Web Analytics

Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional – SSP BSN

Kebelakangan ini saya banyak memandu dalam jarak yang jauh. Oleh sebab biasanya saya memandu dengan perseorangan, radio dalam kereta menjadi teman setia sehingga saya pandu sampai ke destinasi.

Biasanya saya tak kekal satu stesen sahaja, dan akan selalu tukar–tukar dengan sesuka hati mengikut lagu yang saya rasa sedap didengar. Tetapi, tidak kira macam mana saya tukar pun, mesti saya terdengar iklan SSP dari Bank Simpanan Nasional.

ssp bsn

Berpeluang Memenangi Pelbagai Hadiah Yang Amat Menarik

Pertama sekali, saya perlu jelaskan diri di sini bahawa ini bukan iklan yang ada dibayar oleh BSN. Maknanya, saya tidak mengiklankan SSP ini bagi pihak BSN.

Siapa tak nak kan? dengan keluarkan duit yang sikit sahaja tapi boleh menang hadiah yang besar seperti kereta mewah, ataupun RM 1 juta?

Sejak dahulu lagi saya pernah berhajat nak beli sijil simpanan premium ni. Saya kenal SSP ni semasa sekolah menengah. Ketika itu yang menarik perhatian saya ialah rupa bentuk sijil yang dikeluarkan tu.

Nampak menarik, nampak gah. Malangnya saya tak beli pun, sayang, sebab sekarang sijil tu dah tak dikeluarkan lagi. Untuk sijil yang dikeluarkan masa ini, semuanya dikeluarkan dalam bentuk online sahaja (e-cert). Kalau ada antara pembaca yang masih ada sijil lama tersebut, simpan, jangan tebus lagi, barang rare tu.

Kebetulan pula, sekarang ni BSN buat pulak kempen kelebihan SSP BSN special edition. Jadi saya pun belilah sijil simpanan premium dengan jumlah yang semampunya. Mulanya saya agak berbelah bahagi, sebab saya tidak memiliki sebarang akaun simpanan dengan BSN. Saya tidak mahu membuka akaun yang baharu semata–mata sebab nak membeli SSP ni.

Rupanya setelah saya semak, kita tak perlu sebarang akaun simpanan dengan BSN untuk membeli SSP. Sijil e-cert yang dikeluarkan pula hanyalah sebagai resit. Walaupun tanpanya kita masih boleh meyemak atau menebus sijil ini di kaunter BSN dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.

Maka saya meneruskan hajat untuk beli SSP dengan dua sebab utama tadi. Saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu berkaitan SSP BSN ini, sebagai panduan. Syarat yang terkini boleh dirujuk sendiri dengan pihak Bank Simpanan Nasional.

Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Judi, Simpanan atau Pelaburan?

Bagi yang bukan muslim, boleh abaikan perenggan ini. Sehingga artikel ini ditulis, SSP dijamin oleh BSN sebagai produk islamik yang patuh syariah. Maknanya ada panel yang memantau mekanisma perlaksanaan SSP. Kepada yang masih ragu boleh semak status patuh syariahnya di sini.

Hadiah bagi cabutan yang dilakukan dibeli bukan dari hasil deposit simpanan pemegang sijil, sebaliknya dari satu dana yang diwujudkan berasingan. Ini merupakan faktor yang penting rupanya bagi memstikan produk itu patuh syariah.

Contohnya, jika kita adakan pertandingan memancing, dengan yuran RM 10, dan pihak penganjur pula sediakan hadiah yang dibeli dengan duit yuran tadi, maka disitu wujudnya unsur pertaruhan. Kerana ada yang dapat pulangan yang besar berbanding yuran tadi, dan ada yang pulang dengan tangan kosong dan hilang pula RM10 nya. Itu pertaruhan.

Sekiranya, pertandingan itu tadi hadiahnya ditaja, manakala yuran pertandingan pula digunakan sebagai kos menjalankan pertandingan, seperti makan minum, tempat pertandingan, logistik atau sebagainya, maka disitu tiada unsur pertaruhan. Ini adalah fahaman peribadi saya melalui pembacaan yang saya lakukan.

Jadi pada saya SSP bukan judi. Kalau kita beli nombor ekor dengan RM 10, kalau nombor yang kita beli tidak ‘naik’ maka kita akan kerugian RM10 tanpa dapat apa -apa. Kalau SSP pula, walaupun kita tidak menang sebarang hadiah, duit itu tetap ada. Malahan ada sedikit dividen dari keuntungan pelaburan akan diberikan mengikut konsep perkongsian untung dengan pihak bank.

Jadi adakah SSP sebuah pelaburan? Walaupun itu yang diwar – warkan oleh BSN, tapi saya kurang setuju, kerana bagi saya pelaburan perlu memberikan pulangan melebihi kadar inflasi, untuk mengekalkan nilai matawang berbanding masa simpanan. Pendapat peribadi saya, SSP lebih kepada simpanan, dengan dividen yang tinggi sedikit daripada kebanyakan akaun simpanan bank – bank lain (malahan akaun GIRO BSN sendiri). Sebagai plus point nya pula pemegang sijil berpeluang memenangi hadiah lumayan. Itulah SSP mengikut pemahaman saya.

Dividen Yang Ditawarkan Oleh SSP

SSP membayar dividen untuk pemegang sijil secara tahunan. Disinilah kesilapan aku yang menyangkakan akaun simpanan perlu ada dengan BSN bagi tujuan pembayaran tersebut. Rupanya bukan begitu. Tanpa akaun simpanan dengan BSN, dividen SSP tu tak kemana, kerana ia akan dibayar semasa sijil tersebut ditebus.

Cara Membeli Sijil Simpanan Premium BSN

1. Beli menggunakan mesin ATM atau CDM Bank Simpanan Nasional.

Bagi pemegang kad BSN Visa Debit/Debit-i yang berusia 12 tahun ke atas boleh membeli Sijil Simpanan Premium melalui mesin ATM ataupun CDM.

Amun yang dibeli tertakluk kepada had pengeluaran maksimum pemegang akaun dalam gandaan RM 10. Bagi pemegang akaun bersama, hanya nama Primary Account Holder sahaja yang akan tertera di SSP.

Caranya:

  • Masukkan kad.
  • Pilih Bahasa.
  • Masukkan nombor PIN.
  • Pilih ‘SSP Saving’.
  • Masukkan jumlah dalam gandaan RM 10.
  • Sahkan jumlah dan semak alamat yang tertera di skrin.
  • Simpan resit trasaksi untuk rujukan.

2. Beli menggunakan perbankan internet BSN

  • Log masuk ke perbankan internet BSN menggunakan nama dan kata laluan sedia ada.
  • Pilih ‘eSSP Saving’.
  • Masukkan unit SPP yang ingin dibeli (1 unit = RM10).
  • Sahkan pilihan dan resit akan dipaparkan.
  • Cetak resit untuk simpanan sendiri.

3. Pembelian melalui kaunter atau ejen bank berdaftar (EB)

  • Pembelian maksimum melalui ejen bank ialah RM 1,000.00

Penebusan SSP

Sijil simpanan premium boleh ditebus dikaunter BSN dengan membawa sijil asal dan kad pengenalan. Bagi sijil e-cert, memadai dengan membawa kad pengenalan sahaja.

Deposit SSP BSN Menggunakan  Automatic Teller Machine (ATM) atau Cash Deposit Machine (CDM)

  • Pendeposit merupakan pemegang kad Visa Debit Card / Debit-i Bank SImpanan Nasional sahaja.
  • Pendeposit mestilah sekurang-kurangnya berumur 12 tahun.
  • Jumlah yang boleh didepositkan ialah tidak melebihi had pengeluaran ATM dengan deposit minima RM 10.

Cara membeli sijil SSP BSN melalui ATM.

  1. Masukkan kad ATM ke dalam mesin ATM atau CDM.
  2. Pilih bahasa antara muka yang ingin digunakan.
  3. Anda akan diminta memasukkan nombor pengenalan diri (Personal Identification Number) PIN. Nombor PIN ini ialah nombor pin kad ATM anda.
  4. Menu untuk memilih transaksi akan dipaparkan. Pilih “BSN SSP Saving”.
  5. Anda akan diminta memasukkan jumlah (ringgit) yang ingin didepositkan. Masukkan dalam gandaan RM 10 tetapi tidak melebi had pengeluaran ATM.
  6. Jumlah akan dipaparkan untuk pengesahan anda, Pilih YA.
  7. Permohonan akan diproses dan alamat anda akan dipaparkan di ATM. Sila pastikan alamat ini betul sebelum anda sahkan.
  8. Transaksi akan diproses dan sama ada berjaya atau gagal, status akan dipaparkan di skrin.
  9. Simpan resit transaksi sebagai rujukan.

*Resit daripada ATM ini biasanya cepat pudar. Bagi penyimpanan yang lama, sila fotokopi ataupun tangkap gambar dengan telefon mudah alih.

Deposit SSP BSN Menggunakan  Perbankan Internet.

  • Log masuk menggunakan kata nama dan password anda.
  • Pilih menu eSSP Saving.
  • Ruangan drop list dalam menu tersebut akan memaparkan nombor akaun-akaun yang anda miliki, buat pilihan daripada akaun mana ingin didepositkan.
  • Masukkan unit SSP yang ingin dibeli. Jumlah (dalam Ringgit Malaysia (RM) ) akan di paparkan. Jumlah ini akan ditolah daripada akaun yang dipilih tadi.
  • Butiran transaksi akan dipaparkan untuk disemak.
  • Sahkan sekiranya semua butiran betul.
  • Resit atas talian akan dipaparkan. Anda boleh memilih untuk mencetak resit ini sebagai rujukan.

Pemenang Hadiah SSP BSN

Pemegang sijil boleh semak keputusan cabutan SSP BSN di sini. Hadiah bagi cabutan mingguan SSP diadakan setiap Isnin dan Rabu kecuali cuti umum.

Untuk hadiah utama ataupun Special Draw yang diadakan sekali setahun, dengan jumlah deposit minimum RM 3000. Setiap bulan turut diadakan cabutan, dengan kelayakan minimum deposit sebanyak RM 10. Selain itu terdapat local draw yang diadakan setiap bulan bagi setiap negeri dan wilayah persekutuan. Jumlah minimum ialah RM 10 sahaja.

Kesimpulannya, jika ada duit lebih yang ingin kita ‘bekukan’ tak salah mencuba. Dalam hal kewangan, kita harus sentiasa bersifat terbuka, dalam masa yang sama memahami dan mengkaji sebarang risiko pelaburan yang ingin diceburi. Banyak panduan dan ilmu yang boleh dijadikan rujukan dan boleh diperolehi dari internet sama ada secara percuma atau berbayar.

Baca juga:

43 thoughts on “Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional – SSP BSN”

  1. sekiranya dalam bank xada duit,saya nk bli sijil tu,tp saya da duit dlm tgn,saya nk bli sijil ty mlalui atm or DCM,,cm na ek??

    Reply
    • Boleh masuk duit ke dlm ATM,

      Caranya:

      Masukkan kad.
      Pilih Bahasa.
      Masukkan nombor PIN.
      Pilih ‘SSP Saving’.
      Masukkan jumlah dalam gandaan RM 10.
      Sahkan jumlah dan semak alamat yang tertera di skrin.
      Simpan resit trasaksi untuk rujukan.

      Reply
    • Terdapat pelbagai cara utk beli:

      Melalui Perbankan SMS

      1. Daftar di mana-mana cawangan BSN.
      2. Taip “SSPmpinamaun”.
      Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.
      3. Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740 untuk pembatalan BSN SSP.

      Melalui Mesin ATM
      1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
      2. Pilih bahasa.
      3. Masukkan nombor PIN.
      4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
      5. Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
      6. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

      Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)

      1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
      2. Pilih bahasa.
      3. Masukkan nombor PIN.
      4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
      5. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
      6. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
      7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

      Melalui Mes in Deposit Tunai (Tan pa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)
      1. Pilih bahasa.
      2. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
      3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
      4. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
      5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

      Melalui Perbankan Internet myBSN
      1. Kunci masuk ke Laman Web BSN di http://www.mybsn.com.my
      2. Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
      3. Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
      4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
      5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

      Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
      1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada)
      kepada EB BSN.
      2. EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
      3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
      4. Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.

      Reply
  2. sya pemegang kad bank bsn simpanan ttp ssp premium..dlm ekaun premium ada rm500…mcm mana cara nk keluar simpan tersebut??

    Reply
  3. saya beli SSP tu tak lebih dari setahun lagi, boleh tk kalaus aya nk keluarlan balik duit saya yang saya simpan tu

    Reply
  4. Saya nak tanya setiap sijil premium memang berharga 10 ringgit ke? Contoh nyer saya nak simpan simpan 1k, so jadi ada byk lah sijil kita kena pegang

    Reply
  5. Salam Puan.

    Boleh kongsi tips beli SSP bagi yang tak ade akaun dalam BSN atau bagi yang tak ade kad ATM BSN?

    TQ.

    Reply
  6. nak tnya klo nk cash kn ssp resit kena p kaunter.. tpi boleh kah jika ssp tu dibeli guna kad bank akk sy atm mesin sy yg pergi cash kn bawak resit tu..

    Reply
  7. boleh ke sy tunai kn resit pembelian ssp atm kad.. tpi nama atm akk sy.. boleh ke sy bawak ic p tunai kn resit ssp tu

    Reply
  8. Salam, kalau yg dapat APC tu… xde bg sijil… sama jugak ke nak tebus buat mcm sis tulis ke… pg BSN bawak MyKad je ke, perlu ade number ke ape2 haha…

    Reply
    • Ya, anda perlu mempunyai akaun BSN sebelum membuat simpanan SSP. Anda boleh memilih ‘Simpanan BSN eSSP’ dan pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai yang ada. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan sahkan simpanan anda. Sila ambil perhatian bahawa sijil SSP BSN tidak akan dikeluarkan apabila anda membeli SSP secara online. Anda juga perlu semak dan sahkan alamat anda sebelum meneruskan pembelian SSP.

      Reply
    • Ya, anda boleh mengeluarkan duit SSP BSN melalui mesin ATM. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pengeluaran:

      1. Pergi ke mesin ATM Bank Rakyat atau Bank Islam terdekat.
      2. Masukkan kad debit anda dan masukkan nombor PIN.
      3. Tekan ‘Teruskan’.
      4. Pada laman seterusnya, terdapat butang pilihan BANK ISLAM, TABUNG HAJI dan SSPN. Pilih ‘SSPN’.
      5. Pilih ‘Pengeluaran Tunai’.

      Sila ambil perhatian bahawa caj transaksi sebanyak RM0.50 akan dikenakan kepada akaun SSPN anda dan resit akan dicetak.

      Reply
  9. Salam

    Nak tanya, jika pemegang sijil ssp dah meninggal nak buat macam mana? SSp bernilai RM3k apa borang yang perlu saya isi dan siapa yang layak pergi menuntut?
    Borang boleh upload online ke?

    Reply
    • Jika anda telah tersilap memasukkan amaun ke dalam simpanan SSP BSN, anda masih boleh membuat pengeluaran. Berikut adalah cara untuk mengeluarkan duit SSP anda:

      1. Bawa sijil simpanan anda ke mana-mana cawangan bank simpanan nasional yang terdekat dengan anda.
      2. Bawa bersama Kad Pengenalan (IC) anda untuk tujuan pengesahan.
      3. Maklumkan kepada wakil khidmat pelanggan bahawa anda ingin membatalkan SSP anda. Mereka akan membimbing anda melalui proses tersebut.
      4. Isikan borang pengeluaran atau borang pembatalan yang diberikan dengan lengkap.
      5. Tunggu sehingga nama anda dipanggil di kaunter yang berkaitan.
      6. Kakitangan BSN akan minta kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti sama dengan sijil simpanan premium BSN yang anda miliki.
      7. Jikalau tiada masalah, anda akan dapat semula duit yang anda inginkan.

      Baki akaun SSP anda biasanya akan dipindahkan ke akaun Simpanan BSN anda atau diberikan kepada anda secara tunai, bergantung pada polisi cawangan. Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja akaun SSP dibatalkan, anda tidak lagi layak untuk cabutan bulanan SSP.

      Reply
    • Jika sijil SSP BSN anda hilang, anda masih boleh membuat pengeluaran dengan membawa kad pengenalan anda ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat dengan anda.

      Anda perlu mengisi borang pengeluaran atau borang pembatalan yang diberikan dengan lengkap. Kakitangan BSN akan meminta kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti yang sama dengan sijil simpanan premium BSN yang anda miliki. Jika tiada masalah, anda akan dapat semula duit yang anda inginkan.

      Namun, adalah disyorkan untuk menghubungi BSN terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!