TEKUN Nasional ditubuhkan pada tahun 1998 dan pada masa itu ia dinamakan Yayasan TEKUN Nasional. Lepas tu ia telah tukar nama seperti nama yang digunakan sekarang.
Tujuaan penubuhan perbadanan ini adalah untuk meningkatkan bilangan penyertaan dalam bidang perniagaan, dan pada masa yang sama memberi bantuan kepada warganegara India untuk melibat dalam bidang perniagaan dan pembangunan.
TEKUN Nasional menawarkan pelbagai perkhidmatan pembiayaan dan pinjaman amanah yang sesuai dengan jenis perniagaan anda. Antara pembiayaan yang ditawarkan termasuk Teman TEKUN, Temanita, Tekuniaga, Kontrak i, Pembangunan Usahawan Masyarakat India, Usahawan Profesional Muda Bumiputera, Usahawan Bekas Tentera, dan AR RAHNU.
Skim Pembiayaan Teman TEKUN
Jika anda ada 5 orang berkumpulan yang terdiri daripada lelaki atau wanita, aktiviti yang pelbagai dan sah dikenali di sisi undang-undang, boleh anda pertimbangkan untuk dapatkan skim pembiayaan Teman TEKUN. Ia merupakan pinjaman bisnes dari TEKUN yang boleh menemui keperluan bisnes anda.
Ia dibuka untuk dimohon oleh pelbagai bidang perniagaan termasuk ternakan, pertanian, nelayan,
Skim Pembiayaan Temanita
Skim ini adalah lebih kurang sama dengan skim Teman TEKUN. Apa yang beza cuma adalah skim ini terutamanya diberi untuk wanita sahaja. Biarpun anda seorang suri rumah yang buat perniagaan kecil seperti kraf tangan atau masak makanan di rumah untuk dijual kepada orang, atau anda ingin menjaja dan perlu duit untuk beli food truck, anda layak untuk buat pinjaman wang ini. Skim ini juga dibuka untuk ibu tunggal yang menjalani perniagaan.
Skim Pembiayaan Tekuniaga
Skim ini boleh dimohon oleh semua pihak peribadi. Program ini menawarkan pembiayaan sehingga had kepada jumlah RM100,000.
Pembiayaan ini dapat sambutan yang sangat hebat sebab ia merupakan pembiayaan yang dapat membantu seseorang individu untuk mulakan perniagaan dengan risiko yang rendah.
Skim Pembiayaan Kontrak i
merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi dari kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agen atau agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat yang berkaitan dengan kerajaan(GLC).
Tempoh kontrak tidak melebihi 6 bulan.
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
Adakah anda merupakan seorang warganegara Malaysia yang berbangsa India? Jika ya, perlu anda tahu bahawa TEKUN ada menawarkan skim pembangunan usahawan untuk masyarakat India juga.
Skim ini juga menawarkan pinjaman sehingga RM100,000 bagi mereka yang layak untuk memohon.
Skim Usahawan Profesional Muda Bumiputera
Ini merupakan berita yang baik untuk usahawan professional muda bumiputera. Antara professional yang boleh memohon termasuk peguam, saintis, doktor, jurutera.
Program ini menyediakan tapak untuk anda menjejak ke masa depan yang cerah.
Skim Usahawan Bekas Tentera
Skim ini adalah disediakan untuk bekas tentera yang mempertahankan kedaulatan negara kita.
Abang-abang tentera yang sudah bersara dari tempat tugas mereka dan inigin memulakan perniagaan boleh cuba untuk mohon ppinjaman ini.
AR RAHNU
Skim ini merupakan skim patuh Syariah.Anda boleh mendapatkan pembiayaan ini melalui pembiayaan emas atau barang kemas.
Tempoh Untuk Bayar Balik
Tempoh untuk bayar balik pembiayaan anda adalah dari 6 bulan sampai 10 tahun.
Jadual Bayar Balik Untuk Pembiayaan TEKUN Niaga
Sekiranya anda ada komitmen seperti pinjaman kereta atau pinjaman rumah dengan bank yang anda ingin memohon pinjaman TEKUN, ia akan meningkatan peluang anda untuk dapat kelulusan.
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro
Disebabkan oleh dunia ini sekarang menghadapi pandemik Covid-19 yang serius, TEKUN Nasional adalah memnawarkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (Covid Business Recovery-Micro[CBRM]) yang boleh anda mohon di talian. Pinjaman ini adalah pinjaman sementara untuk musim Covid dan masa PKP.
Skim pinjaman mudah untuk sektor mikro ini mempunyai pinjaman had maksimum RM10,000 bagi setiap syarikat. Kebaikan untuk pinjaman ini adalah tanpa faedah(0% interest) perlu anda bayarkan. (Sebelum ini pihak berkenaan ada kenakan kadar faedah dengan 3.5 peratus setahun)
TEKUN Nasional Lancarkan Mobilepreneur 2.0
TEKUN Nasional akan melaksanakan skim pinjaman Tekun Mobilepreneur 2.0. Jumlah pembiayaan maksimum untuk skim ini mempunyai had RM10,000.
Skim ini adalah terbuka kepada rider penghantaran yang berdaftar melalui syarikat ehailing. Rider penghantaran yang mempunyai kelayakan untuk memohon pinjaman Tekun Mobilepreneur 2.0 ini termasuk Grab, Lalamove, Foodpanda, MyMakan, Mrspeedy, Dahmakan, Bungkusit dan Zeptoekpress. Tawaran ini adalah untuk membolehkan mereka jadikan modal pusingan atau beli motosikal baharu.
Selain dari buat pinjaman dengan TEKUN Nasional, kerajaan juga ada menyediakan bantuan kepada orang ramai di Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah PENJANA dan PRIHATIN.
Kebaikan dan Keburukan Untuk Buat Pinjaman Dari TEKUN
Kebaikan
- Mudah untuk dapat kelulusan sekiranya anda layak dengan semua syarat-syarat yang ditetapkan.
- Anda masih boleh dipertimbangkan untuk mendapat kelulusan pembiayaan TEKUN walaupun anda ada blacklist dalam CTOS atau CCRIS.
Keburukan
- Pinjaman ini mungkin lambat dan ambil masa yang lebih panjang untuk review dan semakan.
Soalan Yang Mungkin Anda Ada
Berapa lama proses yang diambil untuk dapat kelulusan?
Masa yang diambil biasanya dalam 14 hari untuk buat semakan dan dapat kelulusan.
Bolehkah saya mohon pinjaman ini secara online?
Buat masa sekarang anda tidak boleh membuat permohonan pinjaman TEKUN atas talian. Anda cuma boleh mengunjungi ke cawangan yang berdekatan untuk mohon.
Saya baru habis pelajaran dan ingin mulakan perniagaan, boleh saya buat pinjaman?
Bagi individu yang baru tamatkan pelajaran atau telah bekerja, TEKUN mempunyai skim ppembiayaan untuk membantu graduan memulakan bisnes mereka sekira mereka tidak cukup modal untuk memulakan bisnes mereka.
Saya pernah buat pinjaman dengan TEKUN, boleh saya dapatkan untuk kali kedua?
Sefaham saya dengan pegawai TEKUN, anda boleh buat pinjaman buat kali kedua dan seterusnya dengan TEKUN. Tapi syarat-syarat adalah bergantung kepada pihak berkenaan.
Bolehkah OKU mohon untuk pinjaman ini?
Setahu saya, pinjaman ini tidak disediakan untuk OKU. Bagi OKU, mereka boleh cuba untuk memohon Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU). Boleh rujuk ke sini untuk maklumat selanjutnya.
Bolehkah PENIAGA perusahaan kecil dan sederhana (PKS) buat pinjaman CBRM?
Boleh. PKS boleh buat pinjaman CBRM tetapi menerusi atas talian saja.
Dapatkan Maklumat Yang Diperlukan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara buat pinjaman, syarat-syarat untuk dipatuhi, dokumen yang perlu disediakan, boleh anda rujuk ke sini.
Sekiranya anda minat untuk buat pinjaman, boleh anda layari diri di Portal TEKUN untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
Bila anda sudah faham semua syarat-syarat, boleh anda kunjungi mana-mana cawangan yang dekat dengan tempat tinggal anda. Pegawai-pegawai yang terlatih dan ramah akan sedia untuk membantu anda.
Baca juga: