Web Analytics

Pendapatan Berapa Angka Sebulan?

Bagi seorang yang berpendapatan RM 5,000 sebulan berbanding dengan seorang yang berpendapatan RM 50,000 sebulan, apa beza di antara dua orang ini? Apa impaknya yang ada pada kehidupan kita sebenarnya? Bagaimana pula dengan hakikat ada yang hanya mampu memperoleh RM 500 sahaja sebulan?

pendapatan

Tanyalah sesiapapun, lagi banyak kosong di hujung nombor itu, lagilah seronok mereka. Pelbagai perkara yang diidamkan, diinginkan. Malah mungkin juga telah merangka untuk melaburkan wang ini untuk menggandakannya lebih lagi, supaya pendapatan enam angka menjadi pendapatan enam belas angka.

Matawang Untuk Setiap Golongan Sebenarnya Berbeza

Dari segi kewangan kita semua boleh dikategorikan dalam pelbagai lapisan yang meliputi golongan miskin, kaya dan sebagainya. Anda cuma perlu ambil masa untuk berbual dengan setiap orang dari lapisan yang berbeza ini dan anda boleh perhatikan pilihan perkataan ynag biasa mereka gunakan dalam perbualan harian mereka.

Manusia sering memilik perkataan yang mempunyai nilai paling tinggi bagi mereka. Jangan terkejut sekiranya nilai itu bukan Ringgit Malaysia.

Matawang orang pencen ialah …

Dalam senario seperti ini di mana dua orang pencen terserempak setelah lama tidak berjumpa. Senarionya mungkin di pasar, masjid, pasaraya, atau ceramah politik. Dalam perbualan mereka, mungkin akan timbul pertanyaan seperti begini:

”Dah berapa cucu u ada?

”Anak kerja di mana?

Maka, Aku simpulkan matawang orang pencen ialah kejayaan anak-anak dan keramaian cucu cicit.

Matawang golongan pelabur pula…

Pelabur BSKL: “Saham naik berapa mata?”
Pelabur emas: “Dah ada berapa gram?”
Pelabur hartanah: “Dah beli berapa biji hartanah?”

Matawang orang susah …

“Hutang tinggal berapa?”
“Berapa hari lagi nak gaji?”
”Baki tinggal berapa?”

Matawang aku pula …

Sejujurnya matawang aku sekarang ialah Ringgit Malaysia. Aku memang ingin buat duit yang banyak. Tapi say ingin pakai dengan jalan yang halal, sebanyak mana kosong yang aku boleh. Memang mudah saja matawang yang aku ada di dalam minda aku.

Sehinggalah aku terdengar seorang yang banyak RMnya berauara, Beliau (yang amat kaya) berkata; kesian tengok kawan – kawan kerja turun pagi balik petang, dapat RM 10,000 sebulan sahaja. Sedangkan kalau ikut macam dia boleh dapat dua tiga biji lagi kosong dibelakangnya. RM 100,000 mungkin?

Aku sekadar mendengar, sambil menghirup kopi O ais. Kedua-duanya penanda aras itu jauh benar dari jangkauan aku. Yang 10k, turun pagi balik petang, yang 100k tiga hari sebulan je duduk di rumah.

No, aku tak nak kedua-dua itu.

Matawang aku ialah berapa jam bersama keluarga. Bukanlah bermakna menjadi penganggur terhormat duduk 24 bersama keluarga, tapi sebaliknya mempunyai sumber pendapatan yang tidak mengikat pergerakan aku, dan tidak mencuri masa aku. Aku rasa aku mampu buat begitu.

Duit boleh datang dan pergi, tapi bukan masa…

Masa kekal berlalu.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!