Salah satu perkara yang agak kontroversi dalam penulisan Robert Kiyosaki ialah belian mendakwa yang rumah adalah liability dan bukanlah aset pun.
Saya ada persetujuan di situ tentang apa yang dia tulis. Rumah yang saya duduk sekarang ini saya bayar tanpa dapat sebarang income duit daripadanya. Memang ianya liability yang memerlukan saya membelanjakan wang setiap bulan untuk membayar. Bukan sedikit, hampir mencecah 1/3 dari pendapatan saya.
Walau setuju dengan apa yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, saya turut menanggapnya sebagai aset. Ini adalah kerana:
- Kalau semua rumah nak dijadikan aset, nak tinggal di mana pula? Kalau menyewa pun, merupakan monthly expense juga.
- Untuk aset berharga iaitu anak-anak membesar dengan lebih selesa. Memangkan boleh saja kalau nak kurangkan liabiliti dengan cara beli rumah flat, yang bayar bulan-bulan rendah, tapi tak selesa untuk duduk. Tempat letak kereta pun perlu berebut, makin serabut.
- Nilai yang saya bayar sekarang adalah dalam zon perbelanjaan yang tidak membebankan.
- Rumah yang saya beli 3 tahun lepas telah meningkat nilainya sedangkan installment bulanan masih sama.
- Saya tidak menambah liability lain didalam rumah saya seperti Astro, bil eletrik dan air yang tinggi, perabot yang mahal. Dengan kata lain liability rumah ini diminimakan.
Suka saya nak tekankan di sini yang tak perlu tergesa-gesa nak commit untuk berhutang semata-mata nak miliki rumah impian, kesudahannya budget entah ke mana dan menanggung hutang sahaja yang lebih. Memang banyak juga kes rumah lelong yang memang telah cantik direnovate.
Tujuan saya kisahkan dalam entry ni ialah untuk mengingatkan rumah yang kita duduk sekarang ni adalah liability, jadi tak perlulah menambahkan lagi liability. Untuk mereka yang belum beli rumah, boleh pergi carilah rumah yang tidak begitu membebankan anda.
Bagi Rumah Selesa Kepada Keluarga
Ia memang merupakan satu perkara yang penting untuk kita bagi sebuah rumah yang selesa untuk keluarga kita. Pada pendapat saya adalah penting untuk menyelesaikan pinjaman rumah yang kita duduk secepat mungkin kerana ia adalah liabiliti selagi loan bank belum diselesaikan.
Robert Kiyosaki ada mencetus idea kepada saya dengan cara macam mana nak membayar loan bank dengan tulisan beliau di muka surat 74 dalam buku bertajuk “Rich Dah Poor Dad”.
Tulisan adalah macam ini: “When I want a bigger house, I first buy assets that will generate the cash flow to pay for the house.” …..
Tidak kiralah idaman atau tidak, kerana langit bukan selalu cerah. Rumah idaman boleh jadi bebanan dengan kos tambahan macam petrol, transportation, cost of living, security dan maintainance. Jika tak nak pening kepala, boleh saja sewa rumah dulu sampai ketemu rumah idaman yang dihajati.
Realiti Memiliki Sebuah Rumah Impian
Soalan apakah rumah impian anda dan soalan apakah rumah impian mampu milik anda adalah berbeza sama sekali.
Ikut impian yang tak ada batasan, aku nak duduk dalam istana, tanpa kena ikut sebarang adat istana. Untuk soalan rumah impian mampu milik? Ini jawapan aku:
Sebuah rumah Semi-D 1 1/2 tingkat, 4 bilik 3 bilik air. Tak minat banglo kos rasa terasing dan tak kabur, sekurang-kurangnya ada sorang jiran.
Kalau rumah 1 1/2 tingkat, biasanya di atas ada master bedroom, bawah ada 3 bilik, masa badan masih kuat dan sihat boleh tinggal di tingkat atas. Bila sudah jadi tua dan tak ada tenaga untuk naik tangga, bolehlah lepak di bawah tanpa perlu panjat tingkat. Kalau double story di bawah cuma ada 1 bilik, itu pun untuk maid yang kecil punya.
Cukup laa intro. Entry ni sekadar nak beri ingatan dalam memiliki rumah impian. Contohnya
- Rumah landed double story Semi-D.
- Renovate kitchen, ada island kt tengah, kitchen cabinet kayu cengal.
- Sofa Kulit, perabot yang mahal.
- LCD TV 50 inch, home theater dengan sound sistem yang mantap.
- Pintu pagar stainlees steel dengan bukaan automatik.
Tak salah nak miliki semua tu, cuma ukurlah baju dibadan sendiri. Sesuaikan kemampuan dengan hajat untuk memilikinya. Memang rumah adalah hutang yang baik, dan harga akan meningkat over the time, tapi masalahnya kalau tak mampu nak bayar installment pun tak guna juga.
Imagine, guna personal loan untuk renovate rumah, buat gate, beli perabot, semua bende hutang, setiap bulan memang habiskan gaji untuk bayar hutang.
Bayangkan seperti berikut:
- Tak ada bajet untuk bercuti sebab duit sudah habis bayar hutang untuk RUMAH IMPIAN.
- Tak balik kampung selalu sebab duit sudah habis bayar hutang untuk RUMAH IMPIAN.
- Bagi diskaun untuk duit hantar ke kampung sebab duit sudah habis bayar hutang untuk RUMAH IMPIAN.
- Anak bagi minum susu Lactogent sahaja sebab duit sudah habis bayar hutang untuk RUMAH IMPIAN.
- Teragak-agak nak tambah anak walaupun teringan sebab duit sudah habis bayar hutang untuk RUMAH IMPIAN.
- Tak boleh nak buat hutang lain sebab semua hutang dah pakai untuk beli rumah impian.
Bila keadaan jadi buruk, mungkin kesudahan rumah juga terlelong, maka sudah kena turun taraf menyewa pula.
Ini macam memberi ganjaran kepada kita tetapi ia tidak setimpal dengan apa yang kita capai.