Yang membezakan manusia berjaya dan tidak ialah mempunyai sasaran kehidupan yang jelas. Ada matlamat yang dia sendiri faham. Dan kekal mengejar matlamat itu dalam semua keadaan. Secara idealnya begitu. Secara amnya, kita mempunyai minat yang berubah-ubah.
Kadang kala kemahuan kita bertukar atas pengaruh persekitaran dan kehidupan semasa. Lebih buruk lagi jika matlamat kita ialah matlamat yang mengikut orang. Apa yang orangkejar, kita kejar. Orang berjaya dapatkan, kita terkontang-kanting mengejar cita-cita.
Warren Buffett dan Mike Flint
Mike Flint merupakan pemandu peribadi kepada Warren Buffett, seorang hartawan terkenal dalam bidang pasaran saham. Mike Flint merupakan pemandu kapal terbang, bukan pemandu kereta. Ada cerita menarik yang berlaku antara mereka berdua.
Suatu Hari Buffett meminta Flint menyenaraikan 25 sasaran yang ingin dicapainya dalam kerjayannya sebagai seorang juruterbang. Flint mengambil masa berfikir dan bersungguh-sungguh menyediakan senarai ini. Maklumlah, orang yang memintanya berbuat demikian antara manusia yang paling berjaya.
Nasihat percuma begini, jarang diberikan. Apabila senarai 25 perkara yang ingin dicapai ini disiapkan oleh Flint, senarai ini diserahkan kepada Buffett. Beliau melihatnya dan menyerahkannya kembali kepada Flint.
“Bulatkan Lima Perkara Paling Utama Dalam Senarai Ini”
Begitulah arahan seterusnya. Agak sukar buat masa ini bagi Flint, kerana 25 perkara yang disenaraikan tadi memang menjadi sasaran kerjayanya. Untuk memilih hanya lima yang utama, dia sekali lagi memikirkannya. Apabila lima sasaran utama berjaya dibulatkan sekali lagi Flint menyerahkan senarai itu kepada majikannya, Buffett.
“Apa pendapat kamu tentang 20 perkara yang kamu tidak bulatkan ini?” Soal Buffett.
“Semuanya penting bagi saya, tapi dalam kesemua 25 perkara ini, lima yang saya bulatkan itu paling penting.” Jawap Flint.
“Salah begitu”, Buffett menjawab. Kenapa salah? Apa rahsia yang cuba diajarkan oleh Buffett kepada Flint?
Fakta Tentang Warren Buffett
- Dia membeli saham pertamanya seawal usia 11 tahun pada harga $38 seunit. Pada tahun yang sama Pearl Harbour dibom, banyak saham yang merosot teruk termasuk saham yang dibeli oleh Warren Buffett. Sahamnya jatuh 30%. Dia tidak menjualnya untuk cut loss atau seumpanya.
- Apabila ekonomi sedikit pulih, saham itu naik kepada $40 dollar dan Buffett menjualnya pada harga tersebut. Jika Buffett menunggu beberapa bulan lagi sebelum menjualnya, saham itu melonjak harganya ke $200. Adakah dia menganggap dia rugi?
- Semasa remajanya dia telah mempunyai pendapatan sebanyak $175 sebulan, iaitu lebih tinggi dari gaji gurunya.Dia tidak memperolehi pendapatan ini melalui pasaran saham atau forex. $175 sebulan ini didapati dengan menghantar surat khabar, menjual kalendar, menjual setem, menjual bola golf terpakai dan menggilap kereta.
- Kejayaan bisnes pertamanya ialah melalui mesin pinball. Buffett membeli sebuah mesin pinball terpakai yang rosak. Dia mencari seorang yang boleh membaiki mesin, dan menawarkannya menjadi rakan kongsi supaya kos pembaikan tidak perlu ditanggung.
- Dia kemudiannya menawarkan perkongsian dengan kedai gunting dan meletakkan mesin pinball itu dalam kedainya dan membahagikan untung mengikut perjanjian. Hari pertama Buffett untung sebanyak $4. Lihat bagaimana dia menawarkan model perniagaan yang win-win.
- Buffett amat gementar berucap, lalu dia mengikuti sebuah kelas public speaking dengan bayaran $100, satu nilai yang tinggi pada ketika itu hanya untuk sebuah kelas.
- 99% daripada kekayaan yang dimilikinya sekarang hanay diperoleh selepas umurnya mencecah 50 Tahun.
Apa yang Warren Buffett katakan kepada Mike Flint?
Berbalik kepada senarai 25 perkara yang ingin dicapai oleh Mike Flint. Kini hanya tinggal lima. Mike mengatakan baki 20 itu ingin dicapainya, tapi lima inilah yang paling utama. Tidak Bagi Warren Buffett.
Bagi Buffett, 5 yang dibulatkan itu seharusnya menjadi matlamat utama. 20 yang selebihnya harus menjadi DON’T DO LIST. Dalam erti kata lain. Jangan buat sesuatu apa pun ke arah 20 cita-cita yang tidak dibulatkan ini. Hindarkan diri dari mengejarnya. Kejar hanya lima yang dibulatkan.
Apa yang cuba disampaikan di sini ialah kuasa fokus. Tiada istilah menyelam sambil minum air. Lemas jadinya. Pilih satu (atau lima) perkara yang ingin di capai dan kejarlah sepenuh tenaga. Korbankan keinginan lain selain dari yang utama ini.
Bukan tangguhkan, bukan tunggu peluang lain, bukan part time bina pelan-pelan. Tetapi 20 senarai tadi perlu dikorbankan, dilupakan. Supaya kita fokus kepada yang sedikit, tapi dengan fokus yang banyak. Begitulah Warren Buffett menitik beratkan penetapan sasaran.
Biar sedikit, Biar Jelas. Korbankan yang lain.
Baca juga: