Web Analytics

Pendapatan Blogger Perlu Bayar Cukai Kepada LHDN Ke?

Sekali-sekala saya akan jengok juga laman profhariz.com redmummy.com kerana terdapat banyak artikel yang menarik dalam blog itu. Kalau ada tajuk menarik, mesti aku jengok untuk baca.

Baru-baru ni saya dapat baca satu artikel yang mencetuskan perhatian saya, iaitu artikel yang mempunyai tajuk LHDN Semakin Mengganas, Blogger Malaysia Turut Diburu yang berkenaan dengan blogger perlu bagai cukai dan jika tidak ia akan didatangi oleh pegawai LHDN. Jelaslah bahawa LHDN adalah berkaitan dengan cukai ler, apa lagi.

blogger bayar cukai

Bagaimana Seorang Blogger Boleh Kena Cukai?

Teori aku bagaimana seseorang blogger boleh didatangi dengan pegawai LHDN adalah:

  1. Seseorang blogger mungkin ada tulis sesuatu yang ada sebut dia punya pendapatan dari blogging dengan amaun yang banyak setiap bulan. Jadi ada kebarangkalian ada pegawai LHDN yang nampak tentang artikel tersebut dan rasa dia patut untuk dikenakan cukai.
  2. Ada orang asing (selain LHDN) yang membuat laporan kepada LHDN untuk siasat seseorang blogger ini sebab nampak dia untung dengan banyak.

Di sini boleh kita ketepikan teori yang sebut di atas. Apa yang saya faham tentang blogger yang dapat buat duit yang banyak dengan blog mereka perlu lakukan seperti berikut:

  1. Blog yang mendatangkan duit kena berdaftar sebagai sebuah syarikat.
  2. Pendapatan yang diperolehi dari blogging kena declare dan kena bayar cukai kepada LHDN.

Apa yang boleh dipelajari di sini adalah:

  1. Kalau seseorang blogger buat pendapatan yang banyak melalui blogging, memang dia akan dikenakan untuk bayar cukai.
  2. Blogger yang banyak untung dari blogging perlu allocate siang-siang duit untuk bayar cukai. Jangan dapat duit saja terus pergi beli itu beli ini, atau melancong ke merata tempat sampai semua duit dihabiskan dan tidak mampu untuk bayar cukai. Ini income blogging, bukan macam kerja pejabat yang awal-awal sudah kena potong PCB.

Ada orang yang mungkin mempunyai pertanyaan seperti berapa banyak dan macam mana income blogging yang sampai tahap yang akan kena cukai ni?

Saya sendiri pun tidak jawapan yang tentu. Kalau ikut maklumat yang saya dapati, memang apa saja jenis income yang diperolehi oleh seseorang blogger itu wajiblah untuk declare. Pada saya, kalau anda boleh buat duit dengan RM 1,000 setiap bulan melalui blogging (atau buat bisnes melalui blog anda), memang patutlah anda declare pendapatan anda kepada LHDN.

Apapun, kalau tak kena cukai, maknanya orang tu agak miskin dan tiada duit. Kalau orang kaya tidak dikenakan cukai. Maknanya orang itu menipu. Mesti ada satu hari, biarpun cepat atau lambat pun akan kena beri cukai juga. Maka tidak dapat larilah sekiranya anda dapat buat duit dengan blog anda.

Rasanya kita sendiri pun perlu tahu banyak mana pendapatan kita dan keluarkan zakat pendapatan jika kita memang selayaknya.

Leave a Comment

error: Content is protected !!