Web Analytics

Perniagaan Kebanyak Orang Cina Dan Jarang Melayu

perhatian: ini untuk sedarkan orang sebangsa dengan saya dan bukan berniat sebarang perkauman pun.

Semalam saya ada cuti, jadi saya ada buat kerja-kerja home improvement untuk jadikan rumah jadi lebih selesa sikit. Saya betulkan lampu, pasang tombol baru di pintu bilik dan beli batu hiasan dekat nursery.

peniaga cina

Semua barang ni saya beli dekat kedai-kedai di mana semua pemiliknya adalah berbangsa cina. Kebetulan saya ada masa lagi maka saya pun pergi tengok lagi satu projek perumahan yang baru dekat Bandar Mahkota Cheras, kebetulan pemajunya juga merupakan bangsa cina, iaitu Cheras Hoon Soon.

Saya yang nak zahirkan di sini, kalau boleh saya ingin juga beli barang dengan orang yang sama bangsa dengan saya, malangnya memang tidak ada. Bila difikirkan semula memang saya rasa sedih sangat, tapi itu adalah satu kebenaran. Bangsa kita kalau nak berniaga pun, kebanyakan daripada mereka cuma berniaga makan dan juga meniaga di pasar malam sahaja.

Selebihnya bagi mereka yang tidak berniaga, kebanyakannya adalah pergi kerja kepada orang lain dan makan gaji setiap bulan. Tetapi ini adalah ok bagi saya.

Apa yang menghampakan ialah terdapat ramai daripada mereka yang ingin kaya dengan cepat, yang tak nak rasa susah tapi nak kaya cepat dan dapat duit yang banyak. Mereka inilah yang mudah tertipu oleh orang lain dan akibatnya jadi miskin dan menghadapi masalah dalam kehidupan mereka.

Bukan Senang Untuk Menjalani Satu Perniagaan

Memang ia bukan satu perkara yang senang jika nak buka satu perniagaan, tapi semua tahu dan Rasul kita pun sudah pesan di mana 9 daripada 10 sumber rezeki adalah berasal dari perniagaan.

Malangnya kebanyakan daripada bangsa kita memang tidak tahu cara yang betul untuk membuat perniagaan, tengok saja kawan-kawan yang ajak tu pakai kereta mewah BMW dan macam dapat banyak duit, tanpa fikir dengan lebih mereka terus joint dengan skim cepat kaya dan mimpi mereka juga akan jadi kaya seperti kawan-kawan mereka itu. Ada ramai yang siap sanggup minta pinjaman wang dari saudara mara lagi. Lepas tu sudahnya atas dasar tamak duit hilang entah ke mana.

Kita sendiri kena jadi pelabur dan penabung, kalau payah sangat nak buka bisnes, boleh pertimbangkan jalan yang lain.

Kita boleh melabur dalam ASB, unit trust, atau emas. Dengan kata lain secara tak langsung equity atau sesuatu pegangan tu milik kita. Tapi masalah yang ada dengan bangsa kita adalah bila dapat duit, tak habis-habis nak berbelanja. Ada wang terus beli itu dan beli ini. Dengan cepatnya duit habis dan hidup jadi balik macam sebelum itu pula.

Jadi, di sini saya nak sarankan, instead of berbelanja atas barangan yang tidak perlu, ada baiknya kita menyimpan duit itu. Amanah Hartanah Bumiputera contohnya adalah satu alternative yang baik untuk kita simpan duit dan dapat dividen daripadanya setiap tahun.

Peniaga Melayu Yang Tak Jujur

Topik pasal bisnes cina, yang susah ialah peniaga melayu ada yang tak jujur. Jadi bila hanya sikit saja orang melayu yang buka bisnes perkhidmatan ni, kita terpaksa fikir 10 kali sebelum pergi ke tempat perniagaan melayu.

Macam apa yang dialami oleh kawan saya di mana dia sudah banyak kali pergi buat maintenance kereta di bengkel melayu dengan tujuan untuk sokong dan majukan umat Islam.

Tetapi pekerja bengkel sudah check itu ini, lepas baiki yang tu, pandu balik masih ada masalah lagi kena pergi balik ke bengkel melayu itu. Walaupun tak perlu bayar lagi, tapi masa yang dihabiskan memang tidak berbaloi langsung. Habis sehari duduk tunggu mereka baiki sebab pekerja kurang, tapi kereta berderet.

Dan walaupun sehari duduk dan tunggu, lepas repair dan pandu balik, masalah yang sama masih wujud. Akhirnya,kawan saya terpaksa pergi ke bengkel cina. Taukeh bengkel sendiri yang buat, lepas satu jam macam tu sudah siap. Pandu di jalan tiada masalah berulang lagi.

Macam jiran saya, masa dia nak buat rumah atas tanah pusaka di kampung, dia ambil kontraktor melayu. Setahun lebih, duit sudah banyak keluar tapi rumah tak siap. Bila dapat cari pekerja Indonesia yang orang melayu upah itu, dia cakap kontraktor tu tak bayar dia gaji, maka dia tak nak sambung kerja lagi. Lepas tu, jiran saya tukar kontraktor, ambil lagi kontraktor melayu.

Tidak sampai 6 bulan, kontraktor itu lari. Akhir sekali, dia upah kontraktor cina, rumah siap dalam 2 bulan dan servis memang bagus. Walaupun bayar mahal sikit tapi jiran saya sangat puas hati dengan kontraktor cina tu.

Tidak Efisen – Mungkin Sebab Lindungan Dari Kerajaan

Ramai orang yang kata kalau ada orang melayu yang berniaga pun rasa tak efisen sangat. Barang buat sambil lewat, masa meniaga ikut suka hati, bila nak buka baru buka, nak tutup pun tutup saja walaupun belum sampai masa. Servis after sale sangat teruk juga. Sebab tu kadang-kadang orang melayu sendiri malas nak membeli dengan orang melayu.

Subjek ni memang sudah lama diperbincangkan. Masalah utama yang saya rasa sebab melayu masih ada mentaliti subsidi/geran dan pertolongan dari kerajaan.

Jika nak bantu melayu meniaga, mungkin kerajaan perlu kurangkan subsidi dan pertolongan atas mereka kot?

Baca juga: Dropship Merupakan Pilihan Tepat Jika Tiada Modal Berniaga

Leave a Comment

error: Content is protected !!