Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan antara negara yang mana hutang isi rumah rakyatnya berada pada tahap paling tingggi di Asia? Kebanyakan rakyat Malaysia memilih membuat pinjaman bagi membantu menangani krisis kewangan masing-masing. Ada pelbagai jenis pinjaman.
Pinjaman yang biasa dibuat ada diwujudkan kategori spesifik baginya seperti pinjaman perumahan, kereta dan perniagaan. Bagi pinjaman selain itu biasanya dirangkumkan sekali dibawah kategori pinjaman peribadi yang mana matlamat pinjaman dibuat tidak perlu dinyatakan semasa permohonan.
Bagi menangani isu hutang isi rumah yang tinggi, kerajaan Malaysia, khususnya Bank Negara Malaysia telah berusaha mengehadkan tempoh bayaran balik pinjaman ke tahap minimum. Bagi pinjaman perumahan, tiada perubahan drastik.
Cumanya, dengan kemenangan Parti Harapan pada awal bulan Mei 2018 baru-baru ini, Lim Guan Eng masih dalam usaha merealisasikan matlamat beliau untuk rakyat Malaysia bagi memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan yang dipendekkan ke 35 tahun pada tahun 2013, kembali sehingga ke tempoh 45 tahun bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah yang dilihat sebagai keperluan utama individu.
Bagi pinjaman peribadi, maksimum tempoh bayaran balik adalah 10 tahun. Namun, kebanyakan institusi kewangan menetapkan maksimum tempoh bayaran balik sekitar 5 sehingga 7 tahun.
Ada pelbagai jenis institusi kewangan yang menawarkan pinjaman peribadi. Antaranya yang paling popular adalah institusi perbankan, koperasi, pemberi pinjaman berlesen, institusi bukan perbankan lain dan juga pemberi pinjaman tanpa lesen.
Bank masih dilihat menjadi pilihan ramai untuk membuat pinjaman peribadi. Kebanyakan bank sememangnya menawarkan pinjaman peribadi. Antara bank-bank yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia ialah Malayan Banking (MayBank), CIMB Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Bank Islam, Public Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Setiap bank memiliki syarat-syarat serta ciri-ciri seperti kadar faedah yang berbeza. Kebanyakan bank tidak membezakan latar belakang peminjam sama ada penjawat sektor kerajaan mahupun sektor swasta.
Syarat minimum gaji bagi institusi perbankan secara keseluruhannya agak tinggi. MayBank meletakkan syarat gaji minimum pemohon pada RM2,500 sebulan. Manakala CIMB, Hong Leong Bank dan Alliance Bank, masing-masing adalah RM2,000, RM2,000 dan RM3,000. Bank seperti bank BSN dan Bank Rakyat menawarkan pelan yang berbeza bagi penjawat sektor awam dan penjawat sektor swasta. Bagi sektor swasta, bank meletakkan syarat minimum gaji pemohon adalah lebih tinggi berbanding penjawat awam.
Jika anda bukan penjawat swasta gaji rendah, anda boleh menimbangkan untuk memohon pelan Personal Financing-I Public Sector daripada Bank Rakyat, dengan syarat minima gaji hanyalah RM1,000. Pelan ini menawarkan pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran sehingga 10 tahun dengan liputan takaful sebagai pilihan. Kadar faedahnya pula antara 3.26% – 6.53%.
Bagi institusi kewangan jenis koperasi pula, pinjaman hanyalah untuk penjawat kerajaan sahaja. Syarat minimum gaji juga adalah rendah berbanding bank dengan nilai maksimum pinjaman yang agak tinggi iaitu RM250,000.
Sebagai contoh, pelan Pembiayaan Peribadi E-Wawasan oleh Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) meletakkan syarat minimum pendapatan pemohon pada RM500 dan telah berkhidmat tidak kurang dari 6 bulan dan bayaran ansuran bulanan kurang daripada 60% gaji kasar sebulan pemohon.
Koperasi Pekerja juga menawarkan pelan menarik dengan jaminan pasti lulus bagi pemohon yang di senarai hitam atau mempunyai isu dengan CTOS dan CCRIS serta banyak komitmen luar. Namun minimum pendapatan haruslah RM1,500.
Pinjaman adalah sehingga RM200,000 dengan kadar faedah tetap 4.99% berserta perlindungan takaful dan pembayaran balik melalui Biro Angkasa. Pelan pinjaman ini adalah sangat menarik kerana kebanyakan institusi kewangan, bank terutamanya akan menolak mentah-mentah permohonan oleh mereka yang disenarai hitamkan oleh CTOS dan CCRIS.
AEON Credit Service adalah satu syarikat Jepun yang perkhidmatan utama mereka adalah dalam pengurusan kredit kad. Ia dikategorikan dalam institusi kewangan jenis Institusi Bukan Perbankan Lain. AEON adalah antara syarikat yang mendapat tempat di hati peminjam. Pendapatan minima pemohon juga agak rendah iaitu hanya RM1,000 sebulan dengan nilai pinjaman sehingga RM100,000 dan tempoh bayaran balik sehingga 7 tahun.
Secara keseluruhannya, kelulusan bagi permohonan pinjaman jenis ini adalah sangat tinggi dan mudah, jika menepati syarat yang ditetapkan. Dengan tempoh bayaran balik yang pendek, maka bayaran bulanan adalah tinggi berbanding dengan nilai pinjaman sama untuk jenis pinjaman lain yang mempunyai tempoh bayaran balik panjang seperti pinjaman perumahan dan pinjaman ASB. Namun, jika dikira daripada aspek jumlah bayaran balik, pinjaman yang tempoh bayaran balik pendek lebih sedikit jumlahnya berbanding yang satu lagi.
Lain-lain syarat dan dokumen yang diperlukan bagi pinjaman peribadi di mana-mana institusi kewangan adalah lebih kurang sama – Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, salinan kad pengenalan, salinan slip gaji 3 bulan terbaru, dan sewaktu dengannya. Apa-apapun sebelum membuat apa-apa pinjaman, pastikan anda terlebih dahulu menilai kemampuan anda untuk membayar balik dan memilih pakej yang benar-benar sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda.