Topik yang aku nak kisahkan hari ini lebih kepada perbincangan tentang definasi kebebasan kewangan. Rasanya siapa yang tak inginkan kebebasan kewangan. Mari aku nak kisahkan seorang yang mencapainya pada usia 63 tahun.
Mari mengenali Encik Abdul Majid, jiran saya yang berusia 70 tahun sekarang.
Sejak 2 orang anak sudah mula berkerja 7 tahun lalu, Encik Abdul Majid tinggal di rumah yang dibeli oleh anak sulung.
Dia tidak ada hutang rumah atau kereta. Sudah lama dia tidak pergi bekerja dan dia tidak perlu bekerja pun.
Setiap bulan anak-anak dia akan kirim duit berjumlah beberapa ribu untuk perbelanjaan bulannya. Duit yang diberikan oleh anak-anaknya cukup untuk dia berbelanja makan dan pakai untuk dia dan isterinya. Lepas semua perbelanjaan, masih dia ada duit yang lebih untuk simpanan.
Dengan itu, Wang bukanlah satu perkara yang dirisaukan olehnya. Bukankah jiran saya ini sudah menikmati kebebasan kewangan yang merupakan impian orang ramai?
Ini merupakan satu contoh yang saya tahu.
Mereka Yang Susah
Saya pernah tengok saudara mara saya di mana mak dan ayah minta duit tapi anak-anak mereka tidak beri. Kadang-kadang kuat minta cuma bagi sikit saja. Rumah mak ayah sudah rosak pun tak bantu baiki.
Bila tanya, mereka memberikan alasan bahawa bukan mereka tidak mahu nak bagi duit kepada ibu bapa, tapi kadang-kadang tu duit yang diperolehi oleh mereka pun tak mencukupi untuk perbelanjaan keluarga diri sendiri. Mana ada lagi duit tambahan untuk diberikan kepada ibubapa mereka?
Mengapa mereka sering dibelenggu oleh kewangan? Mengapa duit yang mereka perolehi setiap bulan itu boleh sampai tak cukup untuk diri sendiri? Itulah yang menjadi persoalan untuk ramai orang dan perlukan cara-cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka.
Perlu kita tahu bahawa lagi banyak kita memberi kepada ibubapa, lagi banyak tuhan bagi pada kita. Jadi jangan sekali sekala kita lupa ayat yang bernilai tu?
Kebebasan kewangan untuk sesetengah orang mungkin hasil dari didikan agama dan penat lelah memberi pendidikan yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Balasan anak-anak pula janganlah sekadar wang ringgit atau harta saja. Perlu disulam dengan kasih sayang (bertanya khabar/ziarah) dan diiringi doa kesejahteraan ibu bapa.
Bebas Dari Semua Hutang
Ada juga orang yang katakan kebebasan kewangan cuma boleh dicapai bila kita bebas dari hutang-hutang yang tidak perlu. Rasanya kalau ambil loan untuk rumah dan kereta pun boleh saja. Lepas tu elakkan daripada pakai kad kredit dengan lebih dan boleh beli apa yang kita nak beli.
Selagi ada hutang, selagi tu kita belum bebas.
Cara dan Gaya Hidup
Sebenarnya kebebasan kewangan ni ikut cara hidup yang kita mahukan. Kalau nak hidup pakai sport car, tiap tahun travel oversea, memang jumlah wang yang perlu ada mestilah kena banyak. Berbanding dengan mereka yang cuma lepas settle semua hutang dan lepas tu terus jalani kehidupan yang cuma makan, pakai dan minum dengan mudah sahaja.
Amalkan Kehidupan Yang Berjimat
Mengamalkan gaya hidup yang berjimat dengan mempunyai pemikiran untuk dapatkan kehidupan yang senang dengan sumber yang paling kurang bukan sesuatu yang sangat susah untuk dilakukan.
Sebenarnya, terdapat ramai orang kaya yang mengembangkan tabiat hidup di bawah kemampuan mereka sebelum meningkat untuk menjadi orang kaya.
Kini, ini bukan satu cabaran untuk mengamalkan gaya hidup minimalis atau bertindak untuk membuangkan barang-barang yang sudah anda simpan bertahun-tahun di rumah anda tanpa guna ke tempat buang sampah.
Hanya membuat penyelarasan kecil dengan membezakan antara perkara yang anda perlukan dan bukannya perkara yang anda mahukan adalah kebiasaan yang bermanfaat dan sihat dari segi kewangan yang patut anda amalkan.
Buat Bajet Perbelanjaan
Ada orang yang membuat bajet perbelanjaan setiap bulan dan belanja ikut bajet yang sudah mereka tetapkan. Ini adalah cara terbaik untuk menjamin semua bil dibayar dan penjimatan berada di landasan yang betul.
Ia juga merupakan rutin bulanan yang memperkuatkan matlamat anda dan melawan godaan untuk berbelanja untuk perbelanjaan yang besar dan anda boleh mencapai kebebasan kewangan dengan cepat.
Kesimpulan
Definasi bebas kewangan mungkin agak berbeza-beza bagi setiap orang. Namun pokok pangkalnya adalah mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan dengan selesa berpandukan pelan kewangan yang telah diatur atau distrategi-kan.
Sememangnya jika tidak ada hutang dan bebas dari sebarang beban kewangan, kita sudah bebas kewangan walaupun tidak mempunyai harta yang banyak.
Kadang-kadang orang definasikan bebas kewangan tu dengan seseorang mesti ada duit berjuta-juta. Tetapi jika kembali kepada asalnya, memang kalau kita tak perlu risau pasal duit dan tiada beban hutang memang tiada masalah wang bagi kita.
Tapi kena ingat anda juga perlu mempunyai pelan perlindungan (misalnya insuran) walaupun telah mencapai bebas kewangan. Manalah tahu sudah elok-elok capai status bebas kewangan tiba-tiba ditimpa musibah? Kan tak pasai sudah kena masuk penjara kewangan balik!