Bercerita tentang kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan tentang perniagaan francais pula, diikuti dengan contoh perniagaan francais yang gagal bila saya nampak di sekitar di mana kedai-kedai francais itu baru ditutup.
Tumpang Atas Jenama Yang Popular
Secara pemerhatian saya yang buat tanpa sebarang kajian, saya rasa kelebihan yang ada pada perniagaan francais ialah kita dapat tumpang pada populariti perniagaan francais yang sememangnya sudah famous dan jenamanya sudah diketahui oleh orang ramai.
Dengan tumpang atas jenama mereka dan buat perniagaan, ini dapat jimatkan banyak masa dan usaha untuk seseorang menjadikan perniagaan popular.
Contohnya seperti restoran Secret Recipe. Kalau anda nak buka francais ini, memang mudah untuk anda membuat demikian sebab orang ramai sudah memang tahu apa yang ada dijual di dalam restoran ini.
Kelebihan untuk perniagaan francais juga termasuk rasanya sebelum nak francaiskan perniagaan. Pemilik francais akan terlebih dahulu terlibat sama untuk menentukan dari segi lokasi dan susun atur kedai.
Tentulah francaisor pun kalau boleh nak dapat untung dari francaisee yang mereka berikan keizinan untuk buka kedai di tempat-tempat yang strategik.
Perlu Keluarkan Modal Yang Banyak Pada Mulanya
Bagi kekurangan pada francais pula, mungkin dari segi start up cost anda perlu sediakan capital yang agak tinggi kerana francaisee kena bayar francaisor sebelum dapat keizinan dari francaisor untuk menumpang namanya berniaga.
Kalau meniaga biasa, tak perlulah terikut nak kena beli semua benda yang ditetapkan oleh francaisor. Lagi satu kekurangan adalah francaisee adalah terikat dengan harga dan tawaran yang ditetapkan oleh francaisor. Francaisee tidak boleh nak memandai-mandai nak bagi diskaun untuk lariskan produk tanpa dapat keizinan dari francaisor terlebih dahulu.
Tiada Jaminan Tumpangan Anda Akan Berjaya
Walaupun anda sudah buat bayaran untuk tumpang atas jenama dan mulakan perniagaan anda, tetapi ia tidak semestinya bermaksud anda akan dapat keuntungan dengan segera. Dan keuntungan ini akan berterusan dari bulan ke bulan.
Baru-baru ni, saya notis terdapat 2 kedai francais dengan lain jenama sudah tutup pintu mereka. Yang pertama itu adalah restoran Laksa Shack di Carrefour Bandar Tun Hussein Onn dan lagi satu adalah restoran Ayam Penyet yang terletak di Jusco Bandar Mahkota Cheras.
Kenapa kedua-dua restoran francais ini boleh tutup? Jawapannya agak mudah saja. Sebab tidak ada ramai orang yang datang untuk makan di restoran di lokasi ini. Jadi, selepas berniaga untuk beberapa bulan dan mengalami kerugian setiap bulan, daripada terus rugi dari buka restoran ini, adalah lebih baik dengan tutupkan restoran ini sahaja.
Untuk Laksa Shack yang buka di Carrefour
Sebab yang jelas adalah keramaian orang datang ke sana adalah untuk membeli barang di dalam shopping mall dan bukan untuk makan di restoran. Tambahan lagi, lokasi kedai ini juga terdapat kurang orang yang lalu.
Ayam Penyet di Jusco Bandar Mahkota Cheras
Terdapat ramai orang cina yang pergi ke sana. Tetapi Ayam Penyet merupakan restoran yang bukan begitu digemari oleh mereka. Tambahan pula, harga untuk makan di restoran ini pun agak mahal.
Makanan yang biasa untuk seorang makan pun senang-senang cecah RM13. Orang ramai lebih rela untuk makan di tempat lain dan bukan di restoran Ayam Penyet ini.
Jadi, kalau anda ada minat nak buka francais, kenalah anda buat kajian dengan betul-betul dan mengetahui lokasi yang anda pilih itu boleh laku atau tidak. Kalau tak pasti sangat, perlu anda pertimbangkan dengan serius sikit sebab jika labur dalam francais yang salah, memang anda boleh mengalami kerugian yang besar juga.
Kalau ada berpeluang dan ada duit bagi anda buka francais, boleh tahu anda nak buka francais apa?
Adak kawan saya di mana mak dia ada duit dan ingin nak buka francais kopitiam seperti Old Town atau Papa Rich. Tapi diai dengar sudah ada banyak francais untuk kopitiam ini dan ramai lagi pemohon yang tunggu giliran untuk perolehi lesen francaisee mereka. Jadi dia masih dalam pertimbangan untuk lain francais yang boleh mak dia sertai.
Anda perlu melaburkan masa depan peribadi, profesional dan kewangan anda dalam peluang francais dan ini merupakan satu keputusan yang besar yang perlu anda buat. Jadi, anda perlu gunakan setiap sumber maklumat yang anda dapati, dan bandingkan data untuk memastikan anda memperoleh keseluruhan cerita tentang francaisor yang anda minat untuk sertai itu.
Pakai Perkhidmatan Professional
Jika anda tidak dapat buat kajian dengan baik atau anda tiada masa untuk membuat demikian, boleh anda cari penasihat francais yang berpengalaman untuk membantu anda menentukan francais mana satu yang sesuai dengan model perniagaan dan matlamat yang anda ingin dapat dalam perniagaan.
Baca juga: