Kalau bercakap pasal emas, kaum Hawa mesti jaguh. Bagaimana pula dengan pelaburan emas pula? Yang ini masih belum tentu lagi.
Daripada zaman dahulu sampailah sekarang, jual beli emas memang adalah sinonim dengan kaum hawa. Kesedaran masyarakat sekarang nampaknya telah membawa kepada satu prespektif berbeza.
Lelaki mula turut membeli emas, mereka bukan beli untuk isteri tetapi untuk diri sendiri. Kalau kaum Hawa mungkin membelinya dalam bentuk berupa perhiasan. Bbagi kaum Adam, jongkong emas(gold bar) atau dinar menjadi pilihan. Bagi aku? Aku pilih Jongkong 999.
Pembelian Dinar Emas 916 atau 999
Lazimnya, kaum lelaki yang sudah berumah tangga ada membeli emas, sekurang-kurangya dua bentuk cincin, iaitu cincin pertunangan dan cincin perkahwinan.
Lazimnya sahaja, tidak semestinya tiada variasi barang perhiasan lain yang digunakan untuk tujuan ini. Saya mula teringin memiliki emas, setelah melihat dinar yang dipakai oleh isteri kawan saya yang amat cantik tu. Sebab saya tengok rekaannya yang menarik dan seronok sangat kelihatan keseluruhannya.
Bila saya mula buat kajian pasal logam yang berharga ini, barulah saya sedar bahawa untuk jangka masa panjang, ia adalah pengekal nilai-nilai yang bagus.
Apa perbezaan (atau persamaan) pengekal nilai dengan pelaburan? Saya akan biarkan jawapan ini untuk kita sama-sama putuskan untuk diri sendiri. Saya mula kumpul duit, dan berhasillah membeli sekeping dinar yang merupakan pelaburan dinar emas pertama saya.
Kalau dari segi jenama, saya rasa emas yang paling terkenal ialah emas dinar public gold, dinar emas Maybank (Kijang Emas), dinar emas Bank Rakyat, dan dinar emas Public Gold. Tapi saya memilih untuk membeli emas dibawah ini yang lebih dikenali sebagai dinar Brunei.
Jarang dinar yang dibuat gred 999.
Emas 916 vs 999?
Adakah dinar itu mesti dibuat dari emas 916 atau emas 999? Seriously? itu yang kita nak debatkan? Adakah dinar itu spesifikasinya MESTI 4.25 gram dengan mutu emas 916?
Pada pendapat saya, tidak kira sama ada 916 atau 999, kedua-dua pun sama juga adalah dina. Kalau mereka mempunyai bentuk dan keberatan yang sama, maka bolehlah kita panggil sahaja dinar. Tak payah nak bertengkar dinar mana yang sebenar-benar dinar. Yang penting, emasnya tulen. Noktah.
Bagi pemilik dinar, janganlah jual dinar kepada kedai emas atau yang seangkatan dengannya. Bila dinar dijual sebegitu, harga yang diambil kira hanyalah harga berat emas tersebut. Dinar mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana designnya. Ada pembeli sanggup bayar lebih untuk dinar yang lebih cantik. Maka carilah buyer dari kalangan collector dan bukan peniaga, sebab peniaga emas takkan pandang aspek ini.
Walaubagaimanapun anda tak perlu risau kalau terpaksa jual kepada peniaga sebab susut nilai jauh lebih rendah dari susut nilai barang kemas. Simpan sekali resit pembelian, setengah tempat tak ambil emas tanpa resit belian asal untuk elakkan terbeli barang curi.
Pentingnya Ketulenan Emas
Dari segi kualiti emas pula, ketulenan emas memainkan harga yang penting. Sekiranya anda terjumpa emas 999 untuk dijual dengan harga dibawah harga pasaran, belilah sekiranya berkemampuan. Untuk itu kita perlu peka dengan harga emas 999 hari ini bagi memudahkan kita membuat perbandingan dan anggaran.
Setelah memilki dinar tadi, saya berpeluang pula membeli gold bar ataupun jongkong emas, satu lagi instrumen pelaburan emas. Memiliki secara fizikal sebarang gold product ini akan membawa satu perasaan yang sukar digambarkan. Saya baru faham apa yang dikatakan gentleman gold.
Sebagai orang yang baru bermula menceburi pelaburan jongkong emas ini, saya memilih jongkong emas pamp suisse seperti gambar dibawah. Nampak kemas dan elegant, dan jenamanya pula diiktiraf di banyak negara termasuk Malaysia.
Dari pengalaman sendiri, menyimpan emas lebih baik dari menyimpan wang, kerana jika simpan emas kita akan berniat “menyimpan” tetapi jika menyimpan wang kita berniat “membelanjakan”.
Jadi emas akan tetap tersimpan, manakala wang akan habis dibelanjakan, lagi pun nilai emas akan tetap naik dan naik lagi, makin teruk keadaan ekonomi makin tinggi nilai emas.
Akhir kata…
- Keluarkan zakat apabila cukup syarat.
- Tujuan posting ini bukanlah hendak bermegah-megah. Menyimpan emas, elakkanlah diri dari rasa bermegah, ia boleh ditarik bila-bila masa.
- Sebagai lelaki, jangan takut membeli emas, lebih baik memajak atau menjual emas sediri daripada mengambil hak isteri untuk buat begitu, kan?
- Jangan gunakan segala duit yang kita ada untuk membeli emas. Gunakan bahagian yang kita asingkan, memang kita hadkan sebagai simpanan masa hadapan, simpanan jangka panjang.
- Survey dua tiga tempat sebelum membeli, dan elakkan dari membeli emas yang memerlukan kita menjadi ahli atau menjanjikan keuntungan yang tetap secara bulanan/tahunan. Boleh cari sendiri sebabnya kenapa dan putuskan sendiri.
- Kita mungkin tidak merasapun hasil kenaikan emas selepas 10 tahun disimpan, fikirkan anak cucu.
- Emas bukan magnet kekayaan, Rezeki, harta, kekayaan, bukan datang dari benda2 fizikal. Jangan mengarut. ingat Yang Maha Pemurah.
- Belilah emas, ikut kemampuan.
- Ilmu itu penting, itulah pelaburan pertama dalam apa jua bidang.