Web Analytics

Public Mutual Bagi Pulangan Dana PISTF

Beberapa hari dulu saya dapat surat dari Public Mutual yang memberitahu saya bahawa mereka mengagihkan pulangan untuk dana Public Islamic Select Treasure Fund yang saya laburkan dari akaun EPF.

Merujuk kepada statement tu, saya dapat agihan pulangan sebanyak RM 109.74. Saya sendiri bukan faham sangat macam mana ia dikira.

Kalau tengok dalam statement yang saya terima itu, ia ada tulis dengan:

  • Gross Distribution: 1.25
  • Net Distribution: 1.1776
  • Total Returns: 3.27

Aku sendiri tak faham, kalau kira total return tak sama dengan gross distribution + net distribution. (Siapa yang tahu mungkin boleh tolong jelaskan kepada saya)

Public Mutual Fund

Yang saya tahu ialah bila convert jadi unit, RM 109.74 tu akan bahagi dengan reinvested NAV (0.2568) dapatlah 427.34 unit. Dan current balance unit ialah unit asal 9,320.39, jadilah 9,747.73 unit.

Saya tidak ambil berat sangat tentang macam mana semua angka ini dikira tapi apa yang pasti ialah saya tahu bagaimana nak terjemahan semua jumlah unit ini untuk jadi RM. Saya boleh dapatnya dengan darapkan unit yang saya dapat itu dengan NAV.

Senang saya kira, unit yang aku ada 9,747.73 x harga sekarang = 94,747.73 x 0.2672 = RM 2,531.63

Saya mula buat laburan lebih dari 2 tahun dulu dengan amaun pelaburan RM 2,400. Setelah 27 bulan saya dapat RM 2,531.63. Ini bermakna selepas saya membuat pelaburan untuk 27 bulan atau 2.25 tahun dalam Public Islamic Select Treasure Fund, saya cuma dapat kenaikan RM 131.63 untuk pelaburan saya.

Keuntungan yang saya dapat memang masih sedikit saja. Apapun saya sedar dengan kesilapan yang saya buat. Mari kita sama-sama belajar:

1) Untuk kebelakangan beberapa tahun memang adalah hard time untuk ekonomi, jadi terdapat banyak fund yang mengalami kejatuhan harga untuk fund mereka. Saya tak sepatutnya membeli unit trust pada masa puncak kenaikan ekonomi.

2) Saya patut tunggu sampai fund jatuh dan adu ura2 akan pick up baru beli

3) Saya tidak sepatutnya beli fund yang baru mula dijual. Seperti yang aku tengok dalam sejarah permulaan kebanyakan fund baru akan announce distribution selepas 2 tahun baru bagi distribution. Sama macam PISTF, lepas 2 tahun baru merasa.

4) Pada masa beli nak umumkan dividen, good strategy juga. Kalau nak dapat nice distribution memang mantaplah, kena pula NAV naik, tak payah tunggu 5 tahun pun tak apa sebab sudah boleh generate banyak duit.

5) Agen perlu yang berkualiti yang macam PISTF. Agen berhenti 3 bulan lepas tu. Jadi agen ni kena tahu juga bagaimana keadaan ekonomi, fund mana satu yang bagus, mana satu mempunyai risiko yang tinggi dan mana satu mempunyai rekod return yang bagus.

6) Kita sebagai pembeli unit trust pun kena ada ilmu pengetahuan yang tertentu. Kita kena tahu mana satu fund yang baik dan mempunyai potensi untuk jana keuntungan yang dijangkakan. Mana fund yang baloi untuk dilaburkan, jenis risiko yang ada, dan sebagainya.

Kenapa NAV Unit Trust Jatuh?

Boleh anda cuba fikir, kenapa NAV unit trust yang kita beli biasanya akan jatuh lepas buat announcement tentang distribution atau bagi bonus?

Selain ini, ada lagi satu yang juga perlu kita fikirkan, berapa nilai RM yang kita ada dalam unit trust ni sebelum dan selepas announcement distribution atau beri bonus?

Memang semua fund akan turun NAV lepas declare sesuatu dividend. Ini adalah sebab untuk semua orang dapat nikmati keuntungan ini bersama. Kalau orang yang beli sesuatu fund tu pada harga 0.25 sebelum declare dividen, kemudian lepas declare dividen dia dapat untung. Betul tak?

Kalau lepas declare dividen harga unit akan jatuh, siapa yang beli lepas tu memang akan buat keuntungan daripada pelaburan mereka dalam unit trust sebab pada masa itu harga mestilah murah.

Ia adalah sama seperti before and after, tetapi lepas declare dividen kalau nav naik, kita akan darapkan amaun itu dengan jumlah unit yang baru, kalau ia turun, mungkin kita akan rasa kesallah untuk tambah beli lagi unit trust ini.

Monitor Pelaburan Kita Sendiri

Pada saya, memang kita sebagai pelabur kenalah selalu monitor fund price kalau kita invest dengan guna cash. Kalau sudah sampai certain target, baik kita jual saja semua unit dan keluarkan duit dulu daripadanya.

Di samping untuk monitor sendiri, agen juga kena main peranan penting untuk monitor. Jika ada apa-apa situasi berlaku, mereka patu beritahu kepada pelanggan-pelanggan mereka pada masa pertama.

Tetapi kebanyakan daripada kita juga tahu bila masuk unit trust ni tak bolehlah kita harapkan agen sangat. Terdapat agen yang jadi agen cuma dengan tujuan untuk dapat komisen saja. Bila dah deal, memang mereka bukan peduli sangat lagi dengan pelanggan itu.

Kita sendiri yang perlu jaga portfolio kita. Macam kawan saya dia ada masuk RM 31,000 ke dalam satu Public Mutual juga. Dia cakap kalau pada masa dia labur dan ikut agen tanpa buat apa-apa, bila market down dia sudah akan rugi sekurang-kurangnya RM 4,000 – 5,000. Jadi dia selalu pantau sendiri, dan monitor performance dana dia sendiri.

Dia yang selalu ingatkan saya bahawa pelaburan adalah untuk jangka panjang, bukan untuk jangka pendek.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!