Sekadar berkongsi pengalaman saya tentang kali pertama masuk MLM, atau multi level marketing. Syarikat MLM yang saya join ialah ATM, Alliance Teamwork Marketing. Ni kenangan masa belajar dekat universiti dahulu. Ini menjadi satu memori mendung bagi saya sebab tak adalah saya alami rugi atau kena tipu sangat, tidaklah boleh dikategorikan sebagai memori hitam.
Join MLM Semasa Masih Belajar di Universiti
Masa saya belajar di universiti dahulu, ada seorang budak di universiti (sudah tak dapat ingat nama dia) yang dikatakan berjaya dengan MLM Luxor, rasanya dia pakai BMW 3 series E39. Kereta ini merupakan kereta 3 series yang paling baru dari BMW pada tahun 2003.
Diberitakan juga yang dia dapat side income sebanyak RM 3,000. Tengok pada kereta dan cerita kejayaan, memang ramailah yang teruja nak mengikut jejak langkah mamat tu.
Salah sorang housemate ada pergi taklimat Alliance Teamwork Marketing dan join dengan seorang upline di Cyberjaya, jadi bagi universiti yang saya belajar itu memang masih baru sebab ramai tidak pernah dengar nama MLM itu. Jadi memang nampak potensi besar untuk berkembang. Luxor sudah tepu dan kat sini sudah tak dapat berkembang lagi. Jadi bermulalah misi syarikat MLM ini untuk membina sebuah network untuk mendapatkan keuntungan.
Network Yang Mempunyai Potensi Untuk Berkembang Dengan Cepat
Network yang dibentuk adalah setelah dibincang ialah setiap yang join akan dapat seorang downline. Memang ramai yang berminat nak join sebab boleh duduk dekat level atas sebab kononnya masih baru buka network dekat sini.
Dipendekkan cerita saya sendiri pun masuk mendaftar, kena bayar RM 50 untuk starter pack, dapatlah fail yang terkandung di dalamnya penerangan tentang product dan system bonus MLM tu.
Dipendekkan cerita, saya duduk goyang kaki tanpa ajak member untuk join dan jadi downline saya. Barang syarikat itu pun saya tak ada jual. Jadi lepas satu tahun sudah burn lah macam tu saja untuk duit RM 50 yang saya bayar untuk sertai syarikat MLM itu.
Sebenarnya ramai daripada pelajar di universiti saya yang join MLM itu semua tidak jual sebarang produk juga. Ada yang lebih teruk, beli stok tapi tak boleh nak jual.
Produk Yang Jual Dengan Harga Yang Lampau Mahal
Lupa untuk sebut produk utama yang dibekalkan oleh ATM ni ialah cellfood, ia merupakan satu produk untuk menjaga kesihatan badan. Sebotol produk ini dijual dengan harga yang lebih daripada RM 200. Produk kesihatan ini dikatakan banyak berkesan untuk pertumbuhan sel, kesihatan kesemuaan badan, dan bla bla bla. Memang rugi banyak la bagi mereka yang jadi member dan ambil stok yang banyak.
Pengajaran yang saya ambil ialah kalau nak dapat duit kena buat jualan, dan produk tu biarlah yang senang dijual. Macam dalam kes ni, siapa nak beli produk kesihatan bernama cellfood ni yang bukan satu jenama yang dikenali oleh orang ramai tapi harganya minta lebih daripada RM 200.
Pada pendapat saya, MLM memang suka jual produk mereka pada harga yang sangat mahal padahal kosnya sangat murah sahaja( contoh: gelang ac mizal / penapis air), jadi lepas ini saya jarang beli sebarang produk yang dijual oleh mana-mana syarikat MLM. Part upline nak cari downline dengan flashy ride and expensive stuff tu tak payah nak cerita la.
Jadi inilah cerita saya tentang pengalaman saya menyertai MLM semasa masih belajar. Au terkena tapi bukan duit yang banyak sangat. Pada masa itu saya juga ada kerja part time. Kawan saya yang merupakan introducer yang sanggup belanja pizza dan main bowling sebelum saya dan rakan-rakan saya join jadi member. Betapa jahilnya dulu aku ni.
Apa Yang Dikongsi Oleh Kawan Saya
Salah seorang kawan karib saya yang dibesarkan dalam keluarga yang rata-rata Amway distributors yang membekalkan dari barang-barang rumah hingga ke vitamins.
Dia cakap buat MLM ni tak salah, cuma kena lihat pada prestasi company yang dipilih. Kena tahu produk dan servis yang dibekalkan oleh syarikat itu dan juga sales plan dia. Tambahan, jika nak berjaya dalam MLM, perlukan satu mentor group yang strong.
Lepas join MLM, jangan bayang boleh jadi kaya dengan cepat. Anda kena ada pelan dan ikut pelan dengan perlahan-lahan. Ambil masa yang mencukupi untuk melaksanakan pelan tapi kena lakukan dengan serius.
Dengan berusaha kuat, tidak lama kemudian akan ada hasilnya nanti. Tapi kalau duduk sahaja, harap pada mimpi dan angan-agan, memang satu benda pun tak akan jadi.
Kawan saya itu cakap memang kita boleh cerita tentang kehebatan seseorang boleh pandu BMW, dapat income RM 10,000 sebulan, dan bla bla bla. Tapi pada kawan saya, semua ni tak penting. Yang penting adalah keinginan untuk memperbaiki diri sendiri.
Baca juga: Jatuh Cinta Dengan Menjual