Bila ada kawan yang minta untuk mengulas topik tentang bina rumah dulu dan kemudian baru jual, saya rasa ia merupakan satu topik yang menarik untuk ditulis.
Jadi setelah sekian bertangguh dengan sekarang mempunyai sikit masa, maka jom mari kita bincangkan tentang topik Bina kemudian Jual (Build and Sell) Rumah di Malaysia.
Dari perkataan yang ditulis itu sahaja kita sudah boleh tahu bahawa ini adalah konsep di mana pemaju membina rumah terlebih dahulu kemudian apabila telah siap barulah pemaju menjualnya kepada umum.
Ia Boleh Memanfaatkan Pengguna
Secara positifnya, perbuatan macam ini memang amat menguntungkan pengguna dari segi kepastian yang rumah dibeli itu telah siap. Yalah, selalu juga kita dengar berita di TV atau surat khabar di mana rumah telah bertahun-tahun beli masih belum siap-siap sebaliknya menanggung hutang dengan bank.
Tetapi ia juga ada aspek yang negatif di mana harga rumah yang telah siap ini tentulah akan jadi lebih mahal berbanding dengan rumah yang jika dijual terlebih dahulu sebelum bina.
Beban Untuk Pemaju
Jika ada baiknya, kenapa jarang berlaku? Jawapannya mudah, ianya membebankan pemaju. Tiada mana-mana pemaju yang ingin mengalami kerugian bila bina rumah. Pemaju mana yang nak channel semua sumber kewangan untuk satu-satu projek sehingga siap. Berbanding dengan jual kemudian bina, pemaju boleh membuat lebih daripada 1 projek.
Di pasaran di rantau ini memang tidak banyak pun build and sell home. Dan bila tengok harga bagi rumah yang sudah siap untuk dijual pun kita agak tawar hati sebab rasa harganya sudah terlalu tinggi.
Lagi satu keburukan yang mungkin ditanggung oleh pemaju ialah bila rumah yang sudah siap itu tak mampu untuk dijual. Maka aliran wang pemaju akan tersangkut dalam projek itu dan mereka mungkin akan mengalami muflis jika tak mampu untuk bayar pinjaman yang mereka buat dari bank.
Beli Rumah Yang Sedang Dalam Pembinaan
Secara strategynya, kalau nak beli rumah yang masih dalam pembinaan, adalah baik untuk anda beli projek yang menawarkan zero progressive interest sehingga anda dapat kunci rumah yang anda beli itu.
Rumah ini adalah rumah di mana selain daripada bayaran downpayment, anda tidak perlu bayar apa-apa langsung sehingga rumah yang anda beli itu sudah siap bina.
Bila pemaju dan bank berani menawarkan pakej seperti ini, kita akan mempunyai rasa di mana pemaju ini adalah lebih kredibiliti dan kita boleh percaya kepada mereka yang bakal untuk menyiapkan project pembinaan rumah dalam masa yang ditetapkan.
Walaubagaimanapun, kalau anda risau dengan risiko terbengkalai, boleh anda pertimbangkan untuk beli rumah subsale. Rumah jenis ini biasanya ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi sikit tetapi ia dapat tenangkan fikiran anda dan kurangkan kerisauan anda tentang tidak dapat rumah jika beli rumah yang belum dibina.
Bagi saya, sebenarnya saya pun agak takut untuk beli rumah yang belum siap bina. Sebab terdapat banyak kes yang terlibat oleh kawan-kawan, saudara mara, dan rakan sekerja yang ada beli rumah yang tidak siap. Ada yang sudah lebih dari 10 tahun masih tak dapat rumah.
Mereka telah buat pinjaman dengan bank dan sudah buat bayaran ansuran untuk pinjaman mereka buat beberapa tahun tetapi rumah tak dibina siap pun. Bukan saja mereka perlu bayarn ansuran pinjaman, mereka masih perlu bayar untuk sewa rumah setiap bulan, ini bermaksud mereka perlu bayar dua pihak tetapi tidak ada rumah yang dimiliki oleh diri sendiri.
Saya rasa memanglah kesiankan kepada pembeli yang mengalami masalah macam tu. Mesti tertekan gila tambahan pula kalau ianya boleh menjejaskan kestabilan kewangan.
Apa pula pendapat anda pasal skim bina dan jual? jom kongsi