Apabila anda buka dompet dan ambil keluar satu timbunan kad, pernah anda perasan terdapat logo yang berlainan seperti VISA, MasterCard dan logo lain-lain?
Anda mungkin keliru mana satu kad dikeluarkan oleh mana satu persatuan. Adakah pernah anda tanya apa maksud logo-logo yang terdapat pada kad-kad yang berlainan itu?
Persatuan Yang Layak Untuk Keluar Kad Kredit
Bagi pengetahuan anda, pada masa kini, cuma ada 6 persatuan di dunia ini yang boleh mengeluarkan kad kredit. Persatuan-persatuan ini adalah VISA, MasterCard, JCB, American Express, Union Pay dan juga Discovery.
Selepas anda berjaya memohon satu kredit kad di Malaysia dari bank-bank yang terdapat di rantau ini, seperti kredit kad dari CIMB atau Maybank, anda akan dapat menikmati manfaat yang diberikan oleh bank-bank itu.
Tetapi jika anda keluar mengunjung ke lain negara, maka anda perlu mengetahui manfaat yang diberikan oleh kad kredit yang berlainan supaya anda dapat menikmatinya buat segalanya.
Jadi, pilih satu kad yang sesuai dengan negara yang anda selalu pergi adalah penting supaya anda boleh menikmati manfaat yang paling banyak daripada kad berkenaan.
Untuk membantu anda mengenali kad-kad yang berlainan itu, sekarang marilah kita semak bersama-sama tentang apa perbezaan di antara kad VISA dan MasterCard?
VISA
Kebaikan:
Persatuan ini merupakan pengeluar kad yang terbesar di dunia. Kad yang dikeluarkan oleh persatuan ini boleh dipakai di lebih dari 200 negara. Hampir semua kedai di seluruh dunia juga terima kad VISA.
Keburukan:
Kadar pertukaran mata wang untuk kad ini tidak memberikan anda kadar yang baik sangat. Jika ada sebarang refund berlaku, mungkin anda tidak dapat balik yuran proses yang sudah kena caj.
MasterCard
Kebaikan:
Berbanding dengan kad VISA, Kadar pertukaran mata wang dari MasterCard adalah lebih baik. Terutamanya jika anda selalu mengunjung ke negara Europah di mana ia boleh memberikan kadar yang lebih baik. Juga anda boleh dapat balik yuran proses yang kena caj jika sebarang refund dibuat atas transaksi anda.
Keburukan:
Kad ini bukan secara meluas dipakai seperti kad VISA. Jadi anda mungkin tidak dapat menikmati kemudahan yang diberikan daripada kad ini seperti kad VISA.
JCB
foto kredit kepada: ph.jcb
Kad ini dikeluarkan oleh negara Jepun dan ibu pejabat mereka juga berada di Jepun. Jika anda selalu pergi ke negara Jepun dan Korea, bolehlah anda pertimbang untuk memohon satu kad JCB tu. Ia merupakan kad yang amat bagus dengan kadar pertukaran wang yang terbaik.
UnionPay
foto kredit kepada: RCBC Bankard
Kad ini dipakai secara meluas di negara China.
- VISA: USA, Asia, Australia
- MasterCard: Europah , North America
- JCB: Jepun, Korea
- UnionPay: China, Asia
Jadi, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak lain kali jika anda ingin memohon satu kad kredit untuk anda.
Perbezaan Dalam Program Ganjaran Mewah(High-end Rewards Programs)
Pertarungan untuk memenangi pasaran kad kredit seolah-olah menjadi ganjaran mewah yang ditawarkan. Kad Platinum, khususnya yang ditawarkan oleh Visa dan MasterCard memberikan pemegang kad pelbagai perkhidmatan concierge dan bantuan, serta tawaran eksklusif untuk konsert utama, pertandingan sukan dan lain-lain.
Ganjaran platinum ini direka untuk menggoda bank dan institusi kewangan lain untuk mempromosikan kad-kad Visa atau MasterCard kepada pelanggan mereka.
Kad Mana Satu Yang Patut Anda Pilih?
Kembali kepada soalan yang membingungkan kebanyakan orang, iaitu pembekal mana satu yang paling baik? Bagi majoriti pengguna, anda tidak perlu terlalu bimbang dengan diri sendiri sama ada anda memperolehi kad kredit MasterCard atau Visa. Di Malaysia, jika kedai menerima salah satu kad, maka mereka akan menerima kedua-dua kad itu.
Ia adalah lebih baik bagi anda menumpukan perhatian anda pada kadar faedah dan caj lain pada kad yang anda mohon. Dan juga kemungkinan pemindahan baki atau skim ganjaran mereka.
Namun ia adalah biasa untuk melihat beberapa pengguna yang mempunyai kedua-dua kad kredit di dompet mereka, satu Visa dan lagi satu MasterCard. JCB dan UnionPay bukan begitu biasa dipakai dan mungkin kebanyakan orang tiada kad-kad itu dalam dompet mereka.
Pemikiran di sebalik ini adalah bahawa jika mereka berada dalam kedudukan yang luar biasa mencari lokasi yang menerima kad Visa atau MasterCard, maka mereka akan mempunyai pilihan untuk membayar dengan salah satu kad. Sesetengah orang juga ingin memanfaatkan tawaran eksklusif dari kedua-dua jenis kad itu.
Pada akhirnya, ia adalah lebih banyak bergantung kepada bank yang memberikan kad kepada anda, dan bukannya apa jenis kad yang anda dapat.
Tapi dengan perubahan teknologi yang cepat ini, mungkin pada masa depan kita akan semakin kurang pakai kad kredit juga sebab sudah ada banyak e-wallet sudah wujud. Ia lebih memudahkan dengan elektronik transfer tanpa perlukan sebarang kad.
Baca juga:
- 4 Teknik Perunding Takaful Untuk Dapat Jualan
- Jangan Jadikan Cashflow Kita Negatif
salam cik saya nak tanya kalau takde epf and company ssm boleh tak.?kerana bekerja sendiri masuk bank macam tu saja
Boleh cuba tanya dengan bank yang anda minat tengok apa dokumen yang perlu disediakan.
Salam sya nak tanya , sya baru je lepas tukar kad atm sebab dah tamat tempoh , kad sya visa bila dah tukar dapat master plak? Knpe ye boleh tlong ksi tau tak alasan knpa sya dpat kad matesñ
Ini I pun tak pasti. Lebih baik tanya balik bank yang berikan kad tu.
hello, sy mau apply credit card. Tapi nama kad tu master card ,so actually dia sama juga ka?
Satu-satunya perbezaan antara Visa dan Mastercard ialah kad anda cuma boleh diguna di rangkaian pembayaran yang dikendalikan oleh syarikat masing2. Kad Visa tidak boleh diguna di rangkaian Mastercard, dan sebaliknya.
Perlukah saya beritahu bank negara mana saya nak pergi bagi mengunakan kad debit /kad cerdit kita tq.
X perlu.