Hampir kesemuaan peniaga tidak berhenti-henti untuk cari petua usahawan tidak kira sama ada usahawan kecil atau besar. Di samping itu, banyak juga peniaga yang ingin dapatkan cara untuk mengembangkan prestasi perniagaan mereka.
Ada ramai usahawan yang mengalami kerugian dari pengurusan bisnes. Mereka berputus asa kemudian sebab kekurangan idea, kegigihan, dan tidak mempunyai semangat untuk terus berniaga. Ada juga peniaga yang memulakan perniagaan mereka dengan cara yang tidak betul, dan mempunyai persepsi yang berbeza tentang perniagaan mereka.
Semua yang dibincangkan di atas ini merupakan sebab dan kemungkinan bagi peniaga yang menggunakan petua usahawan yang salah untuk perniagaan mereka.
Jadi di sini saya ingin berkongsi bersama para peniaga mengenai tip-tip usahawan kecil yang tidak harus diikuti kerana ianya boleh merosakkan perniagaan anda.
Meniru Idea Orang Lain
Meniru dan mempraktikkan tip-tip perniagaan adalah dua perkara yang berbeza.
Ramai usahawan kecil atau besar yang gagal dalam perniagaan yang mereka lakukan kerana mereka tidak pernah mempunyai idea tentang apa yang mereka usahakan. Hanya semata-mata meniru idea orang lain.
Tiada langsung idea yang asli, semata-mata menunggu idea orang lain untuk membuat langkah seterusnya berkenaan dengan pelaburan dalam perniagaan yang diusahakan.
Cara sebegini tidak membantu sesebuah perniagaan. Walaupun anda banyak membaca dari forum atau blog melalui online mengenai cara-cara untuk menjadi usahawan berjaya, hakikat sebenarnya mereka tidak berkongsi idea asal mereka dalam membangunkan perniagaan.
Jika semata-mata bergantung dengan idea orang lain, anda tidak akan dapat menjayakan usaha anda dengan sebaiknya kerana berkemungkinan informasi atau cara yang anda ikut tidak lengkap. Elakkan tip-tip usahawan sebegini.
Meniru idea untuk sesebuah perniagaan boleh merosakkan perniagaan dan reputasi anda. Anda boleh jadikan sebagai panduan tetapi kreatifkan juga dari idea-idea anda sendiri, bukan meniru 100%.
Meniru Pelan Perniagaan
Satu lagi tip-tip perniagaan yang tidak baik adalah mewujudkan pelan pemasaran atau perniagaan yang serupa dengan usahawan kecil atau besar yang telah berjaya dalam industri perniagaan yang anda lakukan.
Sebagai contoh, anda membuka sebuah laman web membeli belah tetapi konsep, cara, susun atur, tema dan pelan perniagaan serupa dengan laman web yang besar atau sudah berjaya.
Cara begitu tidak akan berjaya dan akan bersifat sementara, kerana anda tidak boleh berjaya menjadi peneraju industri laman web membeli belah dalam masa yang singkat atau menjana pendapatan berjuta-juta dalam sekelip mata dengan cara sebegitu.
Malah ia membahayakan laman web anda yang mungkin akan disaman kerana meniru hak cipta orang lain. Anda perlu mempunyai pemasaran dan pelan perniagaan yang tulin dan asli. Boleh meniru tetapi biarlah secara basis sahaja.
Kena buat modifikasi
Mengenai plan perniagaan, tak salah untuk cedok jika pelan perniagaan itu baik, ramai usahawan kecil contohnya Bihun Sufi, Ultrakleanz yang guna pakai plan perniagaan yang sama, yang beza adalah produk. Pelan perniagaan yang dimaksudkan ialah perniagaan berkonsep ‘pecah dan niaga’ di mana setiap satu kawasan perlu hanya satu pengedar tunggal dan dibarisi dengan beberapa pengedar kawasan supaya harga dapat dikawal dan mengelakkan berlakunya pertindihan pengedaran sesama pengedar.
Plan perniagaan yang baik sepatutnya dijadikan asas untuk semua perniagaan.
Pemasaran Yang Tidak Bertanggungjawab
Ini adalah tip perniagaan yang negatif. Apa yang saya maksudkan dengan pemasaran yang tidak bertanggungjawab adalah, memasarkan apa yang anda tidak ada atau apa yang anda tidak boleh berikan.
Ianya sesuatu yang tidak jujur jika anda memberitahu pelanggan anda mempunyai ini dan itu, atau anda berjanji mampu menyediakannya tetapi hakikatnya anda tidak boleh.
Seorang usahawan kecil atau besar haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan jujur.
Jangan menjanjikan pelanggan anda sesuatu yang anda tidak mampu sediakan atau tiada. Lama-kelamaan pelanggan akan hilang kepercayaan terhadap perniagaan anda. Ini amat merugikan.
Menipu Pelanggan
Perkara begini sering berlaku dalam perniagaan secara online. Terdapat laman web yang memaparkan imej barang yang berkualiti dan asli yang mungkin diambil dari laman web orang lain.
Ramai pelanggan yang tertipu dengan taktik kotor sebegini. Apabila mereka membuat pembelian barangan yang sampai tidak serupa dengan imej dan berkualiti rendah.
Sekiranya anda ingin bertahan lama sebagai usahawan, jangan lakukan perkara sebegini.
Menipu pelanggan adalah melanggar etika perniagaan. Sekiranya pelanggan membuat aduan kepada badan yang berkuasa, laman web perniagaan anda akan didenda dan berkemungkinan disita atau disaman oleh pelanggan anda sendiri.
Ingat! pelanggan mempunyai hak sebagai pengguna. Ini merugikan anda dan usaha anda akan jadi sia-sia.
Ulasan Penutup
Anda harus mendapatkan tip-tip usahawan yang betul untuk menjadi usahawan kecil atau besar yang berjaya.
Tidak semua yang anda baca atau ikut boleh membantu dan anda tidak boleh mengembangkan perniagaan anda berdasarkan idea orang lain.
Jadilah kreatif, unik dan sentiasa menghormati pesaing anda. Dari situ anda juga akan dihormati dan secara tidak langsung menjadi usahawan kecil yang berjaya di Malaysia.