Adakah anda memerlukan wang tunai yang cepat? Pinjaman peribadi boleh menjadi sesuatu yang sangat berfaedah, terutamanya jika anda mempunyai hutang di pelbagai tempat.
Terdapat pelbagai sebab kenapa seseorang perlu buat pinjaman peribadi dan antaranya termasuk penyatuan hutang, pembelian barangan dengan harga tinggi, dan juga untuk perkara kecemasan.
Anda boleh menggunakan pinjaman untuk membayar atas perbelanjaan perkahwinan, persalinan, pembaikan rumah, atau bil perubatan. Kebanyakan pinjaman akan diluluskan berdasarkan kepercayaan kredit anda.
Jika anda tidak mempunyai masa untuk meningkatkan markah kredit anda, anda boleh memohon pinjaman peribadi dari syarikat pinjaman tanpa perlu semak atas markah kredit anda. Ia mungkin bukan idea yang bijak, tetapi mungkin juga untuk anda dapat pinjaman dengan lebih cepat.
Walaupun anda tidak dapat kawal apabila terdapat sesuatu perbelanjaan besar yang berlaku dalam hidup anda, tetapi anda boleh membuat keputusan kewangan yang betul.
Melalui pinjaman peribadi, anda boleh dapat wang di tangan anda hanya dalam beberapa hari dan boleh menjadi cara yang paling baik bagi anda dapatkan duit dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan sesuatu yang perlukan wang kecemasan ini
Walaubagaimanapun, sebelum anda membuat keputusan untuk membuat permohonan pinjaman peribadi kecemasan, ia adalah penting untuk anda memahami kebaikan dan keburukan tentang pembiayaan ini dan anda akan dapat buat bandingan dan akhirnya dapat keputusan yang lebih tepat dan bijak.
Kebaikan
1. Dapat kadar faedah yang baik
Kadar faedah untuk pinjaman peribadi adalah lebih baik berbanding dengan kadar kad kredit. Bagi pemohon yang mempunyai sejarah kredit yang baik dan boleh dipercayai, kadar pinjaman peribadi mereka akan jadi sangat rendah.
Secara umumnya, anda tidak akan perlu beri cagaran kepada pihak peminjam bila anda buat pinjaman peribadi. Ia tidak seperti gadai janji atau pinjaman ekuiti rumah yang dijamin dengan cagaran rumah anda. Kebanyakan pinjaman peribadi adalah tidak bercagar. Ini amat menarik kepada mereka yang tidak mempunyai barangan bernilai untuk digunakan sebagai cagaran.
2. Serbaguna
Pinjaman peribadi mungkin merupakan pertaruhan terbaik untuk membiayai impian anda, dengan peminjam menawarkannya untuk tujuan perbelanjaan yang sah. Kebanyakan produk pinjaman lain adalah tegar apabila menggunakan wang, tetapi seseorang boleh menggunakan pinjaman peribadi untuk apa sahaja yang mereka kehendaki.
Sama ada mereka gunakannya untuk bercuti, membeli telefon atau TV baru, membaik pulih rumah, membayar yuran pengajian, dan lain-lain. Ini adalah sebab mengapa pinjaman peribadi sering dianggap sebagai satu pinjaman yang paling ideal bagi kebanyakan orang.
3. Proses permohonan yang cepat lulus
Kebanyakan peminjam yang bereputasi akan menawarkan aplikasi pinjaman peribadi dalam talian. Dengan ini, ia menjadikan proses permohonan selesa dan mudah. Di samping itu, pinjaman peribadi tidak memerlukan banyak dokumen seperti jenis pinjaman lain.
Walaupun pinjaman peribadi biasanya diproses dengan cepat, ia adalah baik untuk anda menghubungi pemberi pinjaman untuk mengetahui berapa lama masa ia akan ambil, terutamanya apabila wang tunai diperlukan dengan cepat untuk kecemasan.
4. Beli sekarang, bimbang lain hari
Mungkin anda sedang mnyediakan perkahwinan anda, atau anda memerlukan duit untuk percutian bagi keluarga anda. Pinjaman peribadi adalah cara mudah untuk membantu anda dalam keadaan ini dalam masa sekarang dan anda cuma perlu bayar balik pada hari lain.
5. Buat dana kecemasan
Anda mungkin selalu tidak cukup duit untuk semua perbelanjaan bagi sesetengah bulan. Jika anda tidak mempunyai sebarang dana yang anda simpan, mungkin anda akan megalami masalah kewangan.
Dalam senario sedemikian, tanpa menunggu kecemasan berlaku, lebih bijak untuk anda mendapatkan pinjaman untuk membuat dana kecemasan. Ia boleh menjadi perbelanjaan perubatan atau yuran sekolah anak-anak anda yang tiba-tiba anda perlu mengambil.
Keburukan
1. Kadar faedah yang tinggi
Walaupun kadarnya mungkin lebih rendah dari kad kredit, tetapi kadar faedah untuk pinjaman peribadi masih adalah lebih tinggi, terutamanya disebabkan oleh hakikat bahawa pembiayaan ini tidak perlukan barangan bercagar.
Kadar faedah adalah di antara 12 dan 20% setahun, yang biasanya lebih tinggi daripada pinjaman lain. Ini boleh menjadikan seseorang menghadapi kesusahan untuk bayar balik pinjaman jika mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi.
2. Perlu markah kredit yang baik
Oleh kerana pinjaman ini agak berisiko, kebanyakan peminjam menuntut pemohon mereka untuk mempunyai taraf kredit yang baik. Oleh itu jika taraf kredit anda adalah kurang baik yang disebabkan kegagalan membayar sebarang pinjaman, permohonan anda mungkin akan ditolak. Oleh itu, ketersediaan pinjaman ini adalah tertakluk kepada kelayakan yang ketat berdasarkan kelayakan kredit.
3. Anda boleh terperangkap dalam kitaran hutang
Sekiranya anda menggunakan pinjaman peribadi untuk penyatuan hutang, ingatlah bahawa anda masih mempunyai hutang lama. Cuma ia sekarang kelihatan macam lain saja.
Jika anda menghapuskan hutang kad kredit anda dengan pinjaman peribadi dan kemudian mula mengecas baki hutang yang lebih besar lagi, anda akan menggali diri anda ke dalam lubang yang lebih dalam lagi.
4. Pemindahan hutang
Pinjaman peribadi adalah pilihan yang bukan baik sangat jika anda perlu menggabungkan hutang, namun ia bukan pembetulan tetap. Anda hanya memindahkan hutang anda dari satu atau berbilang sumber kepada pinjaman peribadi anda, dan anda masih perlu membayar kadar faedah yang dikenakan atas pinjaman ini.
5. Penalti bayar balik lebih awal
Apabila anda meminjam wang dengan kad kredit, anda boleh mengelakkan membayar faedah dengan hanya membayar baki penuh sebaik sahaja anda mampu bayar. Tetapi dengan pinjaman peribadi, itu mungkin tidak jadi. Kebanyakan bank akan mengenakan bayaran penalti prabayar jika anda membayar pinjaman anda lebih awal dari tempoh habis bayar.
Pinjaman peribadi boleh menjadi pilihan yang sangat pintar untuk mengatasi keperluan kewangan tertentu, tetapi harus juga anda ingatkan kebaikan dan keburukan yang berkaitan dengannya supaya anda boleh membuat keputusan yang paling baik.
Baca juga:
Ingin memohon pinjamAn peribadi
saya ingin membuat pinjam segera dalam masa 24jam