Ramai orang di masyarakat termasuk saya yang merupakan pekerja full time. Tapi memang semua orang akan ingin untuk dapatkan pendapatan tambahan supaya dapat hidup dengan lebih selesa.
Untuk menjanakan pendapatan tambahan, ada orang yang mampu untuk kerja 2 pekerjaan. Iaitu selain daripada pekerjaan full time, mereka akan buat part time untuk sebagai pekerjaan sampingan. Ada orang yang pergi bekerja malam di kedai 7-11, adalah yang jadi pemandu Grab.
Tetapi part time income yang dijanakan ini memang tidak boleh dikira sebagai pasif income sebab ia terlibat banyak masa dan tenaga yang perlu dihabiskan. Dengan 2 pekerjaan yang perlu buat setiap hari, mungkin seseorang akan kurang masa untuk rehat dan ini akan menjejaskan kesihatan badan.
Jadi, kita memag perlukan pasif income supaya kita tidak perlu bekerja kuat sampai mati.
Mungkin ada orang yang keliru apa yang dikatakan sebagai pasif income? Apa perbezaannya dengan part time income?
Apa itu Pasif Income?
Pasif income ialah income yang perlu diwujudkan sekali sahaja (secara umumnya), seterus kita hanya perlu duduk diam (pasif) dan menantikan pulangan bila tiba masa.
Sebagai contoh, pelaburan hartanah. Apabila selesai urusan beli rumah dan rumah itu dapat disewa kepada orang lain, maka bolehlah anda kutip duit sewa rumah tiap-tiap bulan.
Sama juga kalau kita letak duit dalam unit trust, fund yang bagus akan umum dividen setiap kali berakhir tahun kewangan. Jadi setiap tahun, akan anda dapat dividen masuk ke dalam akaun. Sama juga dengan buat pelaburan di bursa saham untuk sesuatu syarikat.
Apa itu Part Time Income?
Part time income ialah income yang datang dari pekerjaan yang selain kerja active income. Kat sini konsepnya masih sama macam aktif income di mana jika anda tidak buat kerja, maka tak dapatlah gaji.
Contoh yang biasa ialah meniaga burger, atau meniaga kain, kerongsang mahupun tudung. Kalau ada ilmu di dada bolehlah buat part time sebagai lecturer, atau guru tuisyen. Kalau pandai grafik boleh buat part time buat design. Macam mana pun, apa yang boleh dipastikan ialah part time memang ada banyak kebezaan dangan pasif income.
Secara Part Time Boleh Cipta Pasif Income?
Tapi dengan duit yang diperolehi dari kerja part time ni bolehlah digunaka untuk janakan pasif income. Sebagai contoh, boleh anda simpa semua duit yang diperolehi dari kerja part time dan buat pendahulaan beli rumah. Atau boleh juga anda buat simpanan dalam ASB untuk sebahagain daripada pendapatan tu. Lagi banyak nilai simpanan lagi banyaklah dividen yang akan anda dapat.
Macam Mana Tingkatkan Pasif Income?
Tuliskan pelan dan rancangan anda di atas kertas.
Dengan keluarkan pelan yang sudah anda rancangkan itu, anda mesti bersedia mengetepikan aktiviti lain yang tidak akan membantu kemajuan anda. Contohnya seperti membuang masa melepak, main permainan video, tengok gosip dalam media sosial, dll.
Buat kajian atas cara yang berlainan di mana seseorang dapat mengembangkan pasif income mereka. Terdapat banyak pilihan yang boleh anda pilih. Boleh anda Google dalam enjin carian untuk dapatkan idea.
Anda mungkin perlu mempertaruhkan sebahagian pendapatan anda dalam kegiatan yang mempunyai risiko. Saya akan memberitahu anda, buat pelaburan atas saham atau FOREX adalah apa yang ramai orang lakukan. Tetapi aktiviti ini memang ada risiko di mana anda mungkin akan mengalami kerugian wang jika tidak labur dengan cermat.
Saya tahu bahawa anda lebih suka jawapan yang lurus di mana anda boleh dapat pasif income tanpa risiko. Tetapi pelaburan tanpa risiko memang tidak wujud di dunia ini. Apa yang anda harus buat ialah belajar dalam bidang yang anda minat yang dapat menjanakan pasif income dan menguasainya. Dengan ini anda akan dapat meningkatkan peluang untuk memperolehi pasif income yang stabil.
Menulis blog, dan menjana duit dari periklanan affiliate juga merupakan bentuk pendapatan pasif yang satu lagi. Asalkan anda rajin menulis dan selalu kemaskini blog anda, mangka pengunjung akan semakin banyak dan pendapatan yang diperolehi dari periklanan juga akan semakin banyak.
Dengan dapat sumber pasif income yang stabil dan konsisten untuk anda setiap bulan, percayalah saya, anda akan selalu berada dalam keadaan yang sangat gembira dan bahagia. Keputusan untuk menjanakan pasif income boleh menjadi lebih logik dan kurang beremosi. Anda tidak perlu bimbang kehilangan semua wang pelaburan anda jika pelabuan yang anda buat tidak dapat pulangan yang baik. Sudah tentu, sebagai pelabur yang rasional anda masih akan berhati-hati, anda tidak akan terhalang oleh pemikiran kemuflisan dan senario yang buruk.
Dengan ini, buat masa yang panjang, dah hampir pasti anda akan dapat kepulangan wang yang lumayan selalu.
Perlu anda ingat: Part time bukanlah pasif income, tapi kerja secara part time boleh cipta income pasif.
Baca juga: