Apakah wasiat? Secara umumnya, ramai yang beranggapan bahawa wasiat merupakan ayat terakhir bagi seseorang yang hampir tiba ke penghujung hayat atau mengalami bahaya. Sebenarnya, wasiat merupakan dokumen yang sah dari segi undang-undang yang berkuasa dalam melaksanakan serta menyatakan hasrat terakhir si mati dan cara pengendalian harta warisannya.
Sekeping wasiat lazimnya melibatkan empat pihak:
- Penulis wasiat/Teslator (si mati)
- Executor (pelaksana wasiat)
- Waris
- Saksi
Orang yang mendirikan wasiat dikenali sebagai “Teslator” manakala yang membaca kita mengelarkan mereka sebagai pelaksana (Executor). Waris merupakan pihak yang mendapat harta. Yang menyaksikan seluruh proses pendirian wasiat atau “last will” dikenali sebagai saksi atau “witness”.
Jika ingin mendirikan wasiat yang sah dari segi undang-undang, anda perlulah merujuk kepada format dan prosedur undang-undang:
1.Wajib dalam bentuk tulisan tangan, melainkan jika ianya wasiat penurunan kuasa khas atau privileged will. Contohnya, askar yang sedang bertugas dalam bala tentera, NAVY (tentera laut), kru kapal. Wasiat sebegini boleh wujud dalam bentuk lisan, tulisan tetapi tidak memerlukan tandatangan penulis.
2.Pewaris mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun (Warganegara Semenanjung Malaysia dan Sarawak) atau 21 (warga Sabah). Mereka mestilah dalam keadaan waras atau “sound mind” semasa wasiat dibuat. Pendiri wasiat mesti menandatangani dokumen tersebut dan tuliskan tarikh.
3. Pendiri wasiat mesti mempunyai dua saksi di sisi, waris atau pasanagn kepada waris tidak boleh menjadi saksi.
4. Pelaksana boleh menjadi saksi jika dia bukan pasangan kepada waris.
5. Kedua-dua saksi mesti menandatangani dokumen bersama dengan pendiri wasiat. Wasiat tidak memerlukan cop.
Siapakah yang layak mendirikan wasiat? Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Namun hingga kini, terdapat ramai lagi yang tidak berbuat demikian.
Antara sebabnya:
- Ada yang berpendapat bahawa mereka tidak meninggalkan apa-apa harta, oleh itu mereka rasa bahawa wasiat tidak perlu dibuat.
- Ada juga yang merasakan bahawa hanya orang kaya sahaja yang mampu membuat wasiat.
- Ada yang rasa tidak perlu kerana harta akan serahkan kepada isteri secara automatik.
- Ada yang rasa tidak perlu kerana mereka tiada saudara mara atau ahli keluarga.
- Ada juga yang langsung tidak ambil peduli tentang isu ini.
Apakah bahasa yang sepatutnya digunakan dalam wasiat?
Dalam undang-undang, tiada had dalam penggunaan bahasa. Akan tetapi, jika wasiat tidak dibuat bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia, maka perlulah dibuat penterjemahan teks kepada sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris. Hakikatnya, tidak kira apa jua bahasa yang diterjemahkan, masih akan wujud konflik atau kontroversi.
Bolehkah anda masuk sekali pembahagian wang KWSP atau wang insuran ke dalam wasiat?
Dalam keadaan yang mempunyai nama pewaris, segala hasil dalam akaun tersebut adalah miliknya dan tidak boleh dimasukkan dalam wasiat. Hal ini kerana, wasiat tidak berkuasa untuk mengubah nama pewaris.
Bolehkah anda mengubah kandungan wasiat?
Selagi anda masih hidup, anda boleh berbuat demikian. Setiap perubahan yang dibuat akan menggantikan yang lama.
Bilakah anda perlu mengubah wasiat anda?
Dalam sesetengah keadaan, anda perlu mengubah wasiat anda.
Contohnya:
- Anda berkahwin atau berkahwin semula.
- Jikalau nama anda atau penama anda berubah.
- Jika perlaksana (executor) anda meninggal dunia atau tidak terdaya dalam menyempurnakan urusan pengagihan harta.
- Jika terdapat apa-apa yang mampu mengubah keputusan wasiat anda berlaku.
Di manakah harus anda simpan wasiat anda?
Pendirian wasiat adalah perkara yang sulit. Namun begitu, anda masih perlu memaklumkan kepada ahli keluarga atau sekurang-kurangnya kepada pelaksana supaya ia senang ditemui. Jika tidak, anda umpama tidak pernah buat wasiat kerana wasiat tidak ditemui. Jika anda ada simpankan satu salinan di sisi peguam anda, maka anda harus maklumkan kepada pelaksana anda nama dan alamat peguam anda.
Apakah kebaikan pendirian wasiat?
- Memastikan segala pengagihan adalah menuruti keinginan anda.
- Supaya harta anda tidak diberikan kepada saudara-mara yang tidak anda kenali.
- Proses permohonan geran pengendalian harta warisan(Grant of Probate)menjadi lebih senang.
Apakah yang akan berlaku jika anda tidak meninggalkan wasiat?
Maka harta anda akan diuruskan dengan panduan akta pembahagian 1958
- Hanya pasangan yang hidup.(tiada ibubapa/anak), semua harta adalah milik pasangan.
- Pasangan dan ibubapa(tiada anak) pasangan:½; ibubapa:½
- Hanya ada anak(tiada pasangan): semua milik anak.
- Hanya ibubapa (tiada pasanagan/anak): semua milik ibubapa.
- Pasangan dan anak(tiada ibubapa) pasangan: 1/3; anak: 2/3
- Anak dan ibubapa(tiada pasangan): anak:2/3; ibubapa: 1/3
- Pasangan, anak dan ibubapa: pasangan: ¼; anak ½; ibubapa: ¼
Jika tiada wasiat, maka ahli keluarga si mati perlu membuat keputusan untuk mengamanahkan harta kepada seorang pengurus amanah (administrator),mereka perlu memohon sijil pengurusan harta peninggalan (Leste’s of Administrator) di mana prosedurnya lebih rumit.
Pertama, mereka akan mempersoalkan antara mereka siapa yang patut diamanahkan.
Kedua, pengurus amanah perlu memberikan dua nama penjamin (gurrantor) untuk mendapatkan sijil pengendalian, melainkan mahkamah mengecualikannya.
Ketiga, masa yang diperlukan lebih panjang. Jika anda berhasrat untuk memberikan harta anda kepada kawan atau sebagai derma atau tujuan kebajikan. Anda tiada saudara-mara atau ahli keluarga yang hidup dan berstatus bujang, maka pihak kerajaan akan mewarisi harta anda. Sebabnya: tiada wasiat.
Kini, fahamkah anda tentang kepentingan wasiat? Sila viralkan untuk pengetahuan ramai!
Baca juga: