Web Analytics

Nak Dapat Tenant Pun Boleh Jadi Banyak Sibuk

Sibuk dapat tenant!

Kebelakangan ini setiap hari pun ada orang yang akan buat panggilan kepada saya untuk tanya tentang rumah sewa. Kalau enquiry pasal sewa, saya akan jawab sajalah. Tapi kalau potensi tenant tu nak tengok rumah, saya akan minta tolong dari jiran. Macam ni lah hidup perantau.

Alhamdulillah, saya bersyukur ada jiran yang mampu tolong. Tapi ada masa juga jiran pun rasa pening kepala nak entertain dengan orang-orang yang datang tengok rumah saya tu. Agaknya macam ni la kerja Tuah dan Peruzz hari-hari kena layan customer yang macam-macam ragam..

Tapi saya kata best sebab macam-macam saya belajar seperti belajar cara cakap, handle customer dengan baik, tulis iklan dengan baik, dan sebagainya.

Saya cuma buat iklan di 3 website saja, tapi minimum call yang saya dapat sehari adalah 3 call. Walaupun rumah ada satu saja tapi kalau satu hari minimum terima 3 call, seminggu pun dah terima lebih dari 20 call.

Saya pun tak ingat berapa call saya dapat. Tapi banyak nombor telefon tenant sudah saya simpan dalam telefon pintar saya ni. Ramai yang nak tengok rumah urgent, nak bayar deposit urgent. Saya susah nak close deal kalau tak ada ongkosnya.

Macam ada satu kawan saya yang buat periklanan sewa rumah di Airbnb, bila nak cuti sekolah, dia dapat 20-50 call/sms sehari dari orang-orang yang ingin sewa rumahnya. Dia perlu jawab fon sampai nak gila. Kalau ada lopong-lopong tarikh mereka nak lagi boleh rasa syukur. Tetapi kebanyakan daripada mereka nak tarikh peak season punya. Tapi tarikh-tarikh tu memang sudah tempah oleh orang lain 2 bulan awal lah.

Rasa-rasanya orang yang ada rumah lain pun tahu apa alasannya. Semalam ada orang sudah bayar deposit. Sekali hari ni ada seorang call dan marah dalam telefon sebab tak dapat rumah tu. Dia kata dia sudah sediakan duit dan sebagainya.

Tapi mamat semalam pun siap dah bagi duit. Jadi sebab saya tahu salah saya, saya carikkan rumah lain.

Alhamdulillah dapat saya cari seorang pemilik rumah yang masih belum sewa rumahnya keluar lagi. Saya call dia dan bagi dia nombor potential tenant tak jadi ni. Dengan ini senang-senang saja bagi dia dapat tenant. Rasa tak apa lah untuk bagi rezeki kepadanya. Semoga potential tenant tak jadi tu dapatlah rumah dan hidup dengan tenang dan tak marah-marah saya lagi..huhu

tenant

Jadi saya simpulkan apa yang saya belajar dari rumah sewa yang satu ni.. Untuk pengetahun anda dan juga boleh jadi rujukan saya buat masa depan nanti:

1. Timing kena betul

Kena tahu bila permintaan untuk sewa rumah adalah tinggi, masa ni boleh minta harga sewa yang lebih tinggi. Memang kena naikkanlah harga bila sudah dekat-dekat masa dengan permintaan yang tinggi.

Sebelum sewa ni lah kena betulkan apa-apa yang rosak dan install apa-apa yang perlu. Kalau tak sempat, siap-siap bagi tahu tenant supaya dia tak terperanjat.

2. Iklan kena menarik tapi pada masa yang sama kena jujur, ikhlas, amanah

Kalau barang atau fasiliti tak ada. Perlu kita tulis dengan jelas dalam iklan. Dengan ini, tak payahlah untuk  buat penjelasan kemudian. Kalau untuk bayaran pertama, atau first serve basis, ini adalah penting dan juga kena cakap dengan jelas. (ini juga merupakan peringatan untuk diri sendiri). Kalau tulis sewa berapa banyak, sila bagi banyak tu juga. Honour your promise..

3. First impression itu amat penting

Kadang-kadang kita angkat fon cara kita cakap tak berapa best. Mungkin orang tu tak call balik adalah sangat tinggi. Cakap lemah lembut, assisting, jujur.

Biasanya saya akan dengar suara orang yang call saya ini. Saya perlu tahu jatina, ara cakap, bila, pengetahuan dia pasal unit yang dia nak sewa tu, dan sebagainya maklumat yang saya perlu. Lepas semua pertanyaa sudah buat, saya akan balas balik sama ada dengan cara mesra, selamba, atau pun formal.

Apa-apa pun alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Semoga Allah terus permudahkan urusan. Amin.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!