Sasaran bagi aku adalah untuk mencapai profit bersih sebanyak RM3000 buat masa ini.
Perniagaan aku kini hanya berasaskan pada dropship sahaja. Aku tidak pilih lain cara untuk buat duit memandangkan masa dan kewangan aku yang sikit dan tidak cukup untuk perbelanjaan yang besar.
Kenapa Pilih Dropship
Aku memilih dropship kerana ianya melibatkan produk fizikal. Dan selalunya, produk fizikal lebih mudah nak terjual berbanding dengan produk digital. Kerana struktur produk fizikal adalah sesuatu yang orang boleh nampak. Dan macam-macam lagi.
Produk digital juga boleh. Sebenarnya tak jadi masalah pun jika nak jual. Cuma digital investment banyak makan duit secara bulanan dan tahunan. Dari segi email marketing, domain dan hosting, plugin-plugin tertentu, dan software-software. Saya tak nak risiko kan diri saya menggunakan servis percuma dan lain online tools sebab takut nanti tergendala. Dan penggunaan domain dan hosting yang bagus mengurangkan risiko perniagaan selain menjaga nama baik perniagaan.
Tunggu income mantap dan stabil, baru invest untuk effect yang ENORMOUS dan berkesan. Sebab saya percaya kalau fizikal dan digital seiring bersama, bisnes memang akan menjadi lebih mantap. Even Air Asia pun memperuntukkan 1 ke 10% dari pendapatan tahunan untuk pemasaran luar. Yang tertinggal untuk pemasaran maya.
Jadi, hold on dulu untuk digital investment. Lagipun, dropship saya bukannya 100% berjalan dalam talian. 50-50 secara online dan offline. Kebanyakan darinya aku cuma guna Facebook dan Youtube untuk buat promosi saja. Ini adalah antara servis percuma yang guaranteed, secure and reliable.
Kenapa Sasaran Ditetapkan RM3000?
Sebenarnya bukan exactly RM3000. Itu adalah target paling maximum yang aku ingin jana dengan hanya melalui dropship sahaja. Selepas itu, saya berminat untuk keluarkan balik profit tu untuk perniagaan ataupelaburan lain.
Benda apa saya tak mahu cakap lagi sebab memang takut tak jadi. Sudah lama niat ni ada dalam otak aku. Survey pun sudah buat pun. Cuma perlukan kesabaran, usaha dan doa kepada Allah kerana saban hari, rezeki tak henti-henti masuk. Dalam seminggu dapat RM150-RM300, tu kira boleh dah tu. Aku bangga dengan kemampuan diri ini berdikari.
Dan aku kalau boleh, nak berdikari cari income sendiri. Kalau boleh, tak mo mintak langsung kat parents. Kalau boleh nak biayai top up, makan minum, bil broadband semua sendiri. Income mingguan kat atas tu kira stabil bagiku buat masa ni. Masa ini, aku cabar diri untuk menempuhi masa depan yang mencabar sambil bergelar student universiti.
Sekarang, aku perlu bina rancangan yang lebih mantap macam mana dengan income mingguan yang ciput tu, aku boleh kembang dan kembang lagi serta berjalan secara autopilot dan stabil. Amazon pun boleh.
Affiliate pun. Atau mungkin something yang bigger dari itu. Produk ciptaan sendiri?
Idea- checked.
Partner – Belum.
Funder- Belum.
Dalam mencari business partner, kena ada passion sama dan mempunyai visi dan misi yang sama. Selain kedua-keduanya memiliki rancangan yang jelas, mereka harus ada kepakaran/kebolehan masing-masing. Apa si A ni leh buat? Apa si B leh buat? Si A ada idea. Si B, ada kepakaran. Si C ada duit. Kalau takat ada idea, si B dan C pun leh buat. Tinggal si A kena tipu sebab idea dah kena curi. Sedikit perkongsian melalui pembacaan ‘mencari business partner’ di google.
Alhamdulillah, lepas lah nak makan minum tu. mmg rasa bangga sebab tak perlu minta duit sama ibu bapa. Jika sampai ada jodoh dan masa untuk kahwin, kalau boleh jana duit diri maka tak perlu guna duit mereka juga.
Jadi, aku berhenti sampai sini dahulu dengan target RM3000 bersih dalam tangan. Semuanya untuk mencapai idea perniagaan yang lagi satu tu. Agar esok hari, aku berkemampuan untuk menyalurkan bantuan seperti kewangan atau ilmu atau apa sahaja untuk pembangunan ummah. Ya, itu niatku. Salam.
Baca juga: