Bank Islam merupakan bank pertama yang menjalankan perniagaan berasaskan Syariah di Malaysia dan Asia Tenggara. Syarikat ini memegang saham yang utama dalam Syarikat Takaful Malaysia Berhad, yang merupakan penyedia insurans Islam. Syarikat ini juga mempunyai perniagaan dalam tawaran pelbagai pinjaman loan, modal teroka, unit amanah, pembrokeran saham, perbankan luar pesisir, dan lain-lain.
Perbankan Berasaskan Syariah
Bank Islam ditubuhkan pada tahun 1983 untuk memenuhi keperluan kewangan untuk semua warganegara Muslim di Malaysia. Kini bank ini ada menyediakan lebih daripada 70 produk kewangan dan penyelesaian perbankan yang berlandaskan hukum-hukum Syariah. Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq.
Terdapat 3 pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam. Pembiayaan ini adalah:
- Pembiayaan Peribadi Untuk Program Profesional (Personal Financing For Professional Program)
- Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej (Personal Financing-i Non Package)
- Pembiayaan Peribadi-i Pakej (Personal Financing-i Package)
- Personal Cash Line-i
- Personal Cash Line-i Secured
1. Pembiayaan Peribadi Untuk Program Profesional
Pemohon mesti mempunyai pekerjaan professional dalam bidang yang terpilih. Pinjaman ini sesuai untuk pekerja swasta professional juga tetapi ia tidak dilayak dimohon untuk bekerja sendiri atau untuk pesara.
Ciri-ciri pembiayaan ini:
Jumlah pembiayaan adalah di antara RM10,000 sampai RM300,000 berdasarkan had kelayakan pemohon.
Tempoh bayaran maksimum adalah 10 tahun (120 bulan) atau sehingga umur persaraan, lihat mana satu yang lebih awal.
Tawaran Kadar Pembiayaan Dengan Perlindungan Takaful
Kadar Terapung
- 1-3 tahun: Kadar Asas (BR) + 1.90% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
- 4-10 tahun: Kadar Asas (BR) + 2.11% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
Tawaran Kadar Pembiayaan Tanpa Perlindungan Takaful
Kadar Terapung
- 1-3 tahun: Kadar Asas (BR) + 3.38% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
- 4-10 tahun: Kadar Asas (BR) + 5.28% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
Terma dan Syarat
- Pemohon mestilah berumur di atas 25 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran.
- Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon perlu mempunyai pekerjaan profesional dalam bidang Doktor Perubatan, Doktor Gigi, Akauntan, Jurutera, Juruterbang, Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan, Pegawai Farmasi, Doktor Haiwan, Pakar Optometris atau Pakar Optik, Juruukur Bahan dan Aktuari.
- Mempunyai pendapatan tetap dengan minimum RM3,500.
Dokumen Yang Diperlukan
- Kad pengenalan
- Slip gaji 1 bulan terkini
- Penyata kredit gaji 1 bulan terkini
- Surat Pengesahan Majikan (ECL)
- Penyata i-Akaun KWSP
Kaedah dan Cara Pembayaran
- Potongan gaji.
- Pemindahan gaji ke Bank Islam dengan arahan Auto debit.
- Arahan Tetap dari Bank lain (dari akaun dikreditkan gaji).
Kebaikan
- Tempoh bayar balik yang fleksibel.
- Dapat kelulusan yang cepat.
2. Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej
Ciri-ciri pembiayaan ini:
Jumlah pembiayaan adalah di antara RM10,000 sampai RM150,000 berdasarkan had kelayakan pemohon.
Tempoh bayaran maksimum adalah 10 tahun (120 bulan) atau sehingga umur persaraan, lihat mana satu yang lebih awal.
Tawaran Kadar Pembiayaan Dengan Perlindungan Takaful
Kadar Tetap
- 1 – 3 tahun: 4.5% p.a. (Tetap). (Keuntungan dikira setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 4 – 8 tahun: 4.9% p.a (Tetap). (Keuntungan dikira setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 9 – 10 tahun: 5.50% p.a. (Tetap). (Keuntungan dikira setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
Tawaran Kadar Pembiayaan Tanpa Perlindungan Takaful
Kadar Tetap
- 1 – 3 tahun: 5.5% p.a. (Tetap). (Keuntungan dikira setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 4 – 8 tahun: 5.9% p.a (Tetap). (Keuntungan dikira setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 9 – 10 tahun: 6.5% p.a. (Tetap). (Keuntungan dikira setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
Terma dan Syarat
- Pemohon mestilah berumur di atas 25 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran.
- Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia.
- Memperoleh pendapatan tetap minimum RM3,500 sebulan.
Pemohon mestilah merupakan seorang pekerja tetap dalam syarikat berhad.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan.
- Slip gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan majikan terkini.
- Sekurang-kurangnya satu (1) daripada berikut:
- Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA / EC).
- Penyata Bank 3 bulan terkini akaun kredit gaji; atau
- Sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP, jika diperlukan.
Kaedah dan Cara Buat Pembayaran
- Potongan gaji.
- Pemindahan gaji ke Bank Islam dengan Arahan debit automatik.
- Arahan Tetap dari Bank lain (dari akaun dikreditkan gaji).
Kebaikan
- Tiada caj tersembunyi.
- Harga jualan adalah tetap dan jelas diketahui.
- Pemohonan senang lulus dengan cepat.
- Memperolehi kadar faedah yang berpatutan.
3. Pembiayaan Peribadi-i Pakej
Pembiayaan Peribadi-i Pakej yang ditawarkan oleh Bank Islam merupakan pinjaman peribadi Islamik yang tidak bercagar yang bermaksud tiada sebarang jaminan yang diperlukan.
Ciri-ciri pembiayaan ini:
Jumlah pembiayaan adalah di antara RM10,000 sampai RM300,000 berdasarkan had kelayakan pemohon.
Tempoh bayaran maksimum adalah 10 tahun (120 bulan) atau sehingga umur persaraan, lihat mana satu yang lebih awal.
Tawaran Kadar Pembiayaan Dengan Perlindungan Takaful
Kadar Terapung(Base Rate)
- 1-3 tahun: Kadar Asas (BR) + 1.90% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
- 4-10 tahun: Kadar Asas (BR) + 2.00% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
Tawaran Kadar Pembiayaan Tanpa Perlindungan Takaful
Kadar Terapung(Base Rate)
- 1-3 tahun: Kadar Asas (BR) + 3.38% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
- 4-10 tahun: Kadar Asas (BR) + 5.28% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Bulanan Rehat”).
Kadar Tetap
- 1 – 10 tahun: 5.99% p.a. (Keuntungan dikira setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
Terma dan Syarat
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran.
- Pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia.
- Memperoleh pendapatan tetap minimum sebanyak RM2,000 sebulan.
- Pemohon mesti adalah seorang pekerja tetap dalam salah satu syarikat berikut:
- Sektor Awam atau Kerajaan(kakitangan kerajaan, penjawat awam, guru, jururawat layak mohon)
- Syarikat Tersenarai Awam Terpilih
- Anak Syarikat Kerajaan atau Syarikat Tersenarai Awam Terpilih
- Syarikat Terhad Swasta Terkenal lain yang dikategorikan di bawah syarikat pakej yang disenaraikan oleh Bank Islam
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan.
- Slip gaji 3 bulan terkini.
- Surat pengesahan majikan terkini.
- Penyata Bank 3 bulan terkini akaun kredit gaji.
- Dan sekurang-kurangnya satu (1) daripadanya:
- Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA / EC).
- Sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP, jika diperlukan.
Fi Wakalah
- Caj sebanyak RM50 sebab menjadi ejen pelanggan untuk menjual komoditi kepada broker.
Kaedah Pembayaran
- Potongan gaji.
- Pemindahan gaji ke Bank Islam dengan Arahan debit automatik.
Kebaikan
- Mendapat kadar interest yang berpatutan.
- Tiada caj tersembunyi.
- Tidak ada penjamin yang diperlukan.
- Tanpa perlu deposit.
- Tanpa perlu buat bayaran pemprosesan.
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel.
- Harga jualan adalah tetap dan jelas diketahui.
- Boleh dapat kelulusan pembiayaan dengan cepat.
4. Personal Cash Line-i
Personal Cash Line-i ditawarkan kepada pengguna yang ingin buat pembiayaan terhadap Deposit Tetap, Pelaburan Berstruktur atau Unit Amanah.
Ciri-ciri pembiayaan ini:
Jumlah pembiayaan maksmum adalah RM10,000.
Margin Pembiayaan
- Pemohon boleh dapat pinjaman sehingga 100% jika dijamin dengan simpanan tetap.
- Pemohon boleh dapat pinjaman sehingga 80% jika dijamin daripada pelaburan berstruktur.
- Pemohon boleh dapat pinjaman sehingga 60% jika dijamin daripada unit amanah
Tempoh Pembayaran
Dijamin daripada deposit tetap atau pelaburan berstruktur:
- Maksimum 5 tahun (60 bulan) tanpa had umur.
Dijamin daripada amanah saham:
- Maksimum 5 tahun (60 bulan) atau sehingga umur persaraan atau sehingga 70 tahun, lihat mana yang lebih awal.
Kadar Terapung (Kadar Dasar [BR]): 1-5 tahun: BR + 3,95% p.a
Terma dan Syarat
Dijamin daripada deposit tetap atau pelaburan berstruktur
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon mesti adalah seorang pekerja yang mempunyai gaji bulanan atau hak milik perkongsian.
Dijamin daripada amanah saham
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan sehingga umur persaraan atau 70 tahun (umur kemasukan terakhir pada usia 65 tahun).
- Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia.
- Memperoleh pendapatan tetap minimum sebanyak RM1,500.00 sebulan.
- Pemohon mesti adalah seorang pekerja yang mempunyai gaji bulanan atau hak milik tunggal/perkongsian.
- Untuk hak milik tunggal/perkongsian, pemohon mesti merupakan seorang perniaga yang mempunyai minimum 2 tahun dalam perniagaan.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon yang dijamin daripada deposit tetap atau pelaburan berstruktur
- Pekerja Makan Gaji
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip gaji terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini akaun dikreditkan gaji
- Pemohon yang merupakan pemilik tunggal/perkongsian
- Salinan Kad Pengenalan
- Pendaftaran perniagaan
- Penyata akaun semasa 6 bulan terakhir
Pemohon yang dijamin daripada Unit Amanah
- Pekerja Makan Gaji
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini akaun dikreditkan gaji
- Dan sekurang-kurangnya satu (1) perkara berikut:
- Penyata pendapatan terkini (Borang B / eBE / EA / EC); atau
- Sebarang dokumen sokongan pendapatan terkini seperti penyata KWSP
- Pemilik Tunggal / Perkongsian
- Salinan Kad Pengenalan
- Pendaftaran perniagaan
- Penyata akaun semasa 6 bulan terakhir
- Penyata pendapatan tahunan terkini (Borang BE / B) dengan resit pembayaran
- Penyata kewangan perniagaan 2 tahun terakhir
Kebaikan
- Mendapat kadar faedah yang berpatutan.iada bayaran komitmen.
- Tiada caj tersembunyi.
- Tidak ada penjamin yang diperlukan.
- Tanpa bayaran pemprosesan.
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel.
- Harga jualan adalah tetap dan jelas diketahui.
- Boleh dapat tempoh lulus yang cepat.
5. Personal Cash Line-i Secured
Personal Cash Line-i ditawarkan kepada pengguna yang ingin buat pembiayaan terhadap Deposit Tetap, Pelaburan Berstruktur atau Unit Amanah.
Ciri-ciri pembiayaan ini:
Jumlah pembiayaan maksmum adalah RM5,000.
Margin Pembiayaan
- Pemohon boleh dapat pinjaman sehingga 100% jika dijamin dengan simpanan tetap.
- Pemohon boleh dapat pinjaman sehingga 80% jika dijamin daripada pelaburan berstruktur.
- Pemohon boleh dapat pinjaman sehingga 60% jika dijamin daripada unit amanah
Tempoh Pembayaran
Dijamin daripada deposit tetap atau pelaburan berstruktur:
- Maksimum 5 tahun (60 bulan) tanpa had umur.
Dijamin daripada amanah saham:
- Maksimum 5 tahun (60 bulan) atau sehingga umur persaraan atau sehingga 70 tahun, lihat mana yang lebih awal.
Kadar Terapung (Kadar Dasar [BR]): Kadar keuntungan – Kadar Asas (BR) + 3.95%
Terma dan Syarat
Dijamin daripada deposit tetap atau pelaburan berstruktur
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon mesti adalah seorang pekerja yang mempunyai gaji bulanan atau hak milik perkongsian.
Dijamin daripada amanah saham
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan sehingga umur persaraan atau 70 tahun (umur kemasukan terakhir pada usia 65 tahun).
- Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia.
- Memperoleh pendapatan tetap minimum sebanyak RM1,500.00 sebulan.
- Pemohon mesti adalah seorang pekerja yang mempunyai gaji bulanan atau hak milik tunggal/perkongsian.
- Untuk hak milik tunggal/perkongsian, pemohon mesti mempunyai minimum 2 tahun dalam perniagaan.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon yang dijamin daripada deposit tetap atau pelaburan berstruktur
- Pekerja Makan Gaji
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip gaji terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini akaun dikreditkan gaji
- Pemohon yang merupakan pemilik tunggal/perkongsian
- Salinan Kad Pengenalan
- Pendaftaran perniagaan
- Penyata akaun semasa 6 bulan terakhir
Pemohon yang dijamin daripada Unit Amanah
- Pekerja Makan Gaji
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini akaun dikreditkan gaji
- Dan sekurang-kurangnya satu (1) perkara berikut:
- Penyata pendapatan terkini (Borang B / eBE / EA / EC); atau
- Sebarang dokumen sokongan pendapatan terkini seperti penyata KWSP
- Pemilik Tunggal / Perkongsian
- Salinan Kad Pengenalan
- Pendaftaran perniagaan
- Penyata akaun semasa 6 bulan terakhir
- Penyata pendapatan tahunan terkini (Borang BE / B) dengan resit pembayaran
- Penyata kewangan perniagaan 2 tahun terakhir
Kebaikan
- Mendapat kadar faedah yang berpatutan.iada bayaran komitmen.
- Tiada caj tersembunyi.
- Tidak ada penjamin yang diperlukan.
- Tanpa bayaran pemprosesan.
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel.
- Harga jualan adalah tetap dan jelas diketahui.
- Boleh dapat kelulusan pembiayaan dengan cepat.
Jadual Bayaran Ansuran Bulanan Pinjaman
Apa itu Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam(Bank Islam Personal Financing-i )?
Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam adalah pembiayaan terjamin atau tidak dijamin yang ditawarkan oleh bank tersebut dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi. Pembiayaan ini dikira berdasarkan kadar tetap atau kadar berubah(variable rate).
Bolehkah saya memohon pinjaman peribadi ini sekiranya saya disenarai hitam(blacklisted) oleh CTOS?
Bukan semua bank akan batalkan permohonan dari seseorang yang telah blacklist oleh CTOS. Walaupun kredit yang buruk memang tidak dilayani baik oleh pihak bank.
Bank yang berlainan mempunyai metrik yang tidak sama ketika mempertimbangkan status kredit seseorang.
Anda dapat meningkatkan permohonan pinjaman anda jika anda telah disenarai hitam. Apa yang anda boleh buat adalah dengan dapatkan penjamin atau dengan menjanjikan aset cagaran seperti rumah atau FD yang anda ada.
Berapa lama proses yang ambil untuk permohonan pinjaman ini?
Tempoh yang ambil untuk proses permohonan anda biasanya ambil 5-7 hari. Lepas tu anda akan diberitahu sama ada permohonan anda lulus atau tidak. Tapi ini cuma anggapan saja. Jika selepas tempoh masih anda tidak terima sebarang maklumat dari bank, boleh anda cuba untuk hubungi bank berkenaan dan check status.
Ada apa cara pengiraan yang boleh saya buat sebelum membuat pinjaman?
Jika anda perlu buat kiraan untuk pinjaman anda, atau ingin tahu cara kira kelayakan anda, boleh anda pakai calculator yang disediakan oleh Bank Islam ini.
Adakah saya akan dikenakan caj jika saya buat penamatan awal (early settlement) untuk pinjaman saya?
Tidak, and tidak akan kena apa-apa dengan buat penamatan awal.
Anda boleh pilih untuk melunaskan pinjaman anda pada bila-bila masa sebelum tempoh matang kerana tidak ada lock in period. Sebenarnya, anda akan menerima rebat ‘(lbra) jika buat penamatan awal bagi pinjaman yang anda buat.
Ada caj dikenakan jika saya lewat bayar?
Bayaran tanpa potongan angkasa tidak wujud untuk pinjaman ini. Sebanyak 1% daripada baki pinjaman akan dikenakan jika anda lewat bayar. Katakan baki tunggakan anda adalah RM8,000, maka anda perlu bayar caj lewat bayar sebanyak RM80.
Apa itu moratorium pembayaran pembiayaan automatik?
Moratorium ini merupakan penangguhan sementara atau penggantungan kewajiban pembayaran pembiayaan (prinsipal dan keuntungan) untuk tempoh masa yang terhad.
Dalam tempoh ini, pelanggan yang memenuhi syarat tidak perlu membayar bayaran lewat atau penalti.Keuntungan akan terus terakru pada pembayaran pembiayaan yang ditunda dan pelanggan perlu menjelaskan pembayaran tertunda pada masa hadapan. Bayaran pembiayaan bersambung semula selepas tempoh moratorium.
Macam mana cara memohon pinjaman peribadi tersebut?
Boleh anda mohon secara online dengan ikut pautan ini.
Pembiayaan Peribadi – Bank Islam vs Bank Rakyat
Baca juga: