Web Analytics

Syabas kepada SYABAS

Agak-agak ada tak orang yang akan rasa keliru dengan tajuk yang saya letakkan untuk entri ini? Tajuk ini memang bukan hype atau ia mempunyai apa-apa maksud yang lain.

Ia adalah cuma sekadar saya ingin mengucapkan syabas kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana tindakan yang cepat dan pantas dari mereka yang lakukan untuk selesaikan masalah air di rumah saya.

syabas
syabas

Apa Cerita Sebenarnya?

Ceritanya bermula dengan semalam ada orang di rumah saya beritahu saya bahawa meter air dekat rumah sudah rosak. Walaupun air paip ada dibuka dan digunakan tetapi meter masih lagi tetap tidak bergerak Dengan kata lain ialah memang rumah ada air dan air itu ada masuk ke dalam rumah tu tapi cuma ia tidak dikira oleh meter air tu.

Sibuk dengan kerja saya

Memandangkan semalam saya memang mempunyai jadual kerja yang banyak sibuk. Di mana semalam kerja saya penuh dengan 2 mesyuarat yang perlu hadiri, dan juga proses pelan dan pelbagai kerja lagi yang perlu disiap tetap pada masa.

Jadi saya tak sempat untuk panggil Syabas untuk datang ke rumah saya buat semakan atas meter air itu. Bukan saya sengaja tidak mahu pedulikan tetapi memang saya terlalu sibuk tanpa ada sebarang kelapangan masa untuk membuat panggilan kepada Syabas.

Saya ada cuba suruh orang yang ada di rumah untuk membuat panggilan tapi dia cakap dia tak biasa dalam bab membuat aduan kepada mana-mana pun, maka semuanya serah kepada saya dan tunggu saya untuk selesaikan.

Buat Panggilan ke Telefon Bebas Tol Syabas

Masalah ini dibiarkan sampai pagi tadi baru saya ada masa untuk membuat panggilan. Saya cari keluar bil air Syabas yang dikirimkan ke rumah setiap bulan. Lepas tu saya angkat keluar telefon bimbit dan tekan nombor telefon bebas Tol Syabas iaitu 1-800-88-5252 untuk membuat aduan kerosakan meter air dekat rumah aku.

Saya membuat panggilan pada pukul 8.30 pagi dan panggilan yang saya buat ini dijawab oleh mesin operator (ini memang merupakan perkara biasa untuk kebanyakan syarikat yang ada menyediakan telefon bebas tol ). Lepas tekan beberapa butang dan akhirnya baru dapat disambungkan kepada customer service yang sedia ada.

Customer service yang menerima panggilan saya itu namanya panggil Rina dan suaranya amat merdu bila dengar dalam telefon. Percakapannya juga sangat bersopan.

Jadi tak nak bercerita dengan terlalu panjang, saya terus beritahu Rina dengan tujuan saya membuat panggilan ini adalah sebab saya nak buat aduan tentang meter air di rumah saya sudah rosak dan perlu syarikat Syabas hantar seseorang technician datang ke rumah saya untuk tengok.

Customer service yang bernama Rina tu minta nombor telefon dan nama penuh daripada saya untuk tujuan membuat laporan. Lepas tu dia juga minta nombor akaun Syabas yang ada tunjuk di bil air Syabas.

Lepas tu sunyi buat sementara sebab kena tunggu dia sekejap sehingga dia dapat semak dan sahkan bil air yang saya beri kepadanya itu. Kemudian dia cakap aduan yang saya buat itu akan dihantar ke bahagian berkenaan untuk melakukan tindakan yang seterusnya.

Dan ini berakhirlah perbualan antara saya dengan customer service di Syabas. Apa yang perlu saya buat adalah tunggu untuk terima panggilan dari Syabas untuk tindakan yang selanjutnya.

Kereta Syabas Datang Ke Rumah Saya

Pada pukul 10.30 pagi tadi terpacak kereta kembara Syabas berhenti di depan rumah saya. Selepas technician itu sudah sahkan aduan yang saya buat itu, dia terus buat semakan atas meter air di rumah saya.

Lepas habiskan beberapa minit buat semakan, dia bagi tahu saya meter air saya itu akan ditukarkan kepada yang baru sebab meter air yang sedia ada tu sudah rosak.

Saya cakap okay saja dan tanya dia balik ada apa-apa caj yang kena saya bayar? Dia cakap tak ada. Lepas tu aku tanya macam mana pengiraan meter tersebut lepas ni?

Dia cakap meter tu akan dikira dari kosong balik dan ambil kira pada bacaan terakhir meter yang rosak tu. Aku cakap okay dan lepas tu dia terus tukar meter air yang baru bawa dari keretanya. Tidak sampai 10 minit meter rosak sudah diangkat keluar dan ditukar dengan yang baru.

Jadi sekarang meter air di rumah saya sudah kembali berfungsi dan berjalan. Hati saya rasa tenang dan lega.

Nota : Kalau nak untung boleh saja tak mahu buat laporan kan? Maka boleh guna air dengan percuma untuk masak, makan dan mandi. Tetapi terasa macam yang halal dan haram itu jelas kan?

Nota 2 : Lagipun bil air bulanan kat rumah aku tak sampai RM 10 pun. Jadi kerajaan Selangor telah subsidi kepada kita. Jangan kita nak tipu atas meter air lagi, betul?

Baca juga:

19 thoughts on “Syabas kepada SYABAS”

  1. kalau paip dekat meter tu pecah macam mana ye nak buat aduan dan adakah penyewa rumah yang perlu buat aduan ataupun tuan rumah. sebab rumah itu disewakan kepada penyewa

    Reply
  2. air kat rumah saya ni bila masak ajan ade seperti lilin kat bhgian atas..contohnya kalau saya nak rendam botol susu ank saya saya rebus dan rendam dengan air yg sy baru masak..dan bila nk guna sy nampk seperti lilin bhgian atas keliling botol tu..kenapa ya

    Reply
      • Saya dah call empat kali…tapi syabas xdtg lg tukar atau repair meter air rumah saya…sbb meter pecah air kluar …dah dua hari dh berlarutan…apa sy perlu buat?

        Reply
        • Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

          1. Hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor: Anda boleh menghubungi mereka melalui mana-mana saluran komunikasi mereka untuk pertanyaan atau aduan.

          2. Gunakan Aplikasi Air Selangor: Anda boleh menghantar aduan meter bocor melalui Help Centre di aplikasi Air Selangor. Aplikasi ini membolehkan anda menghantar aduan secara dalam talian.

          3. Hubungi Nombor Bebas Tol Syabas: Anda juga boleh mencuba hubungi nombor bebas tol Syabas iaitu 1-800-88-5252 untuk membuat aduan.

          Jika anda masih menghadapi masalah, saya cadangkan anda untuk mendapatkan nasihat undang-undang atau bantuan dari badan pengguna. Harap maklum bahawa Syabas kini dikenali sebagai Air Selangor.

          Reply
  3. Mcm masalah saya,air da tutup dekat meter tapi meter masih tetap berjalan mcm biasa…yg jadi masalah bil air naik mendadak..

    Reply
  4. Paip penghubung ke meter depan rumah saya bocor.
    Saya dah cuba hubungi Bekalan Air Selangor website tapi jawabnya meter air saya AIS20PA 0327651 tak ujud. No. akaun bil air saya 0955881000
    Dah telefon 15300 tapi tunggu sejam tak dapat cakap dengan operator pun (hanya mesin jerr yang jawab)
    Alamat: No. 11 Jalan Suadamai 6/3A Bandar Tun Hussein Onn 43200 Selangor

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!