Web Analytics

Pejimatan Yang Mungkin Merugikan

Nampak macam jimat tapi merugikan jadinya. contohnya

1. Beli kerepek kentang saiz besar 160 gram dengan RM4.60. Kalau saiz 70 gram harganya RM2.50. Jadi dapat jimat 40 sen dan dapat extra 20 gram lagi.

Bunyi macam jimat, tapi hakikatnya ia habis untuk 3 hari, tak kira lagi dengan beli 1 bungkus 160 gram mahupun sebungkus 70 gram.

2. Groupon dan Myfave semua tu menawarkan

i) potongan 50% untuk kedai makanan yang agak ‘posh’, macam jimat konon harga asal RM30 tinggal RM15. Bila pergi makan baru sedar apa yang dimakan tu tak semahal RM15 pun. Lagi merugikan, kos untuk travel pergi ke restoran tersebut pun mahal juga.

ii) Diskaun untuk fitness, spa dan membership – sebelum ni tak perlu pun spa dan membership, treatment bagai. Tapi dengan diskuan ni, mungkin jadi rutin pula membelanjakan wang untuk semua tu. Sama juga macam facial treatment, diskaun yang diberikan biasanya cuma untuk fisrt treatment saja. Lepas tu the next 4 treatment dalam pakej tu kena bayar dengan harga penuh pula.

penjimatan

Tidak Berbaloi Jika Bukan Satu Keperluan

Menda kalau diskaun untuk percuma skalipun tak berbaloi kalau ianya bukan merupakan satu keperluan atau satu yang menggembirakan hati kita. Saya sudah pernah mengalami beberapa kali dengan mendapat penginapan percuma di resort percutian tapi kos pengangkutannya tak berbaloi dan timing yang tak mengizinkan.

Ini agak sama juga dengan pakej membership hotel. Rasa agak tipu saja sebab dapat free bilik tapi biasanya akan dapat bilik yang mengadap ekon compressor, dapat diskaun konon padahal harga sama saja dengan orang yang walk in. Katanya VVIP tapi takleh walk in kena call dulu. Kalau guest ramai VVIP akan diketepikan. VVIP masa nak bayar untuk jadi membership saja yang dapat layan yang baik. I pernah dapat pengalaman macam ni.

Fikiran Sebaliknya

Bagi nasihat-nasihat yang umum macam jangan beli Starbucks, jangan beli iPad, jangan pergi buat facial, dan lain-lain mungkin agak superficial, sebab ia tidak mengambil kira tentang perbezaan individu.

Semua orang berbeza-berbeza bukan dari segi kemampuan dan kekangan saja, tapi juga dari segi citarasa dan keperluan. Jadi, apa yang berbaloi adalah berbeza bagi individu yang berbeza.

Jadi, mereka akan rasa tak sesuailah bila ada yang cakap itu ini adalah sesuatu yang membazirkan wang. Sebab nasihat macam tu bukan personal finance, tapi lebih kepada frugality.

Frugality menggalakkan kurangkan belanja semata-mata. Tapi dari segi personal finance, apa yang lebih penting ialah ‘kesedaran terhadap perbelanjaan’. Maksudnya, kita berbelanja dalam keadaan yang ‘sedar’.

Contohnya kalau kita minat melancong, melancong lah selalu pun, asalkan kita sudah ada allocate bajet untuk aktiviti ini. Contohnya simpan dalam tabung ‘travel’ RM400 sebulan, tiap-tiap hujung tahun pergilah melancong ke negara yang suka.

Kes Kawan Saya

Seorang kenalan saya yang cuma bergaji sederhana tetapi dia sangat suka untuk membeli handbags. Kerap beli dia beli handbags yang mahal-mahal harganya.

Tapi dia cuma belanja wangnya atas handbags, dan jimat atas perkara-perkara dan benda-benda lain. Apa yang lebih penting adalah dia selalu buat pelaburan dulu sebelum belanja, sampai ASB dia pun sudah ada banyak wang. Orang lain yang tidak kenal dengan dia akan anggap dia seorang yang membazir, tapi dia sebenarnya lebih ‘sedar’ – Di sini ada sesiapa yang labur dalam ASB sampai max seperti dia?

Sama juga, ada orang yang suka beli kasut, ada yang suka gadget terbaru, ada yang suka makan restoran mewah, ada yang suka relax kat spa, ada yang suka tengok wayang gold class. Semuanya tak salah ASALKAN berbelanja dalam keadaan sedar, iaitu sudah allocate bajet untuk aktiviti atau benda itu sebelum membuat perbelanjaan.

Sebab itulah ada perkataan ‘personal’ dalam ‘personal finance’.

Walau bagaimanapun, duit yang kita cari adalah untuk bagi ‘value’. Kalau seorang tu value tentang kesihatan, biar belanjalah untuk insurans, vitamins, dan lain-lain.

Kalau value bentuk body, belanjalah atas fitness, gym, dan supplement. Kalau value good coffee, belilah starbucks kalau minuman ini boleh jadikan rasa gembira.

Hidup kita tidak akan gembira kalau kita potong semua perbelanjaan. Nanti jadi ‘apa pun tak boleh!’.

Simpan Bajet dan Buat Pelaburan Dulu Sebelum Belanja

Seseorang itu memang bebas untuk berbelanja apa yang dikehendaki asalkan dia tahu apa yang dia belanjakan. Dalam contoh yang diberikan di atas merujuk kepada orang yan sudah cukup investmentnya yang kemudiannya berbelanja.
Rasanya ramai juga yang tak cukup invest lagi tapi jadikan kehendak sebagai keutamaan.

Sebenarnya saya juga belanja dengan benda-benda ‘membazir’ pada kacamata orang tapi selagi benda tu boleh membuatkan saya rasa gembira, kenapa tidak boleh saya beli?

Memang terdapat ramai orang yang tidak suka ‘kurung’ diri mereka hanya untuk tengok amount dalam buku simpanan bank yang jadi semakin banyak.

Terdapat sesetengah orang yang pernah cuba untuk simpan wang dan buat bajet sebelum perbelanjaan, tetapi ramai daripada mereka gagal selepas membuat demikian untuk masa yang singkat. Alasan mereka adalah perbuatan macam ini bukan apa yang mereka nikmat untuk lakukan langsung.

Ada orang yang kata dia rasa ‘terikat sampai nak bernafas pun susah’. Dengan ini susahlah bagi mereka untuk simpan sebarangan wang sebab apa yang ada pada otak mereka cuma belanja.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!