Web Analytics

Perlindungan Takaful CIMB Aviva (Sun Life Malaysia)

Konsep Takaful

Takaful bermaksud ‘jaminan bersama’. Secara prinsipnya, ia adalah berdasarkan kerjasama, tanggungjawab, perlindungan dan bantuan secara perkongsian di antara para peserta sekiranya berlaku sebarang musibah.

Merupakan alternatif kepada insurans konvensional, Takaful adalah berdasarkan kepercayaan Islam di mana selain perlu mengelak daripada musibah dan bencana, kita juga perlu berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kerugian peribadi dan keluarga sekiranya malang menimpa.

Semua pihak yang terlibat dalam kontrak Takaful perlu dilakukan berdasarkan prinsip kepercayaan ikhlas. Dari sudut urusniaga pelan Takaful pula, ia tertakluk kepada Shariah atau undang-undang Islam.

cimb aviva

Jawatankuasa Shariah CIMB Aviva Takaful Berhad merangkumi cendekiawan Shariah terkemuka yang pakar dalam pengetahuan dan amalan Islam.

Soalan-Soalan Mengenai Takaful Ini

Berikut adalah beberapa solan yang lazim ditanya mengenai CIMB Aviva Takaful Prime Pro. Hanya klik pada soalan yang menarik minat anda untuk melihat jawapannya. Jika anda mempunyai sebarang soalan lain, sila hubungi kami di 1800-82-6020, Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang.

1. Mengapa memilih pelan Takaful Prime Pro?

Kerana risiko kemalangan berada di sekeliling kita… terutamanya apabila kita semakin berumur. Jika anda ditimpa kemalangan, ia boleh menjejaskan kewangan anda – dan anda mungkin terus dibelenggu olehnya sepanjang hayat. Anda mungkin terpaksa menggunakan kesemua dana simpanan atau persaraan untuk mengekalkan gaya hidup anda, mengimbangi sebarang kehilangan pendapatan dan berhadapan dengan peningkatan kos rawatan dan pemulihan.

Kecuali, jika anda telah mempunyai perlindungan yang tepat dan wajar. Takaful Prime Pro adalah salah satu cara paling bijak untuk melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan yang diakibatkan oleh kemalangan serius atau kematian akibat kemalangan.

2. Berapakah yang dibayar oleh pelan?

Anda boleh memilih tiga tahap perlindungan – Perak, Emas atau Platinum – dengan sumbangan yang sesuai mengikut kemampuan anda. Sebagai contoh, kos tahap Emas bermula dari serendah RM1.65* sehari dan menyediakan:

> RM200,000 untuk kematian akibat kemalangan, RM400,000 jika kematian berlaku semasa menggunakan

pengangkutan awam

> RM200,000 tunai serta-merta jika anda hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan serta RM20,000

manfaat pendapatan keluarga setiap tahun sehingga lima tahun (bebas cukai)

> RM200 elaun hospital harian untuk setiap hari anda dimasukkan ke hospital akibat sebarang kemalangan

yang dilindungi dan sehingga 180 hari – iaitu sehingga RM36,000 setiap tahun kontrak

> Sehingga RM1,300 bayaran balik tunai untuk perbelanjaan perubatan pesakit luar yang ditanggung selepas

berlakunya sebarang kemalangan yang dilindungi (untuk setiap tahun kontrak)

*Berdasarkan sumbangan bulanan RM50 dikali 12 bulan dan dibahagi 365 hari.

3. Saya belum bersara – bukankah manfaat pekerjaan mencukupi untuk saya?

Kebanyakan pelan hilang upaya kakitangan menyediakan manfaat bulanan berkurangan, biasanya sehingga 65% daripada pendapatan anda sebelum hilang upaya, dan dicipta untuk membantu perbelanjaan harian anda.

Pelan ini akan menambah kepada pendapatan tersebut – selain daripada sebarang manfaat lain yang mungkin anda perolehi – untuk membantu membayar semua perkara yang mungkin anda perlukan untuk pemulihan dan untuk memenuhi tanggungjawab kewangan jangka panjang.

Selain itu, berbeza daripada perlindungan yang mungkin anda miliki dengan majikan, perlindungan ini tetap kekal bersama anda walaupun anda bertukar pekerjaan atau bersara.

4. Apakah pengecualian-pengecualian utama yang ada?

Untuk membantu kami mengekalkan sumbangan serendah yang ada, hanya beberapa peristiwa sahaja dikecualikan. Ia termasuk perang, tindakan pengganas, aktiviti haram, bunuh diri, kesakitan, penyakit atau jangkitan, gigitan nyamuk, kehamilan dan kelahiran anak, sukan merbahaya, aktiviti bawah air, penerbangan peribadi, kemalangan berkaitan dengan dadah atau alkohol, dan radiasi. Maklumat lengkap dinyatakan dalam Kontrak Takaful yang akan dihantar kepada anda.

Orang yang mempunyai pekerjaan berisiko tinggi tidak layak untuk mendapatkan perlindungan termasuk: jaga, polis, pegawai polis, kakitangan pasukan tentera, pegawai pasukan tentera, ahli bomba, pegawai bomba, pengawal keselamatan, pramugara/pramugari, pemandu teksi, pengendali kapal, bas dan kapal terbang, penghantar surat, penyelam, pemandu lori, juruterbang, pemburu, pramugari, tentera, pemandu bas, kelasi, askar, warden, pemandu kenderaan berat termasuk operator forklift dan kren, penggerudi (minyak dan air) dan pekerja lombong.

5. Adakah sumbangan akan meningkat apabila saya semakin tua?

Tidak. Sumbangan bulanan anda adalah tetap dan kami tidak akan menyasarkan anda untuk menaikkan nilai sumbangan berdasarkan umur anda atau perubahan kesihatan anda.

6. Berapa lamakah tempoh perlindungan ini?

Perlindungan anda bermula serta-merta apabila sumbangan pertama anda diterima – dan tertakluk kepada sumbangan anda dibayar apabila ia perlu dijelaskan, anda boleh dilindungi sehingga anda berumur 70 tahun apabila perlindungan tamat. Anda juga boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada kami.

7. Jika saya ke luar negara, adakah saya dilindungi di luar Malaysia?

Ya. Anda dilindungi walau di mana jua anda berada di seluruh dunia… 24/7.

8. Adakah sebarang sekatan ke atas cara saya menggunakan manfaat-manfaat saya?

Tidak. Bagaimana anda mahu menggunakan wang tersebut terpulang kepada anda. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menggunakan manfaat-manfaat tersebut untuk:

  • Membayar perbelanjaan kecemasan
  • Membayar pinjaman perumahan
  • Membayar rawatan atau penjagaan khas
  • Ke luar negara untuk mendapat rawatan lebih pantas
  • Merujuk pakar di luar negara untuk rawatan khas
  • Mengambil cuti pemulihan
  • Melaburkannya untuk keluarga anda

9. Bolehkah bukan-Islam menyertai pelan Takaful?

Ya. Takaful Prime Pro terbuka kepada semua. Anda boleh mendapat maklumat mengenai Konsep Takaful pada bahagian atas kiri laman ini.

10. Jika saya mengubah fikiran?

Anda mempunyai 15 hari (selepas menerima kontrak) untuk mengubah fikiran anda. Jika, atas sebarang sebab anda tidak berpuas hati, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-2614 3566 untuk membatalkannya dalam tempoh 15 hari tersebut dan sebarang sumbangan yang telah anda bayar akan dikembalikan sepenuhnya.

sun life malaysia

11. Bagaimana saya boleh menyertainya?

Penyertaan memang mudah dan pantas.

Untuk maklumat anda, CIMB Aviva telah diperolehi oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad pada tahun 2013. Jadi, CIMB Aviva sudah tidak wujud lagi. Jika anda mahu beli takaful ini, anda boleh beli dengan Sun Life Malaysia.

Baca juga:

3 thoughts on “Perlindungan Takaful CIMB Aviva (Sun Life Malaysia)”

  1. Selamat Pagi

    Saya Puan Saliza Hanin Binti Saad. saya perlukan sebarang dokumen atau surat yang mengatakan bahawa dulu saya pernah sign up di bawah takaful ini. untuk saya berurusan dengan egumis.

    Reply
  2. Selamat Tengahari
    Saya Pn.Hanisah .Saya perlukan penjelasan tentang tuntutan insurans kelompok (cimb Aviva) melalui Koperasi Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Pahang.Untuk pengetahuan ,Caruman telah diberhentikan dalam angkasa kerana saya telah buat permohonan keluar dari koperasi tersebut..Berapa lama proses untk dapatkan bayaran.

    Reply
    • Hi Pn Hanisah:

      Untuk membuat tuntutan insurans kelompok melalui Koperasi Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pahang, anda perlu mengikuti beberapa langkah berikut:

      Hubungi Ejen atau Bahagian Tuntutan: Hubungi ejen anda dan fahamkan proses untuk membuat tuntutan. Jika anda tiada ejen, hubungi bahagian tuntutan untuk mendapatkan penjelasan.

      Sediakan Dokumen Sokongan: Pastikan anda telah mengisi semua maklumat yang diperlukan serta lampirkan bersama dokumen sokongan yang tepat dan cukup.

      Hantar Tuntutan dalam Tempoh yang Ditentukan: Anda wajib menghantar tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan oleh syarikat insurans atau takaful. Kebiasaannya, anda akan diberikan tempoh selama 3 bulan dari tarikh rawatan untuk melakukan tuntutan.

      Berkenaan dengan tempoh proses untuk mendapatkan bayaran, ia mungkin berbeza-beza bergantung kepada syarikat insurans dan jenis tuntutan. Oleh itu, adalah disyorkan untuk berhubung dengan CIMB Aviva atau KEMAS Pahang secara langsung untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

      Harap maklum bahawa caruman yang telah diberhentikan mungkin mempengaruhi hak anda untuk membuat tuntutan. Oleh itu, adalah penting untuk berbincang dengan ejen insurans anda atau syarikat insurans untuk memahami bagaimana ini mungkin mempengaruhi hak tuntutan anda.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!