Web Analytics

Pinjam Sama Along – Kronik Tahap Terminal

Hari ni aku nak simulate bagaimana perkiraan jika anda buat pinjaman dengan Along dan berhutang dengan mereka. Along biasa buat periklanan dengan tawaran bayaran yang rendah seperti pinjaman dengan tambahan 3% rate saja (depend kepada along juga berapa rate).

Adakah Tawaran Kadar Faedah 3% Betul-Betul Rendah?

Tetapi perlu anda tahu bahawa 3% tu adalah kadar untuk sebulan dan bukan setahun. Biasanya Along ni paling senang nak dapat pinjam tapi dia punya kadar juga tinggi nak mampus.

Sebagai contoh, jika aku buat pinjaman RM 5,000 dengan kadar faedah 3% sebulan, bulan selepas itu aku perlu bayar 3% dari baki baru.

Jka anda tidak berapa faham dengan penerang di atas, tidak apa. Boleh kita semak excel file yang aku simulate dengan kadar faedah 3% sebulan buat selama 6 tahun. Aku buat asal pinjaman itu adalah RM 5,000 sahaja.

kadar pinjaman along

Merujuk kepada kiraan excel file yang disediakan di atas, boleh kita tahu bahawa selepas 72 bulan, kalau seseorang yang buat pinjaman dengan Along tidak buat sebarang bayaran dari RM 5,000 asas yang dia pinjam itu, lepas 72 bulan ia sudah jadi lebih daripada RM 40,000.

Jadi apa yang dapat dipastikan di sini adalah hutang anda akan jadi sangat banyak sekiranya anda buat pinjaman sama Along dengan kadar 3% sahaja. Waktu ni Along mesti sudah simbah cat kaler merah di rumah anda.

Along Membuat Anda Percaya bahawa Anda Tidak Mempunyai Pilihan Lain

Mereka yang meminjam dari pemberi pinjaman wang haram seperti Along biasanya tidak mempunyai dokumen yang diminta oleh bank atau pemberi pinjaman berlesen. Dan kebanyakan daripada mereka perlu mendapatkan wang secepat mungkin. Along dapat memenuhi permintaan mereka dengan menjanjikan untuk memberi pinjaman peribadi yang tidak memerlukan sebarang dokumen dan apa yang lebih baik ialah ia dapat dilunaskan dengan segera.

Walau bagaimanapun, anda harus cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank atau peminjam berlesen sebelum memikirkan untuk dapat pinjaman dari Along. Terdapat banyak bank tempatan dan syarikat pinjaman wang yang sah kini dapat memproses permohonan pinjaman dan melepaskan wang yang disetujui dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak mempunyai dokumen, pemberi pinjaman wang berlesen akan menjadi alternatif terbaik untuk anda.

Mereka yang mempunyai rekod kredit yang buruk di CTOS atau disenarai hitam oleh CCRIS juga cenderung untuk meminjam wang dari Along. Dan ini merupakan golongan yang jadi sasaran Along.

Kenapa Along Masih Berani Pinjam Kepada Mereka Yang Tidak Mampu Bayar Balik?

Mungkin anda akan rasa hairan dan tidak masuk akal langsung kenapa Along masih berani buat pinjaman kepada mereka yang mempunyai rekod kredit yang buruk dan mempunyai kemungkinan yang besar tidak mampu untuk bayar balik wang yang mereka pinjam itu. Bukankah Along akan mengalami kerugian sekiranya mereka tidak dapat bayar balik walaupun kadar faedah yang dikenakan adalah sangat tinggi?

pinjam dari along

Memang Along bukan bodoh juga. Walaupun mereka tahu biasanya orang yang datang untuk minta pinjaman daripada mereka kebanyakan daripada mereka adalah ditolak oleh bank-bank sebab bank-bank tahu mereka tidak layak untuk dapatkan pinjaman dan tidak mampu untuk bayar balik.

Tetapi apa yang penting adalah mereka ada ahli keluarga dan saudara mara.  Biasanya bila orang yang buat pinjaman itu tidak dapat bayar dalam tempoh masa yang diberikan, Along akan pergi minta duit daripada ahli-ahli keluarga atau saudara mara mereka.

Dan ia kebanyakan mangsa yang dikenakan oleh Along merupakan ibu bapa kepada si peminjam. Disebabkan oleh kasih sayang terhadap anak mereka, kebanyakan ibu bapa akan sanggup buat bayaran kepada Along untuk wang yang anak mereka hutang kepada Along.

Inilah sebab yang ketara di mana Along tidak takut untuk pinjam duit kepada mereka yang tidak mampu untuk bayar balik. Sebab mereka tahu ada orang akan bantu untuk bayar.

Jangan Buat Pinjaman Sama Along

Pengajaran yang boleh anda dapat di sini ialah jangan sekali-sekala untuk berhutang sama along. Apa yang lagi penting ialah kita perlu membuat perbelanjaan dan hutang kita teratur. Kalau situasi kewangan sudah sampai ke satu tahap kritikal macam mana pun juga janganlah berhutang dengan Along. Ia adalah lebih baik untuk kita jual kereta atau rumah dulu pun jangan fikirkan Along.

Pernah aku dengar ada seorang saudara mara yang pinjam RM 1,000 dengan Along, bulan depan kena bayar RM 1,100, jadi interest bulanan yang dia perlu bagi adalah 10%. Bayangkan berapa nilai RM 5,000 akan jadi jika 10% interest bulanan dikenakan selepas 6 tahun?

Tapi para pembaca di sini sekalian, itulah saja cara yang terbaik untuk mendapatkan duit dengan senang tanpa syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh bank atau syarikat pinjaman berlesen.

Adakah anda ingat orang yang buat pinjaman tu tidak tahukah bahayanya untuk pinjam dengan Along? Boleh anda rasa hairan juga bila nampak ramai juga daripada mereka yang berpendidikan tinggi juga buat pinjaman sama Along. Mungkin bila keadaan terdesak dan kecemasan wang diperlukan, tidak lagi ada cara lainlah, kan?

Alonglah sebenarnya amalkan konsep pasif income ni. Mereka simbah cat sebab kita tak bayar bulanan. Mereka adalah macam bank di mana mereka pun tidak suka kalau kita buat full setelmen. Apa yang mereka lebih suka adalah pelanggan mereka buat bayaran dengan tidak habis-habis sampai mati.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!