Saya memang selalu dengar dan baca orang cakap tentang buku ini, tapi bila tengok pada harga buku ini di kedai buku MPH, saya dapati harganya agak mahal. Jadi bila jumpa buku ini dijual pada harga RM30 kelainan hari, saya terus sambar. Berikut adalah review saya tentang buku ‘Rich Dad Poor Dad’ ni.
Buku ini mengisahkan tentang Robert Kiyosaki yang mendapat didikan berkenaan wang dari dua orang ayah yang berlainan. Pada mulanya saya ingat Robert Kiyosaki ada ayah tiri. Bila saya terus baca, baru saya faham dia bukan ayah tir tetapi merupakan seorang ayah kawan dia yang bernama Mike.
Rich Dad – Ayah Mike
Poor Dad – Ayah kandung
Bermula kisah bagaimana Robert Kiyosaki berhajat untuk buat duit dan jadi kaya, dan hasilnya adalah dia mendapat pengajaran yang baik bila dia mula bekerja dengan Ayah Mike. Di situlah rich dad ajar dia apa yang orang kaya faham tentang duit. Di sinilah juga Robert Kiyosaki membuat perbandingan dengan apa yang ayah kandung dia faham dan cakap tentang duit.
Paling mudah, kalau poor dad akan cakap ‘we cannot afford’ tapi rich dad akan cakap ‘how to afford’. Selain tu, poor dad suruh Robert Kiyosaki work for money, yang bermaksud masuk ke kolej, dapat sijil dan lepas tu jadi pekerja. Manakala rich dad ajar dia tentang money work for us, which mean bekerja untuk belajar dan kemudian gunakan untuk janakan duit.
Selain itu juga Robert Kiyosaki bercerita tentang CASHFLOW, tentang pentingnya kita senaraikan 1) Aset dan Liability 2) Income dan Expense. Jadi untuk menjadi kaya, kita kena pastikan yang:
- Aset Banyak
- Income Banyak
- Liability Kurang
- Expense Kurang
Sangat mudah saja. Boleh kita cuba tanya pada diri sendiri, bagaimanakah kita, kalau liability dan expense lebih, memang sampai bila pun tak kaya.
Dalam buku ni juga terdapat falsafah kewangan yang memang menarik dan baik sekali. Falsafah itu yang saya sendiri pun setuju. Memang saya mengesyorkan anda untuk baca buku ini sebab ia memang berbaloi untuk meningkatkan kesedaran anda tentang apa yang telah kita salah aturcara untuk hidup kita tentang duit dan kekayaan.
Cara pengolahan idea-idea dan hujah-hujah dalam buku ini memang terbaik. Cuma pada pendapat saya, kita kena ambil pendekatan dari kedua-dua rich and poor dads. Seperti contoh, mula-mula pergi sekolah cari ilmu dan cari kerja yang bagus. Bila sudah dapat duit gaji baru guna pendekatan rich dad, jadikan duit untuk kerja kepada kita.
Rich Dad Guide to Investing | A Book Review
Ini merupakan buku kedua yang saya beli dengan duit saya jana dari pendapatan blog ini. Harganya RM25 yang saya beli di Kinokuniya di KLCC. Waktu tu, untuk tajuk ini cuma ada 1 sahaja. Jadi gembiralah saya untuk berkongsi sedikit berkenaan apa yang terkandung dalam buku ni. Lebih kepada book review atau ulasan buku.
Buku in setebal 513 muka surat. Dah mengalahkan novel John Grisham mahupan Sidney Sheldon. Nak menghabiskannya pun memang memakan masa yang lama, dengan nak buat kerja seharian, dengan nak blogging dan juga peranan sebagai bapa, memang tak boleh nak habiskan membaca dalam 2 – 3 hari.
Teringat bila saya layan novel dulu, saya ambil cuti sehari untuk habiskan baca novel. Buku bacaan saya kali ini sama ‘gian’ nya untuk terus membaca sampai ke penghujung. Berikut adalah apa yang mahu saya ceritakan dengan buku yang baru saya habis baca jumaat lepas.
Tajuk Buku : Guide To Investing; What the Rich Invest In, That the Poor and Middle Class Do Not
Penulis: Robert T. Kiyosaki with Sharon L.Lechter
Tebal: 513 muka surat
Ulasan:
Buku ini terbahagi kepada 5 Fasa panduan untuk pelabur
Fasa pertama lebih kepada persediaan mental dan beberapa ‘investor lesson’ yg perlu diketahui untuk memulakan pelaburan
Fasa Kedua bercerita tentang jenis-jenis investor yang diklasifikasikan oleh Rich Dad itu sendiri. Antaranya Accredited, Qualified, Sophisticated, Inside dan Ultimate Investor.
Fasa Ketiga banyak berkisah tentang bagaimana hendak memajukan perniagaan, terdapat satu panduan yang dikenali sebagai segitiga B-I yg sangat berguna menjadi tulang belakang sesuatu bisnes.
Fasa Keempat adalah berkenaan bagai hendak mengembangkan perniagaan dengan target untuk jadi Sophisticated dan Ultimate Investor.
Fasa Kelima adalah tentang ‘give it back’, kebanyakan mereka yang sudah kaya inilah yang paling banyak melakukan derma dan kerja amal. Kalau tidak kaya bagaimana nak menderma. Lagi satu ada mention lagi banyak memberi lagi banyak yang dapat balik.
Antara perkara yang boleh saya ingat ketika tulis entry ini ialah:
Orang Kaya Income Sikit Belanja Besar yang bermaksud, income sikit cuma atas kertas kerana orang kaya pandai ambil kesempatan atas tax advantage yang dikecualikan ke atas B dan I quadrant. Belanja besar pula bermaksud belanja untuk beli lebih banyak aset.
Saya tahu yang kalau nak kaya memang melalui perniagaan, buku ini mensarankan perniagaan juga kalau. Cuma apa yang menariknya ianya diolah lebih kemas dan membuatkan kita berfikir untuk memulakan perniagaan dengan kos yang minima, yang dengan cara kami mencipta aset dari ruangan aset itu sendiri.
Saya rasa sangat berpuas hati dengan membaca buku ini. Cuma perlu ‘tune’kan kepada citarasa Malaysia.
Baca juga: