknik Senarai 28 Hari ini sebagai penyelesaian.

Kesedaran Asas Teknik Senarai 28 Hari.

Kesedaran yang pertama perlu ada ialah beza antara tunai dan hutang. Jangan samakan berhutang untuk membeli rumah dengan berhutang sepasang baju tiga kali bayar. Ia tidak sama langsung. Sebolehnya, pada setiap masa, gunakan tunai. Kad kredit hanya digunakan selepas dua syarat ini dipatuhi;

Kita mempunyai duit untuk membayarnya.
Penggunakan kad kredit lebih praktikal dan mudah (contohnya di pam minyak.)

Penggunaan tunai akan memberikan kesedaran yang lebih tentang nilai wang berbanding penggunaan ‘duit maya’ (kad kredit / bank transfer).

Teknik Senarai 28 Hari.

Kenapa 28 hari? 28 hari mewakili tempoh masa empat minggu, iaitu selama tujuh hari selama satu minggu. Teknik ini berguna untuk membantu kita memadamkan keinginan sementara untuk memiliki sesuatu yang tidak kita perlukan. Sekadar menangguhkan pembelian selama 24 jam pun sudah memberi kesan sama ada kita akan membeli atau tidak sesuatu barang, dengan Teknik Senarai 28 Hari ini, kita akan dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan betul.

LETAKKAN HAD MULA (THRESHOLD).

Had mula ini ilaah unutk menentukan sama ada kita perlu menggunakan teknik ini atau tidak. Had ini mestilah dalam jumlah yang kita selesa. Contohnya; setiap pembelian bukan kecemasan yang mempunyai nilai melebihi RM 100, teknik ini akan kita gunakan. Inilah yang dimaksudkan. Had itu hendaklah ditetapkan mengikut kemampuan dan situasi kewangan masing-masing. Sekiranya ada barang yang menarik perhatian kita dan kita amat ingin membelinya, masukkan ia dalam senarai 28 hari. Dengan kata lain kita secara strategik akan menangguhkan pembelian ini kepada 28 hari kemudian.

MINGGU PERTAMA (Hari 1 -7)

Minggu pertama ini ialah minggu suai kenal. Kita dalami lagi apa sebenarnya yang kita ingin beli. Cari kebaikannya sahaja buat peringkat ini. Fasa ini ialah ‘fasa jatuh cinta’. Walaupun tadi kita telah jatuh cinta pandang pertama, mengenali kelebihan dan ciri – ciri positif barang itu sepatutnya akan membuatkan kita lebih menginginkan barang itu. Sekiranya pada peringkat ini lagi kita sudah tawar hati, maka bolehlah kita simpulkan barang itu tidak kita perlukan sebenarnya. Potong dari senarai. Jika kita makin teruja, teruskan ke minggu kedua.

MINGGU KEDUA (Hari 8-14)

Minggu kedua ialah minggu ‘stalker’. Minggu ini kita mencari kelemahan dan keburukan barang yang ingin kita beli. Kelemahan ini boleh dibaca melalui komen negatif orang yang pernah membeli atau memilikinya, review negatif atau apa sahaja yang memburukkan produk itu.  Mengetahui keburukan barangan itu sepatutnya akan mematikan keinginan kita untuk memilikinya. Potong dari senarai. Jika setelah mengetahui keburukannya kita masih mahu memilikinya, kita telah jatuh cinta. Teruskan ke minggu ketiga.

MINGGU KETIGA (Hari 15-21)

Minggu Ketiga ialah minggu ‘flirting’. Pada minggu ini kita akan cuba mencari ganti, alternatif untuk produk itu. Cuba cari adakah yang lebih baik, adakah yang lebih murah, atau adakah yang lebih berkualiti? Jika kita tertarik kepada yang lain, potong dari senarai. Masukkan pula calon baru dalam senarai dan mula kembali dari minggu pertama. Jika sepanjang minggu kita tidak menemui ganti, teruskan ke minggu keempat.

MINGGU KEEMPAT(Hari 22-28)

Minggu terakhir ialah minggu meminang. Minggu membuat keputusan. Pada minggu ini kemungkinan untuk membeli barang tersebut ialah 90%. Imbas kembali pro dan kontra pada minggu pertama dan kedua. Perimbangkan pula sumber duit yang akan kita gunakan untuk membelinya. Adakah kita mampu? Adakah kita perlu berhutang? Adakah dengan membeli barang ini kita terpaksa mengorbankan sesuatu pembelian lain? Ini adalah antara perkara yang penting dipertimbangkan pada minggu ini.

Kemudian, tentukan pula kegunaan barang dan sumbangan barang tersebut apabila kita memilikinya nanti. Jangan pula ia dibeli tapi langsung tidak digunakan pula. Tentukan juga dimana pembelian akan dibuat. Adakah kedai lain yang menawarkan harga lebih murah? Jika semuanya telah difikirkan dan keputusannya kita masih mahu membelinya, belilah pada hari ke-29. Jika kita tidak lagi mahu membeli barang ini, ptotong dari senarai. Jika kita belum pasti, mulakan semula dari minggu pertama atau sebarang minggu yang kita rasa perlu.

Inilah teknik yang amat berguna untuk mengelakkan kita membuat pembelian tidak perlu seterusnya merasa menyesal. Jangan jadikan promosi penjual sebagai sebab untuk kita membeli ‘dengan segera’. Itulah yang dimahukan oleh mereka, agar kita berbelanja tanpa berfikir. Diskaun akan berulang, tidak ada diskaun yang hanya terjadi sekali sepanjang zaman. Janagn terpedaya. Jika dilakukan dengan betul, kita akan merasa amat berpuas hati dengan pembelian itu, dan tidak akan rasa menyesal. Inilah yang dipanggil Teknik Senarai 28 Hari. Selamat Mencuba.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!