Mari baca apa yang saya rasa ada kaitan untuk para pembaca tu.
Untuk berkongsi dengan anda tentang tajuk di atas, tak ada duit boleh buat cara tak ada duit. Saya tahu, masa berada di Menara Gading atau pun Universiti, pelajar mana ada duit kecuali mereka yang mempunyai ibubapa yang kaya saja boleh dapat duit yang mencukupi setiap bulan. Kebanyakan daripada pelajar cuma boleh harap untuk guna duit scholar dan duit PTPTN saja.
Saya merupakan salah seorang daripada pelajar yang bergantung 100% kepada duit scholarship. Pada zaman Pre-U saya dapat duit sebanyak RM400 untuk sebulan. Dan pada zaman ambil degree saya dapat RM450.
Dengan duit yang saya terima itu, saya belanja atas:
- Bayar sewa rumah
- Makan dan minum
- Pergi Kuliah
- Telefon ibu bapa setiap minggu
- Photostat nota dan beli alat tulis
- Balik kampung
- Berhibur – Tengok wayang, bowling, main bola di pantai, jalan-jalan dan makan-makan
Kalau difikirkan dengan duit sebanyak tu, mungkin payah juga untuk saya survive dengan perkara di atas dengan duit yang ada. Tetapi saya memang dapat survive Menara Gading dengan mengaplikasikan tajuk di atas – Tak Ada Duit Boleh Buat Cara Tak Ada Duit.
Bayar sewa rumah
Ini merupakan perkara utama saya buat setiap bulan. Sebaik saja dapat duit scholar 4 bulan sekali dengan jumlah RM1600, saya memang sedar bahawa sebulan saya kena bayar sewa rumah RM400.
Untuk kurangkan bayaran, saya tinggal satu rumah ramai-ramai dengan pelajar lain (tapi tak adalah ramai smpi tidak ada tempat untuk belajar). Dengan ini sebulan saya cuma perlu bayar sewa rumah dalam RM100 saja. Ini bermaksud saya masih tinggal RM300 untuk perbelanjaan lain.
Makan dan minum
Di sini yang boleh dijimatkan, air yang biasa saya pesan cuma air suam saja. Biasanya kalau beli nasi, boleh saya dapat air suam dengan percuma. Jadi makanan nasi campur ayam cuma saya belanja RM2. Sayur tak perlu pesan. Kadang-kadang saya makan nasi campur sayur tanpa ayam dengan harga cuma RM1.20. Nasi kira 70 sen saja.
Dulu saya ada beli periuk nasi kecil, saya masak nasi untuk 2 kali makan, ayam seketul bahagian dada (yang banyak isi), RM1.30, separuh ayam tu saya makan tengah hari, separuh ayam makan masa malam. Apa macam, jimat tak?
Saya juga ada masak untuk berjimat. Saya suka masak bihun dengan letak bola ikan, letak cili boh, letak bawang, letak perencah bihun jenama seri aji sikit, sawi (jarang-jarang ada) memang sedap dimakan. Memang jimat dengan makan macam ni.
Pergi Kuliah
Saya cuma jalan kaki saja. Saya tidak tumpang motor atau kereta kawan serumah. Dengan jalan kaki tu memang tidak payah untuk habiskan sebarang duit pun.
Telefon ibu bapa setiap minggu
Saya tidak pakai telefon bimbit sampai pertengahan pelajaran tahun kedua. Tapi selepas saya sudah mula pakai telefon bimbit saya masih guna telefon awam untuk telefon balik ke rumah sebab kadar caj untuk telefon bimbit memang tinggi gila pada masa tu. Semasa belajar saya guna iTalk yang memang boleh saya buat panggilan setiap minggu untuk bercakap dengan ibu bapa dan berbual-bual untuk masa yang panjang kerana kadar cajnya yang agak rendah.
Photostat nota dan alat tulis
Ni lumrah lah. Ada banyak yang kena photostat seperti nota penting dan buku penting. Rasa membazir duit saja jika beli buku baru. Pen beli ball pen biasa saja sebab pen saya selalu senang hilang.
Balik kampung
Untuk perkara ini, saya ada buat bajet betul-betul dengan pejimatan dekat makan. Saya boleh simpan untuk tambang balik kampung. Saya akan transit dari KL ke Melaka dari Taiping dan bukan terus dari Taiping ke Melaka sebab buat macam ini adalah lebih murah.
Berhibur
Bila berada di Menara Gading saya memang menyeronokkan diri dengan kehidupan di sini sebagai seorang pelajar. Memang saya pergi tengok wayang, main bowling, pergi Mahkota Parade, main bola di pantai, explore tempat makan baru, lepak di Destina Project dan dll. Macam biasa, kalau bajet ada bolehlah saya pergi bersama kawan-kawan. Tapi kalau bajet tak cukup, saya akan bagi tahu mereka: ‘tak boleh pergi kali ini, bajet dah lari’.
Awek/Boyfriend?
Saya tak ada! Teringin nak ada tapi orang yang saya minat tu tak pandang walau sebelah mata. Kalau ada mungkin tak berkekalan sebab nak jaga maruah lelaki kena ada give and take dan melakukan perkara bersama. Bahagian ini yang kena guna duit yang terhad tu.
Oklah, apa yang saya ingin tekan di sini adalah sebenarnya kita memang boleh berjimat bila kita hidup dalam kehidupan yang kita mampu. Nasihat saya pada pelajar ialah kalau ada duit lebih better simpan dan melabur di ASB.
Kalau bajet agak terhad, berbelanja berdasarkan bajet yang ada itu. Apa yang paling penting ialah habiskan pelajaran anda tepat pada masa. Jika tidak, agak rugi jika kena panjangkan masa untuk dapat sijil degree anda.
Tak kira sama ada anda seorang pelajar, pekerja GLC, pekerja MNC, atau apa-apa kerja anda, belanja biar berdasarkan jumlah wang yang ada. Kalau tiada duit, buatlah dengan cara tiada duit. Janganlah nak berhutang benda yang anda tidak mampu bayar. Kalau silap-silap dan habis dengan duit yang banyak, boleh anda jatuh muflis tanpa kesedaran.
Baca juga: