Web Analytics

Semua Orang Perlu Tahu Tentang Inflasi

Apa itu inflasi?

Inflasi merupakan satu istilah ekonomi. Inflasi menerangkan satu keadaan ekonomi yang bergantung pada banyak faktor. Kita tinggalkan ia di situ. Mari fahami inflasi dari kacamata rakyat biasa yang mempunyai pemahaman yang sedikit tentang teori ekonomi. Fahami inflasi dalam bahasa yang mudah.

Harga barang yang naik setiap masa dengan kadar tertentu; itulah inflasi bagi kita orang biasa. Air milo ais yang dulunya RM 1.00 mengalami kenaikan demi kenaikan sepanjang masa. Kini mungkin RM 2.00 ringgit, tapi kita tahu ia tidak akan terhenti di situ. Harnya akan naik lagi, sepanjang masa, semakin lama semakin tinggi. Itulah inflasi.

Kadar inflasi pula ialah pengiraan purata berapa sen kenaikan harga barang keperluan harian. Kita tahu barang naik setiap tahun, tapi berapa kenaikannya? Kalau tahun lepas naik sepuluh sen, tahun ini pula naik dua puluh sen, kita boleh katakan inflasi tahun ini lebih teruk dari tahun lepas.

inflasi

Jikalau harga tahun lepas naik empat puluh sen, tapi tahun ini sekadar naik dua puluh sen, kita katakan kadar inflasi bertambah baik. Pengurangan kadar inflasi tidak bermaksud harga barang turun, tapi bermaksud kenaikan harga tidak setinggi sebelumnya. Baik, tetap naik.

Apa kesan kenaikan kadar inflasi kepada rakyat biasa?

Bagi yang makan gaji, kebiasaanya, gaji tidak akan turun. Baik di sektor kerajaan atau swasta setiap tahun gaji akan naik, bergantung kepada majikan dan bidang pekerjaan kita. Kenaikan gaji sesuatu yang mengembirakan, tapi kalau peratus kenaikan gaji lebih rendah dari peratus inflasi tahunan, ianya tidak banyak membantu.

Kenaikan kadar inflasi membuatkan kita perlu membeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada sebelumnya. Kalau gaji kita sama dengan sebelumnya, kita tidak akan dapat membeli sebanyak mana yang kita biasa beli. Disini, kita kehilangan kuasa membeli.

Adakah infalsi hanya memberi kesan kepada yang makan gaji? Bgaaimana pula dengan mereka yang bekerja sendiri? Kesannya sama, jika tidak lebih teruk. Kehilangan kuasa membeli masyarakat akan menyebabkan mahu tak mahu ramai orang terpaksa berjimat. Barangan yang hendak dibeli dipilih, dan mungkin kuantitinya juga dikurangkan.

Kesannya, peniaga akan mendapat pendapatan yang kurang. Bagi peniaga yang tidak berhemah, bila keadaan ini terjadi, dia akan menaikkan lagi harga. Dengan harapan, pendapatannya akan pulih seperti biasa. Sebaliknyanya yang akan berlaku, orang semakin tidka membeli barangannya.

Dapat dilihat disini, walaupun angka pendapatan adalah sama dengan sebelumnya, atau meningkat sedikit, tapi jika kadar inflasi menaik, nilai pendapatan akan berkurang. RM 5000 yang diperolehi sekarang tidak sama dengan RM 5000 yang diperoleh sebelumnya.

Purata perbelanjaan individu akan meningkat. Sekiranya RM 10 cukup untuk perbelanjaan sehari seseorang, dengan kenaikan kadar inflasi, perbelanja tersebut meningkat kepada RM 15 untuk memperoleh barang atau perkhidmatan yang sama.

Bagaimana kejatuhan matawang mempengaruhi inflasi?

Bagi negara yang bergantung kepada barangan import, kejatuhan matawang tempatan akan emngakibatkan harga barang yang diimport lebih mahal dalam matawang tempatan. Pengimport perlu memperuntukkan ringgit yang lebih banyak untuk membawa masuk dagangan terbabit.

Bagaimana pula jika Ringgit Malaysia stabil dan matawang negara yang lain pula jatuh? Bukankah bermakna kuasa membeli ringgit kita semakin tinggi? Bukankah maknanya kita mampu membeli barangan import yang kita boleh beli lebih banyak? Secara teorinya betul, tapi tidak secara praktikal.

Apabila keadaan di atas berlaku, negara pengeluar tidak berminat menjual kepada kita kerana kerugian tukaran wang asing. Mereka lebih suka menjual kepada negara yang lebih lemah matawangnya atau berada di paras yang sama. Jika kita hendak membeli, harganya akan naik.

Ini yang dinamakan cost transfer. Negera pengeluar mengalami peningkatan kos untuk menghasilkan barang. Untuk terus kekal beroperasi harga ini perlu ditanggung oleh seseorang. Penyelesaian mereka ialah dengan memasukkan peningkatan harga kos tersebut ke dalam harga. Negara pengguna terpaksa membayar harga ini.

Dalam keadaan ini kenaikan inflasi adalah disebabkan oleh faktor luar negara.

Penetapan harga barang dikawal oleh satu keseimbangan yang dinamakan pembekalan dan permintaan (supply and demand). Andaikan satu barang yang tidak banyak tetapi permintaanya tinggi, maka harganya akan naik mendadak. Keadaan ini akan berterusan sehingga pengeluran dapat memenuhi permintaan, menjadikan harganya stabil.

Pengeluaran akan berterusan sehingga melebihi permintaan. Keadaan ini dinamakan lambakan. Untuk mengelakkan barangan tidak terjual, haganya akan diturunkan untuk menarik minat pembeli. Harga akan turun, sehinggalah kitaran awal tadi berulang.

Atas sebab itu, negara pengeluar sesuatu komoditi emmpunyai pengaruh besar terhadap harga barangan itu. Contohnya negara pengeluar minyak yang besar hanya perlu menyimpan tong-tong minyak mereka ketika harganya murah. Ketika harganya naik, mereka akan mengeluarkan simpanan ini untuk mengaut keuntungan.

Mekanisma yang sama boleh digunakan untuk mengurangkan harga. Contohnya negara bukan pengeluar, tetapi mempunyai simpanan minyak yang banyak. Ketika harga minyak mahal, tidak menguntungkan bagi mereka membeli minyak. Lalu mereka menjual pula simpanan yang ada semata-mata untuk mewujudkan lambakan minyak di pasaran.

Dengan sedikit spekulasi, harga minyak akan turun mendadak dan mereka akan membeli pada harga ini dengan jumlah lebih banyak dari apa yang mereka keluarkan. Itulah bahayanya spekulasi.

Tindakan pengguna untuk menangani inflasi.

Kita tidak mampu mengawal ekonomi duni atau negara sendiri. Tapi kita mampu mengawal perbelanjaan isi rumah sendiri. Beberapa perkara boleh dipraktikkan untuk membuatkan kita kebal inflasi;

  1. Simpan secara konsisten dan kerap. Walaupun kita tidak tahu ekonomi, tidak mempunyai ilmu kewangan, tiada yang rugi dengan menyimpan. Jadikan ini displin pertama dan utama kita. Dalam keadaan susah dan senang, kita akan menyimpan satu jumlah tetap setiap minggu atau bulan. Berapa banyak daripada gaji perlu di simpan?
  2. Jika mengalami masalah ata liat unutk menyimpan, boleh baca artikel cara mudah unutk menyimpan duit ini.
  3. Tingkatkan ilmu pengetahuan melalui bacaan atau seminar kewangan. Bidang yang perlu diberi perhatian ialah budgetting atau merancang belanjawan. Pastikan mahir di bidang ini sebelum mengambil tahu bidang palaburan.
  4. Sentiasa menggunakan kuasa membeli yang bijak.
    1. Beli bila murah.
    2. Beli bila perlu.
    3. Buat bandingan dulu.

Biarpun masalah ekonomi negara mempengaruhi kehidupan sebahagian besar dari kita, jika kita mempunyai pemahamaan dan amalan kewangan yang kukuh dan baik, kita boleh bertahan. Yang penting ada kemahuan dan ilmu.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!