Web Analytics

Pelaburan Tanpa Perlu Keluar Modal

Berita di akhbar boleh mengatakan apa sahaja. Rakyat di bawah paras kemiskinan telah berkurang. Kelahiran ramai jutawan muda di Malaysia. Pendapatan isi rumah bertambah baik. Harga kereta turun. Hampir apa sahaja. Bagaimana jika berita itu tidak memberi gambaran sebenar kehidupan seharian yang kita lalui?

pelaburan

Amaran: Pelaburan yang saya akan dedahkan bukan skim cepat kaya.

Kita kata akhbar menipu. Televisyen pula hanya menyiarkan propaganda semata-mata. Dalam masa yang sama kita lihat jiran membeli kereta baharu. Sedangkan bulan ini sahaja dua kali kereta kita ke bengkel. Kerjanya pula lebih kurang sama dengan gaji kita. Malah anaknya lebih seorang daripada kita.

Tok Siak surau di taman kita pula baru pergi menunaikan haji. Simpanan Tabung Haji kita pula nak mendaftar pun tak layak, kerana kurang dari jumlah minima yang ditetapkan, RM 1,300.00. Macam mana Tok Siak itu mampu mengumpul duit?

Sering kita tertanya-tanya macam mana mereka dapat mengumpul duit. Apa bisnes mereka? Pelaburan mereka? Side Income mereka?

Amaran: Pelaburan yang saya akan dedahkan tidak memerlukan modal wang ringgit, tetapi masa harus dilaburkan.

Setiap manusia ada jalan hidupnya tersendiri. Kekayaan seseorang dengan sesuatu cara tidak semestinya boleh membuatkan kita kaya. Datanglah seorang jutawan sekalipun, memberikan kita satu ‘kitab rahsia’ kisah bagaimana beliau dapat mengumpul harta, kita tak akan dapat menirunya.

Kalau ditiru setiap langkahnya, dari A hingga ke Z sekalipun, mungkin kita tidak jadi sekaya dia, malah mungkin kehilangan modal pula. Kita hanya membantu Si ‘Jutawan’ bertambah kaya dengan membayar harga ‘kitab rahsianya’ pula. Kita? masih menanti hari gaji, mengharap apa yang berbaki cukup, sehingga kembali di top-up oleh majikan.

Kita tak cukup duit, tak cukup masa dan yang paling sedih, kita tak cukup bahagia.

Amaran: Walaupun perlu melaburkan masa, kita tidak perlu mencari downline.

Ramai yang berkata, tiada pelaburan boleh dilakukan tanpa modal, tapi dalam masa yang sama kita lihat Jutawan dalam dan luar negara menggandakan kekayaan dengan hanya bermodalkan air liur sahaja. Kenapa air liur kita tidak semahal mereka?

Apakah rahsia mereka yang kita tidak ketahui?

Apa rahsia jiran kita?

Apa pula amalan Tok Siak tadi?

AMARAN TERAKHIR: Pelaburan ini tidak dijamin oleh kerajaan dan tidak mendapat kebenaran Suruhanjaya Sekuriti. ANDA boleh kehilangan keseluruhan modal yang anda laburkan, iaitu RM 0 (kosong).

Pendedahan pelaburan yang bermodalkan kosong ringgit

Sebelum saya dedahkan, saya nyatakan pakej pelaburan yang terbabit:

  • Pakej Gangsa (MODAL = RM 0)
  • Pakej Perak (MODAL = RM 1 hingga RM 200)
  • Pakej Emas (MODAL = RM 200 ke atas)

Pakej Gangsa (MODAL = RM 0)

  • Perlaburan yang saya maksudkan ialah ilmu.
  • Apa jua bidang yang kita ingin ceburi, kita mesti ada ilmu.
  • Ilmu blogging, ilmu emas, ilmu saham, ilmu hartanah dan lain lain.
  • Kita tidak perlu keluar sesen pun untuk mempelajari ASAS ilmu ini.
  • Tidak ada seorang pun yang tahu adakah dia berbakat atau tidak dalam sesuatu bidang, kecuali dicubanya.
  • Banyak bacaan dan video percuma yang boleh kita dapatkan secara percuma tanpa modal di internet.
  • Baca, simpan yang mana penting, dan bukukan sendiri ‘Kitab Rahsia’ kita.
  • Jika kita tidak tahu langsung tentang sesuatu bidang pelaburan atau menjana pendapatan JANGAN beli sebarang produk yang ‘mengajar’ di dalam bidang itu.
  • Mahirkan dahulu yang percuma.

Pakej Perak (MODAL = RM 1 hingga RM 200)

  • Setelah mencuba-cuba ilmu percuma, kita akan dapat ‘merasa’ sesen dua pulangan dari pelaburan kita.
  • Kenalpasti minat dan kecenderungan kita. Adakah blogging, affiliate, ebook, bisnes produk fizikal atau apa sahaja.
  • Pilih satu bidang yang kita ingin majukan tadi dan laburkan semula sen-sen yang kita perolehi di Pakej Gangsa tadi untuk membeli panduan dalam bentuk buku dan ebook bagi menambah pengetahuan yang lebih dalam.
  • Kerana kita telah ada sedikit asas, kita akan dapat menilai produk mana yang berbaloi dibeli dan produk mana yang mengambil kesempatan atas newbie.
  • Pelaburan modal zero kita pada peringkat ini telah berhasil dan bakal dikembangkan dengan penambahan ‘ilmu berbayar’ ini.

Pakej Emas (MODAL = RM 200 ke atas)

  • Setelah sedikit kukuh dalam pulangan pelaburan kita, cuba cari seminar bengkel atau kelas berbayar untuk meningkatkan pengetahuan ke peringkat master.
  • Kita hidup dari kecil sehingga besar dalam suasana belajar dengan guru berdiri di hadapan.
  • Kelas, kuliah, tutorial.
  • Apabila masuk usia dewasa, seminar-seminar adalah kelas kita.
  • Bengkel-bengkel inilah tuisyen kita.

Bertindak Sekarang!

Apa yang perlu kita lakukan ialah membaca, membaca dan terus membaca.

Jangan takut untuk mencuba, dan jangan takut untuk gagal

Tingkatkan ilmu, pendapatan akan turut meningkat.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!