Apa Itu MLM? Ia adalah kata singkat untuk Multi-Level Marketing. Perkataan ini memang bukan sesuatu yang pelik di Malaysia sebab terdapat memang banyak orang yang ada terlibat dalam bidang MLM.
Tetapi adakah konsep dan hukum perniagaan MLM akan jadikan semua ahli-ahli kaya raya? Ini memang satu perkara yang perlu kita fikirkan.
Biasanya agent dari MLM akan cakap kepada member bahawa mereka Having Nothing to Loose, Everything To Gain.
Saya merujuk TOP MLM agent ni kepada jenis yang modus operandi mereka
- Tayang kemewahan dengan rumah besar dan kereta mewah. Pakai bag designer, telefon pintar yang paling terkini, percutian mewah dan tinggal di hotel 5 bintang, dll.
- Mengaku susah dulu sampai tahap masuk bersamamu, tapi lepas tu jadi kaya sebab join dalam business MLM.
- Cari downline untuk masuk ke business mereka, bukan jual barang terus kepada individu.
Kenapa Nothing To Lose and Everything to Gain?
Kalau dapat downline, maksud downline sudah laburkan duit atas beli produk untuk dijualkan. Top agent akan makan kenyang sebab dapat komisen dari downline yang labur itu. Kalau downline yang malas tu bising, terus saja cakap, awak ni tak cari downline tapi cuma jual produk saja mana la boleh jana pendapatan.
Bagi saya, MLM merupakan 1 bisnes sistem yang direka bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Idea MLM tercetus daripada kos hidup yg makin meningkat, sukar mendapatkan pekerjaan yang bergaji besar, maka tercipta lah sistem MLM ini.
Bagaimana Untuk Menjayakan Sistem Ini?
Dengan menghasilkan suatu produk yang sebenarnya kos murah, tetapi kelebihannya biasa sahaja. Bagaimana untuk menjadikan produk itu laris ialah dengan create suatu situasi yang berbagai, dimomokkan dengan berbagai penyakit, pelbagai kelebihan, pelbagai fakta yang sebenarnya auta.
Jadi macam mana nak dapat sales yang banyak? Ia boleh dilakukan dengan create sistem bulk order ( produk hanya buat syarat – yang penting orang yang join boleh dapat beberapa banyak produk yang mereka bagi)
Tapi pada akhirnya mereka bukan nak push sales untuk produk itu atau jual runcit. Mereka push downline untuk cari orang join MLM. Seperti saya kata tadi produk hanyalah skadar nak menampakkan ada barang tapi bukan utk jual runcit. Produk yang digembar-gembur kehebatan dan kelebihan tu skadar nak bagi semangat kepada orang untuk join dan ulang kata-kata yang sama untuk cari downline seterusnya.
Boleh anda cuba tengok produk dari syarikat-syarikat Avon, Al-Jabbar, atau Tupperware, mereka tak buat apa-apa sistem MLM pun.
Walaupun ada yang seakan-akan MLM tetapi mereka menekankan jualan runcit, bukan menekankan untuk mencari downline. Siapa ada banyak modal boleh buka stokis, siapa tak ada banyak modal boleh jadilah skadar agent promote dengan brochure.
Kalaulah produk MLM tu betul kehebatannya, marketnya terbukti, proposelah pada government, masuk akhbar, radio, berita dan macam-macam lagi promote barang. Buatkan promote join MLM untuk dapatkan bonus pelbagai.
Saya ambil contoh yang paling mudah, iaitu minuman milo. Kenapa zaman milo dulu, kenapa mereka tak berniaga macam MLM macam sekarang yang mempunyai banyak MLM yang promote minuman bertenaga kuat mereka tu.
Sebab benda tu mmg dah betul dengan minuman sedap dan ada tenaga. Jadi, mereka terus jual runcit, tak perlu buat MLM pun.
Seperti apa yang saya cakap tadi, di pasaran sekarang memang terdapat banyak MLM yang menjual produk tipu. Mereka memang boleh gaut keuntungan dengan pakai produk biasa dan kos murah. Tapi mereka akan promote untuk jadikan produk tu terbukti bagus untuk masa depan kesihatan, genuine, buat saja jualan runcit, buka kilang, buka franchais, kiosk, stokis.
Memang tidak dinafikan akan gaut duit yang banyak tapi pengguna kena faham bahawa produk tu sebenarnya cuma produk yang biasa saja.
Baca juga: