Hujung minggu kebiasaannya ramai di kalangan kita akan menghabiskan masa bersama keluarga dan sahabat-handai. Namun hujung minggu bagi seorang yang bergelar usahawan adalah masa yang perlu lebih produktif dan proaktif.
Sedang sibuk orang ramai bercerita mengenai tayangan wayang, saya pulak sibuk bersedia untuk memberikan pengucapan umum kepada salah sebuah agensi insurans terkemuka di Malaysia iaitu Prudential BSN Takaful yang terletak di Wangsa Maju.
Sebelum mendapat tawaran menjadi speaker jemputan di sana, saya awal-awal lagi sudah bersedia melakukan segala persiapan terutamanya bersedia dengan secret weapon yang pasti menjadi tanda-tanya warga PruBSN di sana.
Majlis dijangka bermula jam 9:30 pagi dan seawal jam 8:00 pagi lagi saya sudah bertolak dari Shah Alam menuju ke Wangsa Maju. Saya datang awal ke sana ada sebabnya tersendiri. Sebabnya adalah untuk menghilangkan darah gemuruh nak berucap di hadapan khalayak ramai lah, apa lagi.
Teknik Pengucapan Umum
Salah satu teknik yang sehingga kini masih lagi digunapakai bagi mengelakkan berlakunya darah gemuruh untuk berucap di hadapan khalayak ramai adalah dengan datang awal di tempat ceramah yang akan dijalankan. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Bila sudah menyesuaikan diri, kita akan lebih yakin dan berani untuk berucap di hadapan. Kalau tak yakin, memang sudah boleh tentu bahawa kita akan terketar-ketar dengan suara, badan dan segala yang ada.
Topik yang diminta adalah berkenaan bagaimana untuk kita menjadi seorang usahawan yang smart. Saya ingatkan topik berkaitan imej atau pakaian, rupa-rupanya mereka suruh cerita macam-mana nak menjadi usahawan yang bijak dan cemerlang. Nasib baik topiknya relevan dengan slides, kalau tak memang share tanpa slides lah gamaknya.
Alhamdulillah, mereka yang hadir pada hari itu bukan calang-calang orangnya. Mereka adalah top agen yang membuat jualan tertinggi di kalangan warga PruBSN Wangsa Maju.
Rahsia Jualan Top Agen
Dalam usaha saya memberikan ceramah yang terbaik berkaitan dengan topik yang diberi, saya sempat menemu-ramah seorang yang paling top di kalangan yang top. Macam-mana tu? Pendek cerita yang terbaik dari ladanglah!
Berikut adalah intipati perbualan saya bersama beliau,
Saya: Bagaimana Puan Hajjah dapat menjadi salah seorang top agen untuk agensi insurans ini?
Puan Hajjah: Alhamdulillah, saya buat aje. Itu je.
Saya: Selain daripada tu?
Puan Hajjah: Ya, saya buat aje.
Saya: Terima kasih Puan Hajjah kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan.
Pada awalnya saya agak terpingga-pingga memikirkan apa yang tersirat di sebalik kata-kata beliau. Namun setelah diteliti dan diamati iainya adalah kuasa bertindak mengatasi segala-galanya. Ibarat Fast Action lah!
Sebenarnya rahsia yang tersirat di sebalik kejayaan yang tercipta adalah atas seberapa banyak tindakan yang kita ambil bukannya sebanyak dan selama mana kita berfikir untuk membuat sebarang tindakan.
Lewat ini ramai yang hanya menantikan ruang dan peluang itu hadir sendiri kepada mereka. Sekiranya hal ini terjadi, maka agak mustahil untuk kita mencapai apa yang diidamkan selama ini.
Ayuh, bertindaklah dan ambillah apa sahaja peluang yang ada di depan mata kita. Jangan sampai peluang yang ada dibiarkan begitu sahaja tanpa memberikan sebarang hasil dan impak kepada kehidupan kita terutamanya perniagaan yang dijalankan.
Baca juga: Jatuh Cinta Dengan Menjual