Disebabkan beli kereta adalah satu benda yang besar kerana anda perlu buat pinjaman dan berhutang sampai 8-9 tahun, maka adalah baik untuk anda pastikan salesman tu adalah seorang yang boleh kita percaya. Kita ‘paw’ apa yang patut pada salesman tu.
Seorang salesman kereta bukan sahaja dapat commission dari syarikat kereta mereka tapi dapat commision dari bank yang kita buat loan tu juga.
Maka memang okay saja dan tak salah kalau kita minta free gift dari salesman. Ini adalah sebab komisyen jual kereta agak masuk, memang tak ada hal laa ada salesman yang bagi komisyen utk mereka yang memperkenalkan pembeli kepada salesman.
Di sini saya nak senaraikan apa yang boleh diminta dari salesman. Diingatkan di sini, kalau tak minta, sah-sah salesman tu buat diam, makan seorang.
1) Steering Lock – Ni dalam beberapa puluh ringgit saja. Kalau dapat maka tak payah beli lagi.
2) Minyak full tank – Biasa pam full tank pun kurang dari RM 100. Maka adalah baik untuk panggil salesman bagi kereta pam full tank.
3) Tinted kereta – Kalau setakat kereta nasional, mesti tinted yang biasa saja. Tapi oklah untuk dapat juga.
4) Payung Golf – Boleh anda minta payung yang besar, bukan payung AVON yang harga RM 10 tu.
5) Number plate – Biasa salesmen memang kenal runner untuk beli number plate. Mintalah saja, kalau salesman tak boleh nak cover full, boleh la minta salesman subsidi separuh. Boleh letak tarikh lahir, number rumah, 4 digit pertama pin ATM atau apa-apa nombor yang anda nak. Jangan poyo demand nombor 1 angka sudahlah.
6) Cash – Ni pun best juga. Boleh guna duit untuk buat apa-apa yang diiniginkan, Nak melabur ke ASB ke, beli 2 gram emas ke, suka hati anda.
7) Aksesori lain – Boleh juga minta armrest, reverse sensor, sarung steering kulit, dan macam-macam lagi.
Memang kita tak boleh tamak sangat dan nak ‘paw’ dari item 1 sampai 7, salesman pasti akan batahkan permintaan anda. Apapun kalau tak minta mesti tak dapat punyalah.
Komisyen Salesman
Untuk jualan kereta Proton, salesman biasanya boleh dapat komisyen dari RM 500 hingga RM 800 (ni kalau tak silap lah).
Komisyen untuk pinjaman bank tu saya ingat pun bukan banyak sangat. Jadi, agak-agaklah kalau anda nak perah salesman tu punya komisyen. Setakat minyak full tank tu tak jadi masalah. Tapi kalau minta beri satu smartphone baru, mungkin salesman langsung tak nak layang anda pula.
Semua benda-benda tu biasanya syarikat mereka yang bagi dan bukan dari duit komisen salesman. Cuma ada sesetengah salesman yang terdesak nak dapat sales akan sanggup potong komisyen. Apa yang saya dengar gaji pokok salesman adalah dalam RM 200 – RM 500 saja. Dan komisyen mereka ada dalam RM 300 – RM 1,500. Itu pun tengok brand dan jenis kereta yang pelanggan beli.
Diskaun tidak diberitahu
Kadang-kadang salesman sengaja tak bagi tahu ada diskaun, jadi yang diskaun tu mereka yang ambil jika berjaya jual kereta. Saya ada beli satu kereta Proton dan saya tanya salesman dia cakap ada diskaun RM 1,000 saja. Bila saya tanya member Proton dia cakap dia dapat diskaun RM 3,000. Jadi saya pun minta dengan salesman itu, akhirnya dia bagi diskaun RM 3,000 juga.
Cerita Beli Kereta Saya
Cuma nak cerita masa saya beli kereta “tank” proton minta isi minyak pun salesman tak nak isi. Bila masa nak ambil kereta tu lampu minyak pun sudah menyala merah. Salesman tu siap cakap aku masih sempat sampai ke stesen Shell di hujung jalan dengan sisa-sisa minyak tu.
Hampeh punya Proton. Ini amat berbeza sungguh dengan masa saya beli Vios. Salesman siap isi minyak full tank lagi walaupun ikut peraturan minyak kena 1/4 tank. Ini mesti kes salesman Vios dapat komisyen lebih. Salesman tu siap ajak nak belanja saya makan tengah hari lagi.
Apa Yang Dicakap Oleh Salesman
Jika anda rasa salesman kereta bagus, bolehlah anda cuba kerja jadi salesman tengok. Barang apa yang anda nak bagi kepada customer.
Ada customer yang complain salesman bahawa mereka minta minyak sepuluh ringgit pun salesman tak bagi. Kecoh macam beli kereta dengan wang tunai! Company mana yang ada sediakan free gift untuk customer? Semua free gift tu adalah guna duit salesman.
Pendapatan basic untuk salesman baru RM 300, kalau jual 4 buah kereta sebulan baru RM 2,300. Pendapatan macam ini mana cukup nak belanja sebulan tanggung anak bini!
Tambahan komisen pun bukan terus masuk. Jadi, kalau nak minta isi minyak, bolehlah isi RM 20-30, jangan minta full tank pula.
Apa yang saya dapat lihat dan baca sekarang ni semuanya adalah tawar-menawar sebenarnya. Kalau salesman tak pandai tawar-menawar, customer akan lari. Dia boleh cari salesman yang boleh offer dia harga lebih baik bersama free gift. Jadi, hilanglah customer untuk salesman pertama. Jual kereta bukan macam jual nasi lemak, ia berpada pada kemahiran salesman dalam tawar-menawar.
Pengalaman Beli Kereta Kawan Saya
Kawan saya ada beli Toyota Camry dengan seorang salesman. Dia ada tambah RM 6,300 lagi untuk dapat number plate kegemaran dia.
Bila beli kereta, dia tak minta apa-apa pun dengan salesman, tapi salesman offer insurans, roadtax, tinted, puspakom, smart-tag, minyak full tank kepada dia. Kereta dia juga polish dan waxing macam buat detailing. Cuma kawan saya minta salesman itu untuk taruh semua yang dia janji itu dalam quotation sebab dia tak nak terlepas apa yang dijanjikan.
Kawan saya tidak tahu apa-apa pasal komisyen. Yang dia tahu, dia nak beli kereta dengan hutang RM 90,000. Lain-lain tu salesman yang uruskan. Setakat sekarang, salesman dia memang ok.
Apa yang leceh ialah urusan dokumen sebab setiap transaksi wang, dia dahulukan minta quotation, proforma invoice, invoice.. biar ada black and white. Kalau tidak, tak guna kita bertekak kemudian hari dengan apa yang kita tak dapat. Biar apa-apa detail urusniaga, semuanya didokumenkan. Teliti setiap dokumen sebelum setuju atau sign.
Anda membuat demikian untuk melindungi diri anda, melindungi salesman dan semua. Dalam urusniaga hari ini, jangan beli kerana nak tolong islam atau nak tolong melayu, akhirnya yang haram jadah adalah diri kita sebab modal duit adalah dari poket kita. Kebanyakan orang cuma tahu nak minta duit saja, tapi hati-hati jika tak tahu nak dokumenkan.
Baca juga:
Auta la kau, bila masa pulak salesman dapat komisen dari bank? Komisen adalah hak salesman, bukan pembeli. Pembeli cuma boleh dapat free gift tapi tak boleh paksa salesman bagi. Yang berhak cuma aksesori kenderaan, kalau optional kena bayar. Kalau pembeli dapat komisen, tauke babi pun bungkus!
Betul penulis ni kita boleh label mindset sampah. Orang orang macam ni la yang suka ambik kesempatan. Kalau penulis rasa diri betul, boleh reply komen saya. Kita bole buat sesi soal jawab dalam live. Tunjuk muka yang xda rasa malu tu.. Sepatutnya beli kereta tu dah syukut dapat. Salesmen la yang cuba bantu pelanggan. Bayangkanlah dia susah payah buat quatation,kira sana sini. Turun naik jpj atur kereta. Rasa dulu boskur kerja salesmen macam mana. Jangan tau nak ambik kesempatan saja
ko x duduk tempat sesmen boleh la ckp mcm2…sesmen bukan tauke kedai suka2 je nk bg ko mcm2..sesmen manusia juga ada tanggungan..silap ari bula ko paw mkn harta anak yatim..merangkak la ko di masyar kelak…kalo sesmen bagi apa yg ko kita tu ko ingat deorang redha ke?
Ini penulis apa kerja dia.. panggil boss dia panggil dia kerja lepas tu gaji kasih tolak 60%.. sebab dia cara fikir salesman kereta kerja free punya so panggil dia kerja free sama dia punya boss.. kalau dia adalah boss.. pergi beli benda sama dia lepastu minta kos product tu.. sebab margin yang dia untungtu, tak sepatut.. sebab cara dia beli kereta pun macam tu…
mengarut, RM 2300 boleh bagi anak bini makan!! kepala acik dia… plus ingat senang ke nak jadi salesman ? ingat senang ke nak dapatkan approval loan lagi2 dapat client yg buat la macam mana pun tapi loan xlepas lepastu demand mcm2.. fikir balik jadi salesman nak bagi apa yang kau demand tu adalah 1 kos bagi diorng or senang cerita modal diorng untuk close sales, ada fikir tak kos dia habiskan topup dia? minyak kereta dia? beli free gift if company tak support? masa dia? all those expenses bila kau tolak balik commission dia baru brpe sen je la, and ingat banyak client tu confirm close sales ke? confirm approve loan ke? ada pikir x?
Assalam. Salam kenal. Saya merupakan seorang salesmen kereta. Nak bgtau seperti yg tuan email ni ckp, average komisyen 500-800 mmg btl la tapi kamu kena pikir. Klau seseorang salesmen tu, harap komisyen saja gaji basic tiada tapi cuma ada elaun. Cuba kira Ambik la komisyen pling bsr 800+insuranloan200+Elaun 300 = 1300 sahaja. Bayangkan la dalam bulan tu, salesmen tu cuma jual seunit kereta saja. Adakah ka dia dapat banyak seperti yg anda war warkan ? Cuba anda rasa kalau gaji anda kena minta oleh orang lain, anda rasa cukup ka tidak ? Boleh minta dgn salesmen tapi mindset ni betul2 sampah. Ada sesetangah orang faham tapi ada sesetangah orang ambik kesempatan seperti tuan punya email. Maaf cakap kasar sedikit. Terimi kasih