Ingin memulakan perniagaan? Atau ingin mengembangkan perniagaan kecil-kecilan menjadi syarikat persendirian? Jika itu impian anda, mulakan terlebih dahulu dengan elemen penting yang perlu ada dalam perancangan perniagaan anda iaitu ringkasan eksekutif.
Apa Itu Ringkasan Eksekutif
Pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu ringkasan eksekutif? Dan kenapa ianya dianggap sebagai elemen penting untuk memulakan perniagaan? Untuk pengetahuan anda, ringkasan eksekutif adalah sebuah ringkasan atau perbincangan secara umum tentang profil syarikat anda.
Perkara ini dianggap sebagai elemen penting kerana ia membantu untuk memberitahu para pembaca perkara asas berkaitan syarikat anda seperti lokasi syarikat, visi, dan sebab syarikat anda akan berjaya. Dan apa yang lebih mengujakan adalah, sekiranya anda sedang tercari-cari bantuan kewangan atau pembiayaan, ia membantu untuk membuka ruang bagi merebut pelabur berpotensi itu.
Macam Mana Menyediakannya
Jadi, persoalannya, bagaimanakah cara bagi menyediakan ringkasan eksekutif perniagaan milikan tunggal? Tapi sebelum itu, jom kita berkenalan terlebih dahulu dengan apa itu perniagaan milikan tunggal.
Kalau nak tahu, perniagaan milikan tunggal ini merujuk kepada jenis perniagaan yang hanya dimiliki oleh seorang sahaja seperti yang dinyatakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Untuk lebih mudah difahami, pemilik akan menggunakan nama pemilik syarikat atau nama persendirian sebagai nama syarikat. Selalunya modal untuk menubuhkan syarikat ini tidaklah begitu besar dan bergantung kepada kemampuan pemilik syarikat itu sendiri.
Seterusnya, untuk pengetahuan anda, ringkasan eksekutif ini perlu dilampirkan di bahagian akhir di dalam rancangan perniagaan. Ini kerana, ia seperti pembuka selera dan penambah rasa di dalam makanan untuk menarik minat pembaca atau orang yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan berkenaan rancangan perniagaan anda.
Dalam bahasa mudah, ia seperti sinopsis bagi sebuah novel, walaupun ia berada pada muka surat akhir akan tetapi menjadi penentu sama ada pembaca akan tertarik untuk membelinya atau tidak.
Oleh sebab itu, jika anda berjaya menyediakannya dengan menarik dan hebat, berkemungkinan besar pembaca akan meneruskan pembacaan mereka bagi mengetahui secara lebih lanjut. Seterusnya, peluang mendapatkan pelaburan atau pembiayaan adalah tinggi.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang perlu ada dalam ringkasan eksekutif perniagaan milikan tunggal ini?
Pertama, anda perlu menyatakan visi dan misi syarikat di dalam laporan. Perkara ini penting bagi pelabur dan pembaca untuk mengetahui dimana hala tuju syarikat dalam membuat pertimbangan sama ada berbaloi atau tidak untuk melabur di syarikat anda.
Kedua, ceritakan serba sedikit tentang syarikat anda. Anda perlu memperkenalkan syarikat anda, apakah sejarahnya, berapakah pencapaian yang anda capai dan keadaan operasi anda sekarang.
Seterusnya, walaupun anda pemilik tunggal syarikat, anda boleh senaraikan sekali pengurusan kanan syarikat serta nyatakan dengan ringkas pengalaman dan pencapaian yang telah mereka perolehi sekiranya ada.
Namun begitu, sekiranya syarikat baru sahaja beroperasi, sebaiknya, fokuskan pada kelebihan diri anda sendiri terutamanya dari segi pengalaman dan latar belakang serta alasan mengapa memulakan perniagaan ini. Dalam masa yang sama, nyatakan sekali peluang dan keuntungan yang bakal diperolehi dengan keterlibatan anda dalam bidang ini.
Ketiga, jelaskan secara umum tentang produk atau perkhidmatan yang perniagaan anda tawarkan. Bagi menjadikannya lebih menarik, nyatakan kelebihan dan keunikan yang ditawarkan berbanding di syarikat lain.
Keempat, ceritakan tentang strategi pemasaran. Perkara ini penting untuk menarik minat pelabur, ini kerana, walaupun produk bagus, namun tanpa strategi pemasaran yang betul, produk itu akan gagal. Justeru itu, pelabur amat menitik beratkan perkara ini.
Seterusnya, anda perlu nyatakan tentang kos projek. Berapakah jumlah keseluruhan kos projek dan bagaimanakah caranya anda dapatkan modal untuk mengerakkan projek ini.
Kelima, ceritakan tentang prestasi kewangan syarikat anda. Sekiranya syarikat itu baru ditubuhkan, berikan gambaran secara ringkas terhadap unjuran kewangan yang bakal dijana oleh perniagaan tersebut.
Kalau nak tahu, perkara ini sebenarnya telah ada didalam perancangan perniagaan secara keseluruhan. Akan tetapi, para pelabur atau pembaca pasti tidak akan membuka helaian tersebut sebelum mereka membaca bahagian ini terlebih dahulu untuk mengenali tentang perniagaan anda.
Namun sekiranya ia tidak menarik, mereka pasti tidak akan membuka lembaran yang lain. Ini menunjukkan kepentingan bahagian ini.
Templat Ringkasan Eksekutif
SYARIKAT] adalah [JENIS PERNIAGAAN] yang didirikan pada [TARIKH] untuk (Tulis tentang matlamat utama syarikat anda – “idea besar.” Kalimat pertama ini bertujuan untuk menarik perhatian pembaca, dari segi yang mereka mudah fahami).
1. PRODUK
[SYARIKAT] menyediakan / membuat / menghasilkan / melayani (mengikut servis yang syarikat bekalkan) produk berikut:
- xxx
- xxx
- xxx
2. PASARAN
Pelanggan sasaran kami termasuk (siapa). Jumlah pasaran yang dapat dihubungi ialah [JUMLAH AMAUN]. [SYARIKAT] adalah pendapatan awal tetapi mendapat daya tarikan yang bermakna dengan pelanggan. Berdasarkan rancangan ini, [SYARIKAT] jangka bahawa kami akan dapat memperolehi sekurang-kurangnya [NOMBOR] peratus pasaran ini selama [NOMBOR] tahun akan datang.
3. PESAINGAN
Persaingan kami terdiri daripada [SIAPA]. Kelebihan daya saingan [SYARIKAT] terletak pada (Terangkan kelebihan daya saingan dan perbezaan syarikat anda di pasaran).
4. PENGURUSAN
[NAMA CEO], Ketua Pegawai Eksekutif [SYARIKAT], dibuat khusus untuk perniagaan ini kerana (keterangan). Anggota pasukan pengurusan yang lain termasuk:
[NAMA PENGURUS] – (maksimum 2 ayat untuk Pengalaman & Pendidikan Pengurus)
5. PEMBIAYAAN DIPERLUKAN
[SYARIKAT] mencari [JUMLAH AMAUN] untuk (Jelaskan bagaimana anda akan menggunakan modal yang diperolehi), yang akan membolehkan kami (Terangkan hasil yang diharapkan oleh pelabur dari ini). Matlamat utama kami adalah untuk menggunakan masa [NOMBOR] tahun untuk mencapai (MATLAMAT YANG INGIN CAPAI) melalui (IPO (walaupun susah untuk dicapai, tetapi masih mempunyai kemungkinan) / pemerolehan (kemungkinan besar, tetapi tidak mudah), dan lain-lain cara).
6. PROJEK KEWANGAN
[SYARIKAT] adalah pra-pendapatan, tetapi kami memiliki [NOMBOR] (Surat Niat, POs) yang akan membantu kami menjana pendapatan yang bermakna dalam jangka masa yang agak singkat. Unjuran 5 tahun kami berdasarkan kajian pasaran kami yang luas dan pengetahuan terperinci mengenai apa yang diperlukan untuk meningkatkan perniagaan ditunjukkan dalam grafik di bawah:
** Berikan visual jadual dan carta-carta di sini yang menunjukkan jalan pertumbuhan yang anda harapkan untuk permulaan bisnes anda. **
Sekiranya peluang bisnes syarikat kami ada dalam minat pelaburan anda, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui [TELEFON] atau [EMEL] kami.
Terima kasih atas pertimbangan anda.
[NAMA SYARIKAT]
_________________________________ ______________
[NAMA], [TAJUK] TARIKH
Baca juga: